Mudah je sebenarnya kalau nak cantik. Yang penting, kena rajin dan istiqomah dalam melakukan perawatan wajah seharian di rumah.
Bahan Mudah Dapat Di Dapur Rumah
Bagi yang ada bajet lebih, bolehlah belai wajah di spa atau guna produk kulit wajah yang ternama untuk memiliki wajah yang cerah, halus dan anjal. Tapi, tak semua orang mampu.
Jangan risau! Sebenarnya bahan alami ciptaan Allah sendiri banyak gunanya dari sudut kecantikan.
Misalnya untuk dapatkan kulit wajah yang anjal dan tegang, boleh gunakan masker yang diperbuat daripada timun dan putih telur. Memiliki kulit ankal dan tegang memang idaman setiap orang. Lebih-lebih lagi bila usia mula meningkat. Bila kulit wajah anjal dan tegang, nampak lah awet muda. Siapa tak nak kan?
Mudah Je, Guna Dua Bahan Ni…
Dua bahan itu pun memang tersedia di dapur rumah kita iaitu timun dan putih telur. Rasanya jarang rumah yang tak ada dua bahan ni kan? Timun memang antara ulaman yang disukai ramai. Buat jus pun sedap, sejuk je rasanya. Telur pula wajib ada sebab ‘penyelamat’ dalam banyak keadaan. Macam-macam resipi boleh masak guna telur.
Ada Dua Bahan Ni, Boleh Buat Sendiri Maskerh Je Nak Buat Masker Wajah Sendiri
MASKER TIMUN
Timun adalah “toner” semula jadi yang menyegarkan kulit dan menganjalkan wajah.
Bahan-bahan:
½ batang timun
1 biji telur – ambil putih sahaja
3 titis minyak Vitamin E
Cara Membuat:
1.Kisarkan setengah biji timun.
2. Satukan dua sudu besar jus timun, satu biji putih telur dan tiga titis minyak Vitamin E. Gaul sebati dalam satu mangkuk.
3. Ambil campuran tadi dan sapu ke seluruh wajah seperti masker.
4. Biarkan selama 15 minit dan bersihkan dengan air sejuk. Amalkan selalu untuk kesan yang maksimum.
MASKER PUTIH TELUR
Telur dapat mencegah kerosakan kulit akibat sinar ultraviolet yang disebabkan kulit mempunyai zat Lutein dan Zeaxanthin. Selain itu, telur juga dapat membuat kulit lebih lembut, putih, dan halus. Putih telur mengandungi unsur semula jadi bersama hydro lipid yang membantu untuk menegangkan kulit.
Bahan:
2 biji telur – ambil putihnya sahaja
Cara Membuat:
1. Pecahkan telur dan asingkan putihnya.
2. Masukkan ke dalam mangkuk dan pukul putih telur itu sehingga teksturnya menjadi ringan dan gebu.
3. Sapukan pada bahagian muka dan biarkan ia selama 20 minit.
4.Bilas muka menggunakan air sejuk.
Nak cari produk kecantikan yang selamat digunakan, baca sini
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI