Mudah Sangat Buat Kek Sarang Semut, Kacau Guna Whisk & Kukus, Cantik KEJADIANNYA

Share

Kek sarang semut atau ada juga dipanggil kek gula hangus. Nama saja beza tapi keknya tetap sama. Apa yang menariknya, bila buat kek ini ada lubang-lubang yang mungkin sesetengah orang tengok rasa ‘geli’.

Tapi, hakikatnya bila ada lubang-lubang pada kek sarang semut itulah membuatkan ia cantik kejadiannya dan menjadi cara buatnya.

Walau bagaimanapun, tak semua orang boleh dapat cantik kejadiannya bila buat kek sarang semut. Silap cara boleh mampat ke bawah. Lagi sedih.

Ada juga yang guna petua, peram dulu adunan untuk naik elok dan lepas itu baru kukus. Sebenarnya, tak perlu nak peram adunan itu, boleh saja terus kukus.

Inilah yang dikongsikan oleh Syafawatie Yatiey tentang cara nak buat kek sarang semut. Senang sangat. Boleh ikut caranya. Paling penting kek cantik kejadiannya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Mudah Bancuhan Tepung Menggoreng, Tak Serap Minyak, Ranggup Sampai Ke Petang

Resipi Brownies Cakekies, Letak Sedikit Serbuk Nescafe, Barulah SUPER Sedap!

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Kek Sarang Semut, Guna Sukatan Cawan

“Mesti geram bila tengok lubang-lubang yang ada pada kek sarang semut ini. Ini resipinya dan tak perlu nak peram, leas adun terus saja kukus.

1. Ini yang dah siap kukus. Angkat terus. Biarkan 2 minit dan barulah keluarkan dari loyang.

2. Hanguskan 1 cawan gula sampai perang.

3. Gula dah perang. masukkan 1 cawan air panas. Hati hati masa tuang air tu sebab ia akan meletop-letop. Tuang sedikit demi sedikit.

4. Masukkan 2 sudu marjerin/butter. Biarkan larut semua. Ketepikan.

5. Dalam bekas yang lain, pecahkan 4 biji telor, 1 cawan susu pekat atau boleh letak ¾ cawan kalau tak nak manis. Sedikit esen vanilla. Kacau sebati dan guna whisk saja.

Boleh Beli Peralatak Kek DI SINI

6. Masukkan 1 cawan tepung gandum dan 2 sudu kecil soda bikarbonat.

Aneka jenis tepung boleh beli DI SINI

7. Kacau sampai sebati.

8. Apabila sudah sebati, masukkan air gula perang tadi. Kacau hingga sebati.

9. Tapis adunan dan masukkan ke dalam loyang. Guna saiz 5 inci dan kukus selama 45 minit. Pastikan air betul-betul mendidih dan kukus dengan api yang besar.

Baca juga : Tip buat kek sarang semut berongga, guna baking soda yang aktif

Beli Aneka Jenis Loyang DI SINI

Mingguan Wanita : Mudah sangat. Nanti bolehlah buat untuk minum petang ye.

Sumber: Syafawatie Yatiey

Menarik Lagi Di sini:

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN