Sepanjang hidup, berapa banyak kita ucapkan terima kasih pada isteri atau ibu. Atau pun berapa kali anak-anak ucap terima kasih pada ibunya. Terima kasih sebab sediakan makanan dan uruskan rumah demi keselesaan keluarga.
Memang nampak agak mudah dan senang dengan ucapan itu tetapi jika tidak dibiasakan dengan ucapan tersebut, mungkin ia terasa jangal untuk diungkapkan. Bukan hanya terima kasih kerana menyediakan makanan, malah ucapan ini untuk semua benda yang telah isteri lakukan untuk keluarga. Sekurang-kurangnnya, ia membuatkan hati isteri rasa berbunga-bunga dan segala penat hilang bila ada yang menghargai dirinya.
Perkongsian daripada Dr. Redza Zainol ada benarnya. Kadang-kadang, kita kena ajar anak-anak untuk ucapkan terima kasih sebagai tanda hargai ibu. Mungkin cara ini boleh dijadikan satu amalan sampai dewasa.
Tiga Soalan Utama
Tabiat saya ni memang saya dah amal sejak 6 tahun yang lepas.
Setiap kali jumpa budak lelaki atau perempuan di klinik, saya suka tanya 3 soalan ni.
“Makan apa pagi tadi”
“Siapa yang masak?”
“Dah cakap terima kasih kat mak?”
Boleh kata hampir semua budak akan jawab mak yang masak. Untuk soalan yang ketiga, cuma ada seorang je budak yang mengaku dia cakap terima kasih.
Yang lain cuma geleng kepala sambil tersengih-sengih.
Selalunya, saya akan terus minta mereka cakap terima kasih pada mak masing-masing.
Tersenyum lebar mak bila anak cakap terima kasih. Mudahnya nak buat hati mak gembira.
Ads
Cuba Ambil Alih Tugas
Dulu, saya pun hanya nampak sarapan biasa je.
Tapi bila isteri saya tak sihat beberapa tahun yang lepas, sayalah yang banyak ambil alih kerja di rumah dan dapur.
Baru saya tahu, apa yang anak-anak saya akan makan minggu ni, rupa-rupanya isteri dah rancang sejak minggu lepas.
Kemudian barulah pergi beli barang-barang untuk memasak. Kadang-kadang, pergi 2-3 kedai barulah lengkap bahannya.
Setiap hari, kena bangun awal. Sebab bila anak dah bangun, memang macam-macam ragam anak ni.
Seorang nak makan cepat, seorang nak tukar pampers, seorang lagi minta nak mandi.
Tengah nak sediakan bahan, anak kecil tu tumpahkan susu ke lantai. Dah nak kena lap lantai.
Baru nak masuk dapur, anak lagi seorang meragam pula. Kena pergi tengok dan pujuk dulu. Yang lagi seorang pula minta berdukung.
Ads
Bila saya betul-betul nak ke dapur, nampak pula baju kotor bertimbun, bilik mainan bersepah teruk dan macam-macam lagi.
Rasa otak ni dibelah-belah sebab kena fokus pada banyak benda pada satu-satu masa. Sejak tu, saya dah tak pandang sarapan yang isteri sediakan hanya sarapan semata-mata.
Amalkan Ucapan Ini
Pada setiap sarapan yang mak atau isteri kita sediakan ni ada suka, duka, air mata, kepenatan melampau, kesakitan, gembira, tawa, cinta, dan pengorbanan yang saya tak pernah nampak.
Sebab tu setiap kali isteri saya sediakan sarapan, saya wajibkan diri saya dan anak-anak cakap terima kasih pada dia.
Saya nak mereka faham mak mereka bukan bibik yang boleh disuruh-suruh.
Anak saya kena faham betapa susahnya menjadi seorang mak.
Saya nak mereka bersyukur ada mak yang menjaga makan minum mereka.
MW: Bersyukurlah ada isteri dan ibu yang mampu lakukan apa sahaja untuk suami dan anak. Diri terabai pun tak kisah demi keselesaan keluarga. Betul tak?
Berleter lagi! Aduh, mungkin ramai lelaki yang ‘panas’ telinga dan hati setiap kali mendengar bebelan atau leteran isteri. Terdetik di hati, tak penatkah mereka ni asyik membebel saja? Anda yang mendengar pun naik penat! Pantang ada saja tak kena di matanya, mulutnya mula tak henti-henti berleter.
Berleter selalunya dikaitkan dengan wanita bahkan dianggap sinonim dengan mereka. Apakah puncanya isteri membebel atau berleter?
Berleter Sebab Rasa Tertekan?
Apakah isteri suka membebel kerana mereka rasa tertekan dengan sesuatu perkara atau situasi? Ya, mungkin ada juga benarnya. Cuba anda bayangkan situasi ini. Bila isteri penat melayan anak-anak dan melakukan kerja rumah, mulut isteri akan membebel itu dan ini. Pada ketika itu, apa yang anda lakukan?
Apakah sedang membantunya atau sedang asyik duduk di atas sofa sambil menonton TV? Bayangkan pula situasi apabila anda bersama-sama isteri sedang melakukan sesuatu bersama-sama. Apakah isteri anda akan membebel? Mungkin tidak atau sekurangnya tahap bebelannya akan turun mendadak. Pendek kata, bebelan isteri pasti ada sebabnya.
Malah, suami juga sebenarnya boleh untuk mengelakkan isteri dari membebel. Caranya suami pastikan jangan buat benda yang isteri tidak suka dan ringankan tulang membantu isteri membuat kerja-kerja di rumah. Ini antara langkah untuk mengatasi masalah membebel isteri.
Berleter Tanda Ambil Berat
Namun, percayakan anda jika dikatakan isteri yang suka berleter merupakan seseorang yang mengambil berat terhadap suaminya. Ketika isteri berleter, kebanyakan disebabkan isteri begitu mengambil berat terhadap suami dan ingin yang terbaik buat suami mereka. Misalnya jika suami ada penyakit tertentu tapi tak berpantang.
Sepatutnya kena kurangkan gula, tapi bergelas-gelas air manis diteguknya. Mana isteri tak membebel. Ini kerana mereka mengambil berat soal kesihatan anda yang menjadi keutamaan mereka. Kalau anda sakit, mereka juga yang kena jaga anda bukan? Mereka sebenarnya sayangkan diri anda.
Begitu juga suami sering kali meletakkan baju kotor merata-rata. Pasti isteri naik angin dan berleter panjang pada anda. Niat isteri agar anda boleh mengubah tabiat itu. Bayangkan jika sikap anda itu dilihat oleh anak-anak dan mereka menirunya? Jadi, sebaiknya mulakan perubahan dari diri anda sendiri.
Jangan Anggap Bebanan
Sebagai suami, anda perlu menangani perkara ini dengan sebaik mungkin. Cuba fahami sebab isteri anda membebel. Apakah kerana mereka penat, perlukan perhatian dan sebagainya. Jangan anggap bebelan isteri sebagai bebanan.
Selain itu, suami jangan sengaja buat tak tahu. Perkara yang isteri paling geram apabila isteri tengah membebel suami buat tak tahu. Cubalah dengar apa yang nak dicakapkan oleh isteri dan bawa berbincang.
Elakkan Pertelingkahan
Ada suami yang tidak boleh tahan bila isteri membebel lantas akan terjadinya pertelingkahan. Sebagai suami, sudah semestinya anda tahu sikap isteri anda dan memahami diri mereka. Jika perkara itu boleh menyebabkan pertelingkahan terjadi, lebih elok berdiam diri saja. Malah ada wanita yang membebel tidak suka apabila dia tengah membebel ada yang menjawab. Kalau nak tanya, tunggu hingga dia reda…
Pujuk
Belajar untuk memujuk. Sikap dan tingkah laku seseorang suami boleh menyebabkan isteri membebel tanpa sebab. Jika bergaduh dengan isteri, suami cepat-cepatlah memujuk apabila merajuk itu boleh membuatkan dia mahu membebel.
Tak susah nak didik anak hafaz Al-Quran, kalau pernah berniat mak-mak boleh rujuk satu perkongsian menarik daripada Puan Ainun Mardhiah tentang bagaimana mak-mak didik anak hafaz Al-Quran.
1. Saya mula didik anak Quran waktu dalam kandungan. Baca Quran, baca Quran, Baca Quran. Mengandung Muadz saya alahan teruk. Saya baca Quran sambil baring. Niatnya supaya anak dengar Kalamullah. Saya yakin dia sedang berkembang dengan pintar bila mendengar ayat-ayat Allah.
2. Anak lahir : usianya 2 bulan, saya buat flashcard sendiri. Sebab masa tu saya di Madinah, tak jumpa flashcard. Buat guna manilakad je. Tulis besar-besar, baca pada Muadz setiap hari. Sebut huruf tu pada dia sejelas-jelasnya. Dia buat tak tahu je masa tu. Siap ronyok-ronyok lagi.
3. Pasangkan dia video Alif Ba Ta. Terkekek-kekek dia ketawa tengok video tu.
4. Pasang Kaset Quran dalam kereta. Pergi mana-mana pasang je.
5. Balik Malaysia, lepas suami cerita tentang Syeikh Mesir didik anak hafaz Quran, kami terus buat keputusan. Mulai hari tu kami pasang Quran sahaja dalam kereta. Quran sahaja. Masuk kereta je terus pasang, walaupun pergi kedai dekat dengan rumah sahaja.
6. Kesan pasang Quran : saya perhatikan anak-anak saya mudah sangat tidur dalam kereta. Sampai orang pelik macamna mereka boleh sopan santun dalam kereta, sebab keluar kereta je terus tak duduk diam. Ya, sekali lagi. Saya yakin dengan keberkatan Al-Quran. Al-Quran menenangkan hati dan jiwa.
7. Selain kereta, abah Muadz rajin bacakan Quran pada anak-anak sebelum tidur. Dia peluk anak-anak kiri dan kanan, then baca Quran. Tak sampai sejam pun kadang-kadang anak dah tidur.
8. Sampai umur Muadz 2 tahun lebih (kalau tak silap saya), kami baca Surah Asy-Syams. Tiba-tiba dia sambung! Kami terkejut! Mengalir air mata saya, Maha Hebatnya Allah! Padahal kami masih belum usaha yang maksima lagi. Tapi Muadz dah boleh ingat Surah Asy-Syams masa tu.
9. Kami test surah lain pula. Kami suami isteri baca dalam kereta. Tiba-tiba dia sambung. Sekali lagi terkejut, dia dah hafaz Surah AL-Balad! Allahu Akbar!
10. Disebabkan masuk kereta pasang Quran ni dah jadi habit, maka Muadz ni pun tiap kali masuk kereta takde ayat lain yang dia jeritkan melainkan…” Nak Qoran!! ( Nak Al-Quran). Ianya terjadi bila saya cuba-cuba nak dengar IKIM.
InsyaAllah yakin ibu ayah, kita semua boleh. Sebab anak kita semua sangat genius, insan-insan takde dosa. Lagi satu, puji anak bila mereka mengaji. Tunjukkan muka ceria dan gembira. All the best!
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Izin Allah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak-mak yang pernah kirim barang dapur dekat suami, akan memahami sangat-sangat perasaan ini. Kerana, ada suami.. walaupun isteri sudah tuliskan siap-siap senarai barang dapur yang perlu dibeli, suami tetap akan telefon bertanya itu ini. Serius ini bukan bergurau!
Dan bila mana suami telefon minta penjelasan tentang barangan dapur mak-mak, jangan sesekali bergurau dengan mereka. Sebab, mereka akan anggap ayat isteri itu serius belaka.
Bak kata Firda Ashaary ini, kaum lelaki Allah ciptakan sebagai makhluk yang lurus sangat. Bila isteri minta, mereka akan beli ikut permintaan isteri. Walaupun, hakikatnya isteri cuma bergurau je tu.
Puas Cari Satu Kedai, Tak Jumpa Pes Tom Yam
“Yang, jangan lupa beli pes tom yam naa. Kata nak suruh buat oden.”
“Okey baik. Satgi cari.”
Begitulah mesej wassap yang aku send kat laki aku semalam waktu dia keluar ke kedai runcit nak beli bahan-bahan memasak. List barang nak beli dah gitau dah tadi, tapi saja ingatkan sekali lagi.
Setengah jam kemudian,
“Sayang, rata kedai dah I cari pes tomyam tu. Takdak pun. Ada tom yam putih dengan nasi goreng tom yam ja. Macam mana?”
“Adoii, hat tu nak buat apa? Takleh guna. Kalau takdak jugak, U cuba tengok pes hat dalam botoi naaa. Mesti ada. Cari kat kawasan sos dan kicap.”
“Okey.”
“Ehh Yang, Yang. Takpa, takpa. I jumpak dah. Depa letak kat belakang. Patut cari takdak. Haishh.”
“Haaa okey. Good boy. U beli lah seploh. Besa dia, payah sangat cari dia nohhh!” gurau aku.
.
Isteri Bergurau, Suami Serius Beli 16 Pek Pes Tomyam
Sesampainya dia di rumah, aku pun selongkar semua plastik barang yang dibeli. Nahh, ambik kau! Sepapan pes tomyam dia bawak balik.
Aku gurau jer pun suruh beli 10 peket. Sekali dia balas gurauan dengan bawak balik 16 peket daaaa. Nak buat scrub badan ke Yang oiii!
Itulah korang, dengan kaum lelaki ni korang jangan lah nak bergurau kias-kias yer. Diorang memang Allah ciptakan sebagai makhluk yang lurus sangat.
Betul ke betul gais?
#SuffianSuffiya #KisahKami
Sapa tak sayang bini oiii.
MW : Mungkin suami tak sampai hati nak kecewakan isteri, itu dia gigih tunaikan permintaan isteri. Dan beli banyak terus, nanti-nanti senang isteri nak guna.. hehehe.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...