Umur masih muda namun dihantui masalah uban. Benar, uban mampu menjejaskan imej seseorang. Malah dilema dalam dunia orang perempuan, rambut beruban sebelum waktunya.

Adalah sesuatu yang normal jika rambut anda berubah menjadi putih selari dengan usia, atau nama lainnya uban. Tetapi sebenarnya, rambut uban boleh muncul pada mana-mana fasa hidup anda. Walaupun anda masih muda remaja.

Tutup uban untuk segak depan si dia, suami isteri sila usahakan demi pikat hati pasangan setiap hari.

Muda-Muda Dah Beruban? Jangan Sampai Stress, MINYAK KELAPA Lindungi Rambut Berubah WarnaGambar sekadar hiasan

RAMBUT BERUBAN ROSAKKAN PENAMPILAN 

Rambut mempunyai berpuluh ribu folikel rambut yang menghasilkan rambut. Folikel ini mengandungi sel pigmen yang dinamakan melanin untuk memberikan warna pada rambut. Semakin masa berlalu, folikel rambut kehilangan sel pigmen ini, lalu terhasillah uban, rambut yang berwarna putih. Uban yang tumbuh ketika anda muda remaja dinamakan uban pramatang. Uban keluar sebelum usia.

TIP CEGAH RAMBUT BERUBAN DI USIA MUDA

  • Minyak Kelapa

Ratakan minyak kelapa pada rambut dan urut perlahan-lahan. Minyak kelapa memberi kelembapan pada rambut, menguatkan akar rambut serta kandungan antioksidannya melindungi rambut daripada berubah warna.

Muda-Muda Dah Beruban? Jangan Sampai Stress, MINYAK KELAPA Lindungi Rambut Berubah Warna

  • Kurangkan Stress

Stress dan terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan seseorang itu berdepan dengan rambut beruban. Bukan itu sahaja, stres juga boleh memendekkan hayat. Cuba kurangkan stres dalam kehidupan seharian.

  • Banyakkan Minum Air Putih

Kekurangan cecair dalam badan bukan sahaja menyebabkan dehidrasi dan kulit kering malah menghalang nutrisi sampai ke folikel rambut. Apabila rambut tidak menerima nutrisi yang sepatutnya, ia menyebabkan rambut mudah bertukar warnanya. Kurangkan makan makanan bergoreng, pedas dan berasid kerana ia mempercepatkan kekurangan air dalam badan. Banyakkan juga minum air.

IKLAN

Muda-Muda Dah Beruban? Jangan Sampai Stress, MINYAK KELAPA Lindungi Rambut Berubah Warna

  • Ambil Makanan Yang Mengandungi Kuprum

Copper atau kuprum merangsang peningkatan melanin yang mengekalkan rambut berwarna hitam. Makanan yang kaya dengan kuprum adalah kacang walnut, kacang almond, keladi, sawi, daging, buah beri hitam, nanas, delima dan biji labu. Boleh juga mengambil vitamin yang tinggi kuprum.

  • Tingkatkan Pengambilan Protein

Protein baik untuk kesihatan kulit dan rambut. Telur adalah salah satu contoh sumber protein yang bagus untuk rambut.

  • Amalan Vitamin B12

Kurang pengambilan vitamin B12 menyebabkan rambut mudah berubah warna. Amalkan makan makanan yang mengandungi B12 seperti keju, daging lembu, pisang, ikan, telur dan daging kambing.

Muda-Muda Dah Beruban? Jangan Sampai Stress, MINYAK KELAPA Lindungi Rambut Berubah Warna

Selamat Warnakan Rambut Dengan Daun Inai

Daun inai digunakan secara tradisional untuk merawat dan mewarnakan rambut. Inai daun dapat membantu melebatkan rambut dan juga menguatkan akar rambut agar rambut tidak mudah luruh.

IKLAN

Inai rambut juga mampu membuatkan rambut menjadi lembut. Jadi, sebab itulah daun inai menjadi pilihan utama para wanita yang ingin merawat rambut dengan menggunakan sumber semulajadi.

Sekarang pun dah ada Inai Rambut Daun Asli Inaidamia yang berasaskan inai daun asli. Dengan tambahan madder root, iaitu sejenis herba yang digunakan sebagai pewarna semulajadi dan juga minyak argan yang terkenal sebagai minyak dari sumber semulajadi yang boleh menguatkan rambut.

 

Muda-Muda Dah Beruban? Jangan Sampai Stress, MINYAK KELAPA Lindungi Rambut Berubah Warna

Rawat Rambut Beruban Guna Inai Rambut Daun Asli Inaidamia

Rambut itu mahkota wanita, sayangnya bila beruban sebelum waktu. Dengan Inai Rambut Daun Asli Inaidamia, anda boleh warnakan rambut beruban. Dalam masa yang sama kekalkan kelebatan dan kesihatan rambut secara semulajadi.

IKLAN

Inai Rambut Daun Asli Inaidamia ini sesuai untuk rambut separas bahu. Malah, jangka hayat boleh bertahan sehingga 6 bulan jika disimpan betul dalam peti sejuk. Sekiranya inai kelihatan kering, campurkan saja air limau untuk mengembalikan teksturnya.

Caranya bancuh inai dengan campuran air teh dan air limau. Biarkan bancuhan jadi lebih pekat. Lumurkan pada rambut dengan sekata. Jadinya, warna inai rambut akan lebih tahan lama.

Muda-Muda Dah Beruban? Jangan Sampai Stress, MINYAK KELAPA Lindungi Rambut Berubah Warna

Paling penting, tidak memberikan kesan pengelupasan kepada kulit. Tiada campuran bahan kimia terlarang seperti poly phenylenediamine (PPD) yang boleh merosakkan kulit dalam Inai Celup Asli Inaidamia.

Dengan kelebihan inilah, menjadikan Inaidamia, produk inai pertama berdaftar dengan KKM, yang mana ianya selamat untuk semua peringkat umur tanpa kesan sampingan terhadap kulit.

Muda-Muda Dah Beruban? Jangan Sampai Stress, MINYAK KELAPA Lindungi Rambut Berubah Warna

Antara produk yang ada pada Inaidamia adalah,
1. Inai Celup Daun Asli, 50 gram – RM20-RM22
2. Inai Celup Daun Asli, 100 gram – RM37-RM39
3. Inai Celup Daun Asli, 250 gram – RM70-RM72
4. Inai Rambut Daun Asli, 250 gram – RM38-RM40
5. Inai Serbuk Daun Asli, 100 gram – RM20-RM22

Umur 55 Rambut Takde Uban, DAUN KARI Rahsia Rambut Berkilat Hitam

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI