Semua wanita mengimpikan kulit wajah yang cantik, tidak bermasalah dan cerah berseri. Justeru, penggunaan produk penjagaan wajah menjadi jalan penyelesaian untuk mendapatkan hasil terbaik. Sasarkan penjagaan kecantikan musim perayaan dan sambutan tahun baru 2023 dengan memastikan kulit wajah ‘glowing’ dan ‘flawless’ secara semulajadi.

Wajah jelita, kulit anjal, bersih, mulus dan berseri tanpa sebarang cela memerlukan penjagaan rapi dengan produk kecantikan yang bersesuaian. Realitinya, kecantikan adalah dunia tanpa sempadan yang sentiasa berubah saban waktu untuk memberi peluang wanita menzahirkan keindahan wajah daripada dimensi berbeza.

Penjagaan Kulit Mudah, Berseri Tanpa Cela

Memiliki kulit cantik, bersih dan mulus sebenarnya tidak sukar. Dengan mengamalkan diet yang baik dan mempraktikkan penjagaan kulit asas yang konsisten, pelbagai masalah kulit dapat diatasi dengan lebih mudah.

Malah mempunyai hidrasi kulit yang baik juga dapat membantu anda mencapai kulit idaman. Kulit yang tidak cukup hidrat akan menjadi kering, ‘ketat’ dan bersisik, dan inilah yang boleh menyebabkan kulit menjadi merah, gatal mahupun mengelupas.

Sebenarnya tak susahpun untuk mendapatkan kulit cantik yang lembap dan sihat. Penghidratan adalah kunci! Apabila kulit terhidrat, seseorang boleh mencapai cahaya semula jadi yang sihat, tidak berminyak, pori-pori menjadi lebih kecil, kulit lebih licin dan menggalakkan solekan tahan lebih lama.

Jika anda mahukan kulit cantik yang lembap, aplikasikan Hada Labo Hydrating Lotion dan Hada Labo HA Supreme Cera Hydrating Booster Serum ianya dapat membantu wanita mencapai kulit yang cantik dan sempurna.

Mood Tahun Baru Tukar Ceria Bila Kulit Wajah Glowing & Flawless Secara Semulajadi

Konsisten & Disiplin

5 tips yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit muka yang glowing. Tak Susah, paling penting konsisten dan berdisiplin.  Malah mereka yang mempunyai kulit yang glowing nampak cantik walau dengan hanya solekan yang nipis. Malah, ada juga yang langsung tak bersolek.

  1. Minum Air Secukupnya

Minum air secukupnya merupakan tip utama untuk dapatkan kulit muka yang lembap, sihat dan glowing. Jangan lupa minum air kosong sebanyak lapan gelas setiap hari. Jumlah gelas bergantung pada jantina dan berat. Air dapat memberi nutrien yang boleh melembapkan kulit wajah. Wajah yang lembap akan membuatkan kulit nampak sihat dan awet muda.

  1. Amalkan Rejim Penjagaan Wajah

Rejim penjagaan wajah sangatlah penting, lupakan saja impian anda itu jika anda tidak konsisten dalam rejim penjagaan wajah. Gunakan double cleanser, toner, esen dan serum, pelembap dan krim sunblock, krim mata, masker, krim siang atau malam. Setiap darinya mempunyai fungsinya yang tersendiri. Paling penting anda perlu rajin ya!

IKLAN
  1. Teknik Solekan

Janganlah sentiasa mengharapkan bantuan solekan untuk nampak glowing ya. Solekan yang tebal dan tak ditanggalkan dengan betul akan merosakkan kulit muka. Liang pori akan tersumbat dan masalah kulit seperti jerawat pula yang akan timbul.

  1. Rawat Wajah Dengan Baik

Berdepan dengan masalah kuliy wajah seperti jerawat dan bintik hitam sememangnya sangat menakutkan buat wanita namun jika anda berhadapan dengan masalah ini terutamanya jerawat jangan sesekali memicitnya. Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana bakteria daripada kawasan yang bermasalah akan tersebar ke tempat yang lain. Dapatkan bantuan pakar kulit untuk merawat kulit anda.

