Perspektif kemurungan itu sangat luas spektrumnya. Murung bukan gila adalah tajuk besar yang menjadi isu dikupas dalam Mingguan Wanita TalkShow hari ini. Yang menariknya Dr. Umi Adzlin Silim; Pakar Psikiatri dari Hospital Kuala Lumpur menerangkan kemurungan itu boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami emosi bukan kesedihan biasa.

Trauma daripada insiden tertentu, kehilangan orang rapat, kegagalan rumah tangga, kemurungan akibat ditimpa musibah yang berat boleh membuatkan seseorang itu tidak ketahuan menguruskan emosi. Nooraishah Arshad yang merupakan atlet pedang paralimpik Malaysia, adalah tetamu yang diundang turut berkongsi fasa kemurungan yang dihadapi ketika kakinya kanannya terpaksa dipotong akibat kanser tulang ketika usianya belasan tahun.

Dihoskan oleh Siti Elizad dan hos undangan, Nora Danish diskusi pagi ini juga menarik dengan adanya komentar peribadi dari Nora Danish sendiri, bagaimana dia mendepani kemurungan akibat masalah peribadinya sebelum ini. Selain itu dua lagi tetamu iaitu selebriti Linda Rafar dan  Anita Abu Bakar, wakil dari MIASA (Mental Illness Awareness And Support Association) saling berkongsi pandangan berhubung isu kemurungan dari sudut pengalaman peribadi masing-masing.

IKLAN

Murung Bukan Gila

IKLAN

Tanpa adanya pencegahan awal, kemurungan boleh menjadi sesuatu yang lebih serius. Kemurungan juga boleh membuatkan seseorang itu tenggelam dalam emosi yang akhirnya boleh memudaratkan pemikiran dan kemampuannya untuk mendepani situasi menekan itu.

IKLAN

Penghujung sesi temubual sarat informasi hari ini, penyanyi Najwa Latif di undang dan menyampaikan lagu barunya berjudul “Kau Lupa Itu Aku” atau KLIA untuk hadirin.Jangan lupa saksikan komentar menarik dalam ulangan Mingguan Wanita TalkShow yang bakal bersiaran jam 5 petang ini di Astro Ria 105 dan di PrimaHD121.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI