Pemilik nama sebenar Nurfarahin Romli atau lebih dikenali dengan Farah Lee yang juga personaliti media sosial berasa sangat terkejut dan gembira apabila misi sumbangan peralatan solat yang dilakukan mendapat sambutan yang luar biasa.
Ibu kepada Maream Esabel, 6 ini juga sangat berterima kasih kepada mereka yang sudi menyalurkan sumbangan buat mangsa banjir yang diberi nama #FLbanjirAID.
Mulianya Hati Farah Lee
Idea dan inisiatif yang dilakukan oleh Farah ini dilihat cukup mulia malah jumlah sumbangan yang pada awalnya disasar untuk membeli 300 set telekung dan sejadah dengan target RM9000 kini sudah mencecah RM69,023 hanya dalam tempoh sehari.
Keprihatinan rakyat Malaysia ini juga menyejutkan Farah dan misinya untuk menyalurkan bantuan peralatan solat untuk mangsa banjir ini dapat diedarkan kepada lebih ramai orang.
Menerusi perkongsian menerusi akaun Instagramnya, Farah turut menerangkan misi #FLbanjirAID yang dijalankan juga mendapat Kerjasama daripada Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat dan Pusat Khidmat DUN Alur Limbat Terengganu yang bersetuju untuk menanggung perbelanjaan operasi lain untuk proses agihan.
Ads
Farah Lee Terkejut Sumbangan Melebihi Target
Bukan itu saja disebabkan menerima jumlah sumbangan yang melebihi, dia akan membeli barangan keperluan lain untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
“Nah total donation #FLbanjirAID dalam masa 1 hari. MashaAllah tabarakallah terima kasih kepada yang telah menyumbang samaada dari segi wang ringgit, share mahupun doa
“Alhamdulillah, walaupun #FLbanjirAID dah jadi kapasiti besar dan perlu keluarkan kos operasi untuk proses agihan, tapi Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat dan Pusat Khidmat Dun Alur Limbat Terengganu sudi untuk cover semua perbelanjaan operasi tersebut (lori, van, bot, tempat pengumpulan, volunteers, packing, security escort, makanan etc). Gabungan ni ktorg namakan Program #KongsiHarapan.
Ads
“Jadi sumbangan korang ni 100% akan sampai kepada mangsa-mangsa inshaAllah! Terima kasih sangat pada mereka yang banyak mudahkan urusan dan tolong Farah harini,” tulisnya.
Gelabah Ke Sana Ke Sini
Dek kerana jumlah sumbangan yang melebihi target membuatkan Farah terpaksa meminta bantuan lebih ramai orang untuk menguruskan barangan yang perlu diagihkan kepada mangsa banjir.
“Itulah reasons kenapa Farah gelabah sangat harini kesana kesini hahaha Sebab target asal untuk agihkan 300 sets telekung+sejadah je. Tapi oleh kerana korang semua sangat generous, with that amount, Farah dah tak mampu untuk manage dengan kapasiti peribadi
“So now, alhamdulillah boleh increase sumbangan kepada 1000 sets solat kit. Sebahagian lagi Farah akan beli barang2 lain yang diperlukan ikut kawasan (sebab tak semua kawasan perlukan barang2 yang sama so I need to be specific supaya tiada longgakan).
“Balance selepas tu, Farah akan kumpul untuk #FLbanjirAID 2.0 (Pasca Banjir) pulak. Pasca banjir ni lagi banyak perlukan sumbangan actually sebab nak beli barang rumah; barang elektrik, perabot, barang2 sekolah, kelengkapan keluarga dan sebagainya. Pada yang nak menyumbang untuk bantuan pasca banjir ni boleh terus salurkan sumbangan ke acc no Farah dalam poster tu ya.
“Nanti once dah finalised dengan supplier dan dapat resit semua, Farah update korang balik on the total cost for #FLbanjirAID 1.0
“Thanks korang for the trust.! InshaAllah Farah cuba sehabis baik sampaikan sumbangan korang to the fullest #FLhopes @fl.childrity x @booke_surpriseindustry,” luahnya yang cukup bersyukur dengan sifat prihatin rakyat Malaysia.
Sungguh malang tidak berbau. Malam tadi viral rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang wanita dilanggar sebuah kereta yang memandu dalam keadaan melulu dan turut merempuh beberapa kenderaan lain. Video berdurasi 11 saat tersebut cukup menyayat hati kerana wanita tersebut berusaha mengelak daripada dilanggar pemandu ‘gila’ tersebut namun terus diseret dengan oleh kereta sejauh beberapa meter.
Terkini dilaporkan wanita tersebut telah meninggal dunia setelah alami cedera parah akibat dirempuh dan diseret sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari ketika melintas jalan di hadapan bangunan kedai di Shaftbury Cyberjaya di sini semalam.
Cedera Parah & Meninggal Dunia
Kejadian malang yang berlaku kira-kira pukul 7.34 malam itu menyebabkan mangsa Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan seorang Penolong Pengurus sebuah syarikat mengalami kecederaan parah dan dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya pada pukul 4 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pihak polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kemalangan melibatkan lima buah kenderaan dengan seorang mangsa wanita.
“Kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Hyundai dipandu lelaki tidak dikenali telah melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Proton yang diparkir di sebelah kanan hadapan bangunan kedai tersebut.
“Selepas itu, pemandu kereta berkenaan telah menghala ke kiri dan melanggar tiga buah kenderaan lain yang diparkir di sebelah kiri jalan. Semasa mangsa sedang melintas jalan, dia telah dilanggar oleh kenderaan tersebut,” katanya.
Pemandu Langgar Lari
Menurut Abdul Aziz, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4 pagi tadi.
“Pemandu kenderaan tersebut bagaimanapun terus melarikan diri.
“Polis kini sedang giat mengesan pemilik dan pemandu kenderaan jenis Hyundai dengan nombor pendaftaran BHS 7999 tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya.
Susulan itu pihak polis sedang berusaha mengesan pemilik dan pemandu kereta dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Rata-rata netizen menyelar tindakan pemandu kenderaan yang memandu secara melulu sebelum merempuh mangsa yang sedang melintas jalan, malah tidak bertanggungjawab dengan melarikan diri setelah melanggar wanita tersebut.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa atas ujian ini. Sungguh bahaya tidak dapat diduga meskipun telah berusaha untuk mengelak. Semoga pemandu ‘gila’ tersebut dapat diberkas segera dan dibawa ke muka pengadilan untuk mendapat hukuman yang setimpal.
Ini cara betul masak resepi air asam ikan kembung. Boleh juga ditukar dengan daging atau jenis ikan yang lain. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Roshima Ibrahim Shimabeserta dengan video panduan sukatan air merebus ikan.
Teknik yang diajar ini akan buatkan rasa masakan lengkap, lemak, masam, masin semua ada. Buat mak-mak yang masih keliru macam mana nak buat Ikan Kembung Rebus Air Asam ini, boleh teliti cara-cara membuatnya. Bolehlah dicuba untuk masakan keluarga tengah hari nanti.
Tapi, bila hakak dah beri cara-cara memasak tetap juga tak rasa enak. Jangan kata resepi yang dikongsi tak kena.Haa.. kalau gitu jawapannya bukan salah resepi. Tepuk dada, tanya tangan sendiri.
Cara Betul Resepi Air Asam Ikan Kembung
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar – di potong dadu
1 biji tomato – di potong dadu
1 biji limau kasturi
4 biji cili api – Kalau nak letak banyak ikut suka pun boleh
1/2 biji cili besar – Kalau nak letak sebiji pun boleh
Air asam jawa
Seinci belacan bakar
Gula
Garam
Cara Membuatnya
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam. Rebus ikan dengan sekeping asam gelugor. Angkat ikan dan ketepikan.
2. Ambil air rebusan ikan dan masukkan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.
3. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili.Perah air limau. Masukan gula. Gaul hingga rata
4. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.
# Selamat mencuba.
Nota:
Kalau nak tukar dengan daging, perut lembut, atau kerang pun boleh. Gunakan teknik memasak yang diajar oleh Puan Roshima ini.
Sukatan Air Rebusan Ikan, Jangan Sampai Ikan Tenggelam
Bagi yang tak tahu nak rebus ikan macam mana, tonton video ini.
Sumber/Foto/Video: Facebook Puan Roshima Ibrahim Shima via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
BCL sedih & sakit hati dituduh hamil. Allahu sukarnya hidup sebagai ibu tunggal. Terpaksa menanggung gosip yang tidak benar.
Begitulah yang terjadi kepada penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari yang begitu sedih apabila dituduh sedang hamil gara-gara sekeping gambar yang menampakkan perutnya seperti buncit yang tular di media sosial baru-baru ini.
BCL Sedih & Sakit Hati Dituduh Hamil
Mesra dengan gelaran BCL, balu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair itu kecewa dengan dakwaan tidak berasas itu. Malah BCL juga menganggap isu tersebut sebagai satu tindakan body shaming terhadap dirinya dan ia tidak seharusnya berlaku.
“Saya sedih dan sakit hati apabila menjadi mangsa body shaming mereka, hanya kerana sekeping foto yang menampakkan perut saya kelihatan seperti itu.
“Saya juga manusia biasa dan seperti ibu-ibu yang suka makan tengah malam,” luahnya seperti mana yang dipetik menerusi SinarPlus.
Bakal menginjak 40 Tahun, Perubahan Bentuk Badan
Akuinya tidak semua orang memahami perubahan fizikal yang dilalui seseorang, apatah lagi bagi mereka yang sudah meningkat usia sepertinya.
“Mungkin bentuk badan saya kelihatan seperti itu di foto terbabit kerana sudut foto yang diambil atau keadaan yang disebabkan oleh faktor datang bulan dan lain-lain. Tidak semua orang faham tentang itu.
“Pastinya saya juga ada melakukan senaman, tetapi kenyataannya perubahan bentuk badan itu pasti juga berlaku kerana usia makin meningkat dan bakal menginjak ke usia 40 tahun tidak lama lagi.
“Jadi mana mungkin fizikal saya akan masih sama seperti 20 tahun lalu.
“Tiga tahun saya kelihatan kurus dan kehilangan berat badan yang agak ketara, padahal saya makan banyak.
“Sekarang berat badan saya bertambah, sedangkan tabiat makan saya masih juga sama seperti dulu.
“Melihat perubahan itu, saya berharap mungkin orang akan lebih gembira kerana saya nampak lebih segar dan sihat setelah melewati fasa-fasa sukar dalam hidup. Namun sebaliknya pula yang berlaku,” katanya yang bakal menjayakan Konsert BCL Blossom Intimate di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) Januari depan.
“Al-Fatihah Buiat Arwah Ashraf Sinclair” Komen Warganet
Menerusi hantaran video di Instagram, BCL baru-baru ini telah menziarahi pusara arwah suaminya sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-14. Rakan artis dan peminat BCL turut mendoakan agar arwah Ashraf tenang di sana.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...