Kecantikan

Mudahnya Nak Tanggalkan Gam Pelekat Road Tax Lama, Guna Kain & Air Panas Je

Share

Sebagai warganegara yang bertanggunjawab dan mematuhi undang-undang, setiap tahun pasti kita akan memperbaharui cukai jalan kenderaan. Tak kiralah untuk kereta, lori,van dan sebagainya.Menjadi rutin juga setiap tahun,kita akan melakukan perkara yang sama iaitu menanggalkan pelekat yang lama dengan yang baharu pada sisi cermin depan kenderaan.

Tetapi masalah mulai timbul apabila Gam Pelekat Road Tax Lama meninggalkan kesan comot pada cermin kenderaan dan susah untuk menghilangkannya. Pasti sakit mata memandang bila lihat kesan comot tersebut kan.

Seorang pengguna Facebook bernama Debu Putih berkongsi satu cara mudah dan selamat tanpa meninggalkan kesan gam pada cermin kereta apabila pelekat “Road Tax” ditanggalkan.

Jom, cuba cara mudah ini bagaimana nak tanggalkan “Road Tax” kenderaan tanpa sebarang kesan hanya dengan menggunakan dua bahan sahaja.

Bahan-Bahan:
Air panas
Kain

Cara Membuat:

1. Rendam kain dengan air panas.

2. Letakkan kain tadi diluar cermin kereta, betul-betul “Road Tax” yang hendak ditanggalkan.

3. Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.

4. Selepas 5-10 minit. tanggalkan “Road Tax” berkenaan perlahan-lahan.

5. Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan.

Selamat Mencuba!

Sumber & Foto: Debu Putih 

IKLAN