Terharu Guru Bimbingan & Kaunseling, SK Putrajaya Presint 8 (2), Hussin Bin Ismail ini apabila anak-anak murid tahun 6 ini menolak daun pintu surau sekolah. Tak lama kemudian, bunyi air wudhuk menusuk pendengarannya.
Rupa-rupanya anak-anak tahun 6 ini mula membuat saf dan solat sunat dhuha berjemaah. Guru lelaki ini begitu terkesan dengan tindakan pelajarnya sampai tak sedar air matanya mula mengalir. Gembira.. semakin sejuk hatinya. Bayangkanlah ibu-ibu yang melahirkan anak-anak ini, makin berat pahala ibu-ibu ini.
Kisah yang berlaku pada guru yang senang sekali dipanggil CIkgu Hussaynini benar-benar berlaku depan matanya. Bagus untuk diambil ikhtibar. Kelak mak ayah boleh nasihatkan anak-anak agar ambil sedikit masa untuk solat dhuha di sekolah. Tak rugi pun.. lagi berganda-ganda rezeki.
Sejuk Hati, Sejuk Mata, Tenang Minda
Allahu.. sejuk hati dan menitis airmata saya melihat situasi ini. Saat berada di surau keseorangan, tiba-tiba pintu dibuka dan terdengar bunyi beberapa orang mengambil wudhuk.
Rupa-rupanya anak-anak tahun 6 lelaki dengan rela hati datang berjemaah solat sunat dhuha di surau selepas rehat. Sedangkan kawan-kawan mereka saya dengar masih ada yang bermain kejar mengejar di dataran sementara menunggu waktu rehat tamat.
Berbahagialah ibu ayah yang berjaya mendidik anak-anak ini dan saya sebagai guru juga turut merasa bahagia melihat mereka.
Ads
Diharapkan perkongsian saya ini dapat membuka mata ibu ayah yang lain agar turut sama menasihati anak tercinta.
Sekiranya ada waktu lapang di sekolah pada awal pagi, mintalah mereka lakukanlah solat sunat dhuha kerana banyak kebaikan yang akan hadir tanpa disangka-sangka. InsyaAllah bila solat sunat menjadi budaya maka saya yakin solat fardhu mereka takkan persia.
Ini Pesan Guru Saya
Begitu juga harapan saya pada ibu ayah di pejabat atau di rumah, kalau ada masa lakukanlah solat sunat dhuha ini. Dan kalau boleh biar mereka lihat dan nampak. Kerana pesan guru saya Drs Fauzi Zainoel Abidin semasa saya menjadi penuntut ilmu dahulu yang masih saya ingat hingga kini..
“Kalau kamu mahu anak rajin membaca, maka banyakkan membaca buku di hadapannya. Kalau kamu mahu anak rajin mengaji, maka banyakkan mengaji Al-Quran di hadapannya. Maka begitulah kalau kamu mahu anak tidak tinggal solat, maka rajinlah solat di hadapannya.”
Ads
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan anak-anak kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat serta kita juga dapat menuai saham akhirat. Tqvm & UiLove!
Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :
“Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”
Ads
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :
“Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha.”
Raya tak lama lagi, bagi yang tak sempat nak tukar duit raya baru di kaunter bank, sebenarnya boleh lakukannya hanya di kaunter ATM sahaja. Bagaimanapun ia pengeluaran bagi wang kertas bernilai RM10, RM20 dan RM50.
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, sebanyak 101 mesin ATM Maybank di seluruh Malaysia telah disediakan dengan kemudahan pengeluaran duit raya.
Untuk senarai lokasi mesin ATM Maybank terpilih boleh klik disini.
Sementara itu, menerusi perkongsian Mohd Shukur, beliau ada kongsikan caranya tukar duit raya baru menerusi mesin ATM Maybank
Mudahnya tukar duit raya di Maybank sekarang. Hanya di ATM Machine. Mungkin ada yang tak tahu lagi, saya share cara tukar duit raya baru :
1. Pergi ke Maybank yang besar sket ( selected branch). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yang boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.
2. Pilih ATM yang ada signage gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya tu (seperti gambar ).
3. Semua duit dalam mesin ATM tu ialah note RM 10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount.
4. Maximum amount per transaction ialah RM 300. So jika anda nak 60 keping note RM 10 yg baru, kena buat dua kali.
5. OK mudahkan. Sarung angpow boleh minta kat brother yang jaga kaunter depan tu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW: Bagusnya perkhidmatan pengeluaran duit raya menerusi mesin ATM. Memudahkan kerja boleh tukar duit pada bila-bila masa, tak perlu bersesak dan beratur di kaunter pada waktu operasi bank.
Viral dari semalam kisah seorang peraih getah berusia 41 tahun yang menikahi kanak-kanak berusia 11 tahun di Selatan Thailand. Akui suami berkenaan, pernikahannya dengan isteri ketiganya yang berlangsung di Selatan Thailand itu hanyalah tanda ‘ikat’ sahaja.
Yang mana, dia tidak lagi tinggal bersama pasangannya. Sebaliknya, isteri ketiganya itu masih di bawah jagaan ibu mentuanya. Dengan kata mudahnya, mereka ‘nikah gantung’.
“Saya nikah gantung dan tidak tinggal bersama isteri ketiga. Dia masih berada di bawah jagaan ibu bapanya dan kami sudah berjanji akan mengambil isteri saya apabila dia cukup umur.”
Dan sebelum melangsungkan perkahwinan ini, dia dah siap-siap tanya pada mereka yang lebih arif di negara jiran itu.
“Perkara ini tidak salah kerana saya sudah rujuk mereka yang lebih arif di Selatan Thailand. Janganlah menyalahkan saya dan mengaibkan kami.”
“Saya mengenali isteri ketiga saya sudah lama dan saya menyembunyikan pernikahan ini untuk mengelakkan terjadinya perselisihan faham bagi dua isteri lain.
Isteri Ketiga Selalu Tidur Di Rumah Isteri Pertama
Pernikahan lelaki ini mula menjadi viral apabila isteri keduanya memuat naik status facebook dengan mengucapkan tahniah di atas perkahwinan suaminya itu, beserta gambar pernikahan mereka.
Difahamkan isteri ketiganya itu merupakan kenalan kepada anaknya dari perkahwinan bersama isteri pertama.
Dalam laporan Mstar menyebut “Isteri baharunya itu kawan dengan anak tiri saya yang berusia 15 tahun. Dia (isteri ketiga selalu tidur di rumah isteri pertama memandangkan emaknya kerja tukang masak di kedai makan madu saya (isteri pertama) itu.”
Hasil dari perkongsian perkahwinan sebelumnya lelaki ini mempunyai dua orang anak dengan isteri pertama dan empat orang anak dari isteri kedua. Difahamkan sebelum memuat naik status tersebut, isteri keduanya itu telahpun berbincang keizinan daripada isteri pertamanya.
Setelah kisah pernikahan suaminya menjadi viral, status berkenaan mula dipadamkan dari akaun facebook isteri keduanya itu.
Tindakan suami berkenaan mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen yang mana rata-rata tidak bersetuju dengan tindakannya menikahi gadis di bawah umur.
Detik cemas main lepas sekolah, kon lekat di kepala murid 10 Tahun!. Aduhai, yang bukan-bukan sahaja yang nak dimainnya selepas tamat sesi persekolahan. Kon pun boleh jadi barang mainan.
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah rendah di sini mengalami detik cemas apabila sebuah kon terlekat di kepalanya sehingga memerlukan bantuan daripada pihak bomba.
Panggilan Kecemasan
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK II) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Mohd Ezal Azma, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.28 tengah hari dan dengan bantuan enam anggota, kon itu dipotong dengan peralatan khas dan dapat dikeluarkan 26 minit kemudian.
“Difahamkan pelajar berusia 10 tahun bersekolah sesi pagi dan kejadian berlaku ketika dia hendak pulang ke rumah.
“Ketika bermain bersama rakan lain dalam kawasan sekolah, mangsa memasukkan kon ke kepalanya yang mengakibatkan gagal dikeluarkan,” katanya.
Sementara itu, ramai yang turut berkongsi komen mengenai insiden ini.
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Kon pun boleh jadi mainan sampai terlekat di kepala tak boleh dikeluarkan. Tragedi ini, pasti akan menjadi kenangan bila dewasa nanti. huhu.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.