  1. Produk Pencerah Wajah

Jika anda ada masalah tompok-tompok hitam, tona kulit tak sekata, parut jerawat dan kesan sunburn, produk pencerah dapat membantu. Kesan-kesan tersebut perlulah dihilangkan terlebih dahulu jika anda idamkan kulit yang glowing. Namun berhati-hati ketika membeli produk pencerah. Pastikan ianya bebas merkuri dan hidrokuinon. Yang paling penting mengikut spesifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sambut Perayaan Berganda Parti Akhir Tahun

Semestinya anda tidak sabar untuk menyambut perayaan berganda akhir tahun apatah lagi dengan menghadiri jemputan untuk ke parti. Keriangan pasti akan berganda bila wajah anda kelihatan glowing!

Mudah saja untuk dapatkan wajah yang cantik berseri anda cuma perlu amalkan dua langkah di bawah:

Langkah pertama dimana selepas membersihkan wajah dengan pencuci, hanya sapukan Hada Labo Hydrating Lotion.

IKLAN

Langkah kedua pula selepas losyen disapukan, oleskan pula Hada Labo HA Supreme Cera Hydrating Booster Serum.

Mood Tahun Baru Tukar Ceria Bila Kulit Wajah Glowing & Flawless Secara Semulajadi

Mood Tahun Baru Tukar Ceria Bila Kulit Wajah Glowing & Flawless Secara Semulajadi

Pentingnya Losyen & Booster Serum Untuk Rejim Kulit Wajah Harian

Penggunaan losyen dan booster serum amatlah penting dalam rejim kulit wajah harian setiap wanita.

Dengan menggunakan losyen memberikan banyak manfaat bagi kulit. Mengatasi kulit kering dan melembapkan kulit.

Booster Serum pula penuh dengan manfaat terbaik untuk kulit bagi mengelakkan tanda penuaan pramatang pada kulit. Penggunaan produk terbaik bagi kulit dapat mengekalkan keadaan kulit yang sihat dalam tempoh jangka masa yang lama.

IKLAN

Kebaikan Hada Labo Hydrating Lotion

Gunakan Hada Labo Hydrating Lotion selepas mencuci wajah. Dapat membantu mempercepat penyerapan produk seterusnya.

Produk ini mengandungi 5 jenis Hyaluronic Acid, kulit akan dilengkapi dengan hidrasi menyeluruh dan bagi kelembapan berpanjangan. Ia juga mengandungi HA yang difermentasi pertama di dunia untuk memperkuat lapisan perlindungan kulit. Pastinya kulit anda akan kelihatan lebih bersinar.

H.A. Supreme Cera Hydrating Booster Serum Tingkatkan Hidrasi

Manakala H.A. Supreme Cera Hydrating Booster Serum juga banyak kebaikannya juga. Antaranya dapat meningkatkan hidrasi.  Teksturnya yang ringan senang untuk diserap kulit. Juga mengandungi empat jenis Hyaluronic Acid untuk memberi kelembapan 24 jam dan merawat lapisan perlindungan kulit.

Mood Tahun Baru Tukar Ceria Bila Kulit Wajah Glowing & Flawless Secara Semulajadi

Mood Tahun Baru Tukar Ceria Bila Kulit Wajah Glowing & Flawless Secara Semulajadi

Mood Tahun Baru Tukar Ceria Bila Kulit Wajah Glowing & Flawless Secara Semulajadi

“Gunakan dua produk ini sebelum memakai foundation, untuk solekan yang lebih licin dan tahan lama.”

Memiliki kulit wajah yang berseri pastikan anda aplikasikan Hada Labo Hydrating Lotion dan Hada Labo HA Supreme Cera Hydrating Booster Serum.

Dengan mengamalkan dua produk ini membantu merawat masalah kulit seperti kekeringan, kusam, garis halus, jeragat dan masalah kulit yang lain. Malah kulit anda akan nampak ‘glowing’ dan pastinya mencapai kulit yang cantik dan sempurna.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI