Ads

Luluh Hati Ibu, Mya Khadeeja Kerap Menangis Sebelum Ditemui Terapung Di Kolam Takungan Banjir

Mya Khadeeja
Mya Khadeeja

Kisah Mya Khadeeja, kanak-kanak perempuan autistik yang dilaporkan hilang ditemukan terapung di kolam takungan banjir di PPR Taman Nagasari petang semalam cukup mencuit emosi si ibu.

Bagi emak yang turut mempunyai anak istimewa seperti ini, pasti akan memahami dengan situasi si ibu arwah adik Mya. Bukan senang untuk terima apa yang berlaku, sekelip mata ‘pergi’.

Perubahan Mya Khadeeja

Luluh Hati Ibu, Mya Khadeeja Kerap Menangis Sebelum Ditemui Terapung Di Kolam Takungan Banjir

Berkongsi tentang perubahan Mya Khadeeja, si ayah perasan sikap anaknya itu suka menangis dan tantrum.

Ceritanya, “Mya kerap menangis dan tantrum sejak seminggu lalu, tidak seperti sebelum ini. Mungkin ini petanda anak saya itu akan pergi selama-lamanya.”

Demikian kata Suraidi Shaari, 50, bapa kepada kanak-kanak autistik, Mya Khadeeja, 6, yang ditemukan lemas di dalam kolam takungan banjir petang semalam.

Ads

Menurutnya, perubahan anaknya itu turut disedari oleh isteri, Nurul Hidayah Othman, 43, namun menganggap ini kebiasaan kerana menghidap autisme.

“Kira-kira seminggu sebelum kejadian arwah sering tantrum dan menangis siang malam tidak seperti sebelum ini cuma pada situasi tertentu sahaja dia jadi macam itu.

“Walaupun menghidap autisme, arwah tidak menyusahkan sesiapapun termasuk kakak dan abangnya kerana lebih gemar bermain sendirian, ” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Keluar Rumah Sendiri Bila Pintu Dibuka

Luluh Hati Ibu, Mya Khadeeja Kerap Menangis Sebelum Ditemui Terapung Di Kolam Takungan Banjir

Ads

Kata Suraidi yang bekerja sendiri, anak bongsunya itu disyaki keluar dari rumah setelah pintu pagar dibuka oleh anak lelaki berusia 10 tahun yang juga seorang autistik.

“Saya rasa arwah keluar setelah ternampak orang berjalan di luar dan mengikut mereka kerana dia tidak berani untuk keluar sendirian.

“Apabila menyedari kehilangannya saya berusaha mencari di sekitar taman perumahan ini sehingga pukul 12.30 tengah hari sebelum membuat laporan polis. Kemudian saya teruskan pencarian sehingga dia ditemui oleh penduduk di situ pada pukul 4.10 petang,” jelasnya.

Reda Dengan Pemergian Anaknya

Luluh Hati Ibu, Mya Khadeeja Kerap Menangis Sebelum Ditemui Terapung Di Kolam Takungan Banjir

Ads

Tambahnya, dia sekeluarga masih bersedih, namun reda dengan pemergian Mya.

“Arwah anak syurga yang meninggal dunia hari Jumaat dan lemas. Insya-Allah satu pengakhiran yang baik untuk anak saya ini,” katanya yang turut mempunyai anak berusia 20, 19 dan 10 tahun.

Jenazah Mya Khadeeja dikebumikan di Kampung Pantai Halban di sini pada pukul 11.30 malam tadi setelah urusan bedah siasat selesai.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Radzi Rahim berkata, bedah siasat ke atas jenazah mendapati kanak-kanak tersebut meninggal dunia akibat lemas.

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Anak Ditampar

Ibu Sedih Anak Ditampar Depan Murid Lain, Cuba Bertenang Sebelum Ambil...

Ibu mana yang mampu terima apabila anak ditampar dan ditarik terlinga hanya disebabkan lewat beberapa minit selepas anaknya pulang dari tandas.