Kehidupan di dunia hanyalah tempat persinggahan buat manusia mengumpul seberapa banyak bekalan untuk dibawa menuju ke alam abadi iaitu akhirat. Setiap amalan manusia di atas muka bumi ini akan menentukan untung nasib mereka di akhirat. Kebahagiaan di akhirat tidak mungkin dapat dinikmati tanpa melakukan amalan baik ketika di dunia.

Oleh itu,waktu terbaik untuk kita beramal adalah sekarang. Rebutlah pahala berlipat ganda melalui harta kesayangan anda dengan bersedekah yang juga boleh digunakan untuk berwakaf, insyaAllah ianya antara bekalan kita ke akhirat kelak.

Wakaf Satu Cabang Ibadah

Menyentuh tentang wakaf dari segi bahasa bermaksud berhenti, menegah dan menahan. Dari segi istilah, wakaf adalah menahan harta benda  daripada pemilikan oleh individu tertentu dengan menyerahkan harta yang dimilikinya diuruskan oleh mutawalli supaya manfaatnya boleh disedekahkan. Wakaf juga merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalanNya.

Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan. Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanah, bangunan, rumah dan juga wang tunai.

Mekanisme wakaf merupakan satu ibadah yang mempunyai asas agama yang mendalam. Para fuqaha’ berpandangan bahawa amalan wakaf mempunyai dua objektif asas iaitu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pewakaf akan menerima ganjaran pahala yang berkekalan dan berterusan hingga ke hari akhirat.

Wakaf Manfaat Untuk Semua

Melabur Sambil Beramal Dengan Berwakaf

Sebagai umat Islam, rebutlah peluang untuk berwakaf. Sekiranya sistem wakaf dapat digunakan secara meluas serta dikomersialkan, ini akan mengoptimumkan hasil wakaf yang boleh dinikmati oleh penerima manfaat dan juga membangunkan ekonomi negara dan umat Islam.

Menerusi fungsi wakaf juga akan terbela hak dan kebajikan golongan miskin dan mereka yang memerlukan. Pendekatan ini adalah selaras dengan ajaran Islam yang menganjurkan konsep persaudaraan serta keadilan ekonomi.

Amalan berwakaf juga boleh dilakukan menerusi pelaburan dan wakaf tunai. Sememangnya amatlah penting penyediaan sumber dana untuk memajukan aset-aset wakaf di samping memupuk budaya berwakaf dalam masyarakat.

Dana wakaf juga akan berterusan apabila adanya gabungan konsep pelaburan dan wakaf di mana dana yang diwakafkan kekal menjana pulangan pelaburan untuk disalurkan ke projek-projek wakaf.

IKLAN

Memperkasakan Ekonomi Umat Islam

Bukan itu saja malah institusi pengurusan wakaf yang diiktiraf juga berfungsi sebagai syarikat wakaf korporat yang mengurus dan mentadbir dana wakaf secara menyeluruh bermula daripada mengumpul dana, mengurus pelaburan serta memilih dan mengagihkan manfaat wakaf kepada projek-pojek yang diluluskan.

Terbukti jua ibadah wakaf yang bermula sejak zaman Rasulullah SAW, berpotensi menjadi sumber pembiayaan projek dan program untuk membangunkan ummah, institusi sosial dan memperkasakan ekonomi. Malah wakaf juga menunjukkan umat Islam bersyukur akan nikmat kurniaan Allah S.W.T.

Wakaf Manfaat Untuk Semua

Seharusnya setiap individu muslim mahupun organisasi Islam bersedia mengorak langkah melaksanakan tanggungjawab sosial melalui instrumen wakaf. Ia juga bertujuan bagi menghidupkan ruh wakaf di Malaysia.

Kenanga Investors Lancar Dana Wakaf Bencana Musa’adah

Baru-baru ini, Kenanga Investors Berhad (“Kenanga Investors”) telah melancarkan Dana Kenanga Sustainability Series: Emergency Waqf Musa’adah (“Dana”).

Dana ini ialah salah satu Kenanga Sustainability Series terbaru yang memperuntukkan sebahagian pulangan kepada mereka yang terjejas akibat bencana berkaitan iklim.

IKLAN

Dana ini bertujuan untuk menyediakan pengagihan pendapatan serta mencapai pertumbuhan modal dengan melabur dalam pelbagai portfolio tempatan dan global bagi ekuiti patuh Syariah, sekuriti berkaitan ekuiti patuh Syariah, sukuk, instrumen pasaran wang Islam atau deposit yang mengabungkan prinsip Syariah serta prinsip pelaburan kukuh.

Pelancaran ini adalah hasil usaha sama yang melibatkan Kenanga Investors, Yayasan Waqaf Malaysia (“YWM”) dan Match Foundation (“MATCH”), yang telah disahkan melalui memorandum perjanjian yang ditandatangani antara ketiga-tiga pihak pada November tahun lepas, disaksikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Charles Hay, British High Commisioner Malaysia.

Kenanga Investors Dilantik Sebagai Pengurus Dana

Memorandum perjanjian ini melantik Kenanga Investors sebagai Pengurus Dana bagi dana yang diterima daripada pelabur institusi serta pembiayaan awal sebanyak RM3 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia dalam Bajet 2022 sebagai sebahagian daripada objektif kerajaan untuk mewujudkan dana wakaf negara khususnya untuk membantu mereka yang terjejas akibat bencana, perubahan iklim mahupun pandemik pada masa depan.

“Dana ini menyasarkan untuk menjana  pulangan  kukuh yang akan memberi manfaat secara langsung kepada mangsa bencana di negara ini dengan membantu mereka kembali ke keadaan normal. Pulangan juga akan disalurkan ke arah menyediakan kemudahan atau peralatan berkaitan kawalan bencana baharu atau menambah baik iklim sedia ada,”

“Kami berasa gembira untuk meneruskan kerjasama kami dengan Yayasan Waqaf Malaysia untuk membangunkan kewangan sosial Islam dan memastikan proses sistematik dapat disediakan untuk diagihkan ke kawasan atau mereka yang memerlukan bantuan”, kata Datuk Wira Ismitz Matthew De Alwis, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Prof Madya Dr Amir bin Shaharuddin;

IKLAN

“Sebagai penerima dan pentadbir Dana Wakaf Bencana, kerjasama ini penting dalam memastikan Yayasan Waqaf Malaysia memenuhi fungsinya untuk membantu dalam pembangunan harta wakaf sedia ada, serta mewujudkan wakaf baharu dan membangunkan ekonomi ummah melalui instrumen wakaf.”

“Kami menjangkakan bahawa pengenalan dana kepada pasaran mampu menarik minat para pelabur merebut peluang untuk memperuntukkan 70 peratus daripada pendapatan pelaburan kembali ke arah projek yang dapat memberi impak sosial, sekaligus mampu menyatukan kewangan dengan matlamat sosial. Ini adalah langkah penting dalam memacu dan menormalisasikan pelaburan ke arah masyarakat yang lebih baik”.

Pulangan Dana Buat Yang Berhak & Layak

Bukan itu sahaja, pulangan yang dijana melalui dana akan diagihkan oleh YWM kepada penerima bantuan dengan bantuan MATCH yang terdiri daripada kumpulan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dengan memberi tumpuan kepada bantuan kemanusiaan dan bantuan kecemasan kepada orang-orang yang berhak dan layak.

Dana ini adalah produk keempat yang dilancarkan di bawah Kenanga Sustainability Series. Ia juga merupakan dana berciri wakaf kedua yang dilancarkan selepas dana Kenanga Waqf Al-Ihsan, yang diperkenalkan pada April 2021. Dana ini sesuai buat pelabur sofistikated dengan ufuk pelaburan jangka masa sederhana hingga panjang dan sanggup menyumbang sebahagian daripada pulangan pelaburan mereka untuk tujuan wakaf dengan jumlah pelaburan permulaan minimum sebanyak RM10,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kenanga Investors Berhad, sila layari www.kenangainvestors.com.my

Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

*Penafian:

Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik, memupuk kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran, juga melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab dan liabiliti untuk ketetapan, kesempurnaan mahupun kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI