Gambar Hiasan

Murid, ibu bapa tak kisah didenda kerana mereka tahu sebab mereka dikenakan tindakan. Namun benarlah apa yang diluahkan oleh guru popular menerusi akaun Facebooknya Cikgu Fadli Salleh jika mahu menghukum untuk mendidik janganlah disertakan emosi.

Seperti mana yang kita ketahui beberapa hari ini, viral kisah seorang guru menampar wajah murid sekolah rendah. Dek kerana itu juga Cikgu Fadli Salleh mengimbau kembali kisahnya semasa zaman kanak-kanak.

Murid, Ibu Bapa Tak Kisah Didenda

Malah dia juga berpendapat murid atau ibubapa tidak kisah pun dihukum. Didenda. Dirotan atau diambil apa jua tindakan dari guru kerana mereka pun tahu pasti ada sebab mereka dikenakan tindakan.

Apa yang dikongsi oleh Cikgu Fadli Salleh ini sangat bermanfaat. Sememangnya jika hendak menghukum murid pastikan hukuman itu untuk mendidik. Tidak memalukan. Tidak melampaui batas. Tidak pula diungkit-ungkit selama masa.

“Kisah merotan.

Bila viral isu guru hempuk muka murid, aku teringat satu kisah 30 tahun nan lalu. Masa tu aku kecil lagi. Sekitar darjah 3 atau 4 gitu.

Aku ikut arwah abah ke sekolah. Masa tu abah jadi pengetua di SMK Hamzah, Machang. Abah ada kerja apa entah, dia singgah sekolah sekejap.

Masa dia keluar office, dia sempat berborak dengan rakan guru dia. Aku mengikut je lah belakang abah. Kemudian datang seorang guru lain bersama 3 pelajar. Dua lelaki, satu perempuan.

“HM (Headmaster), ni saya tangkap pelajar kat blok belakang. Hisap rokok dan couple”.

Abah masuk dalam pejabat dia, ambil rotan dan terus suruh pelajar tu pusing belakang.

IKLAN

“Piappp!”

Sedas rotan padu hinggap dibontot dua pelajar lelaki tu.

“Okey, awak berdua boleh pergi. Jangan hisap rokok lagi. Yang perempuan ni, rujuk dengan Cikgu Asmah”. (Nama rekaan. Aku lupa nama apa cikgu tu, yang pasti cikgu perempuan)

Pelajar Buat Salah, Rotan, Simple

Settle tak sampai 5 minit. Tapi sampai hari ni aku ingat peristiwa ni dan ada beberapa benda aku jadikan panduan sampai hari ini.

  1. Menghukum untuk mendidik. Jangan sertakan emosi.
  2. Pelajar perempuan abah tak sentuh. Beri pada guru perempuan untuk tindakan. Itu yang sebetulnya.

Point pertama tu sangat penting. Arwah abah tak ada nak bebel panjang, buat muka bengis, tengking jerkah ke apa. Pelajar buat salah, rotan, nasihat simple dan suruh beredar.

Pelajar Tak Simpan Dendam

So pelajar takkan simpan dendam. Dia buat salah, dia dihukum, settle. Tak ada nak ungkit salah silap sebelum ni ke, tak ada hukum dengan penuh benci ke apa.

IKLAN

Bila murid sedar dia dihukum kerana salah dia, tanpa selit emosi, tidak pula untuk memalukan, bukan dengan penuh kebencian, mereka akan dapat terima hukuman dengan hati terbuka.

Kadang-kadang, parent dan murid terasa hati dan tak dapat terima dihukum ni bukan kerana mereka tak nak mengaku salah. Bukan kerana mereka tak rela dihukum. Bukan juga kerana memanjakan anak.

Tapi kerana hukuman itu disertakan dengan emosi, dengan amarah, dengan menjatuhkan maruah, dengan memalukan dia.

Luka Emosi Berpanjangan

Sakit akibat hukuman sekejap saja hilang. Namun luka emosi itu berpanjangan. Membuat murid benci guru selama masa. Membuat ibubapa marah hingga nak pergi bersemuka.

Percayalah, murid atau ibubapa tidak kisah pun dihukum. Didenda. Dirotan atau diambil apa jua tindakan dari guru kerana mereka pun tahu pasti ada sebab mereka dikenakan tindakan.

Tapi pastikan hukuman itu untuk mendidik. Tidak memalukan. Tidak melampaui batas. Tidak pula diungkit-ungkit selama masa.

IKLAN

ROTAN – Jika ia tidak mampu menjadi alat untuk mendidik, ia hanya satu alat kejam yang melukakan badan dan perasaan,” kongsi Cikgu Mohd Fadli Salleh.

Warganet Kongsi Pengalaman

Menerusi ruangan komen, warganet juga berkongsi pengalaman mereka.

Murid, Ibu Bapa Tak Kisah Didenda “Menghukum Untuk Mendidik. Jangan Sertakan Emosi” Murid, Ibu Bapa Tak Kisah Didenda “Menghukum Untuk Mendidik. Jangan Sertakan Emosi” Murid, Ibu Bapa Tak Kisah Didenda “Menghukum Untuk Mendidik. Jangan Sertakan Emosi” Murid, Ibu Bapa Tak Kisah Didenda “Menghukum Untuk Mendidik. Jangan Sertakan Emosi”

Mingguan Wanita : Nak mengajar biarlah ikhlas janganlah bekerja hanya kerana wang.

Sumber: Facebook Cikgu Fadli Salleh

Sumber Foto : Canva

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Berisi selepas kahwin? 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI