Mona Allen selamat bersalin anak kedua, timang bayi lelaki. Pelakon Mona Allen berkongsi khabar gembira telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada malam Selasa.
Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua, Timang Bayi Lelaki
Menerusi hantaran di Instagram Story, Mona memberitahu dia selamat bersalin anak lelaki pada waktu Maghrib, semalam.
Saya dah selamat bersalin semalam waktu Maghrib. Inshallah kita akan kongsi gambar baby nanti.
Sekarang tengah rehat nanti saya update okay.
Ads
Isteri kepada Pekin Ibrahim ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya serta bayi.
Terima kasih semua yang DM doakan saya dan baby. Alhamdulillah. Syukur semua baik-baik saja. Allah Ya Mujeeb.
Ads
Untuk info, Mona dan suaminya, Pekin Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Pasangan itu dikurniakan anak pertama, Petra Pekin pada 31 Ogos 2022.
Duit KWSP lebih setengah juta habis licin, pesara ubah suai rumah, buat kenduri kahwin anak. Setelah bertahun-tahun bekerja dan menyimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tiba masanya untuk menikmati hasil simpanan anda selepas bersara.
Namun, apakah kegunaan utama duit KWSP selepas bersara? Duit KWSP selepas bersara memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kesejahteraan kewangan dan kehidupan yang selesa.
Perancangan yang bijak dalam menggunakan simpanan KWSP boleh membantu memastikan kehidupan selepas bersara lebih terjamin dan tenang. Oleh itu, adalah penting untuk merancang penggunaan simpanan ini dengan teliti dan mendapatkan nasihat kewangan jika perlu.
Bagaimanapun lain pula jadinya dengan seorang bekas pengurus sebuah syarikat jualan langsung bahagian Pantai Timur. Duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM750,000 yang diperolehnya habis dalam tempoh tujuh tahun digunakan untuk mengubah suai rumah dan kenduri kahwin anak.
Bekas pekerja swasta terbabit, Abdul Rahman Abdullah, 64, berkata, sebelum itu, duit itu juga susut kerana digunakan bagi menampung kehidupan sepanjang tempoh persaraan bermula pada tahun 2017.
Lelaki itu menjelaskan, dia mengambil keputusan untuk bersara pada usia 57 tahun selepas berkhidmat selama 27 tahun bersama syarikat yang berpangkalan di luar negara itu.
“Saya menerima wang persaraan berjumlah RM750,000 iaitu RM500,000 Akaun 1 manakala RM250,000 Akaun 2.
“Duit itu digunakan untuk mengubah suai rumah kira-kira sebanyak RM200,000 merangkumi pembinaan pagar konkrit, menambah bahagian dapur dan garaj.
“Sebanyak RM70,000 lagi digunakan untuk melaksanakan kenduri kahwin dua anak perempuan pada tahun 2016 dan 2018 manakala selebihnya habis digunakan bagi belanja makan, minum, kos elektrik, air dan internet serta petrol kereta sepanjang bersara,” katanya.
Ujarnya, kos sara hidup yang tinggi pada masa kini dengan harga barangan yang mahal juga menyebabkan wang persaraan tersebut cepat habis.
“Setiap kali keluar membeli lauk-pauk, perlu ada RM100 atau lebih dan nasihat saya kepada pesara agar perlu berjimat-cermat supaya wang KWSP dapat terus membantu kehidupan selepas tidak bekerja.
“Cuma saya bernasib baik kerana isteri (62 tahun) ialah pesara kerajaan yang menerima sejumlah pencen dan dapat membantu menampung perbelanjaan kami seterusnya dalam menghabiskan usia tua,” katanya.
Ellie Suriaty anggap bekas suami tiada jodoh. Pelakon hebat, Ellie Suriaty yang juga merupakan ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata ketika ditemui pada tayangan malam gala filem Abnormal Buas yang berlangsung di GSC, Mid Valley Mall menerangkan bekas suaminya tidak jadi bernikah dengan Datuk Noora Kay disebabkan wanita itu tidak bersetuju dengan penundaan tarikh majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung 5 Jun lalu.
Malah Ellie menerangkan kenyataan oleh Datuk Noora tiada keserasian dengan Azri Iskandar tidak tepat.
“Kenyataannya tiada keserasian itu tidak tepat.
“Kalau tidak serasi, mesti mereka tidak merancang untuk bernikah.
“Dia (wanita terbabit) bersungguh-sungguh hendak bernikah dengan Azri.
“Malah, dia merancang tumbangkan lembu pada Aidiladha untuk meraikan majlis pernikahan.
“Namun, dia tidak berpuas hati apabila pihak lelaki minta tangguhkan pernikahan kerana Azri sedang sibuk dengan penggambaran filem diikuti drama,” kongsi Ellie.
Apabila ketahui pernikahan Azri dibatalkan, Ellie menerangkan dirinya ada meminta Azri memujuk wanita terbabit.
“Namun, bagi Azri, kalau tak nak, sudah.
“Dia pun tidak mahu ada perkara berbangkit. Azri pun sebelum ini kurang selesa apabila asyik ditanya mengenai persiapan kahwin, seolah-olah saya desak dia berkahwin,” terang Ellie.
Selain itu Ellie juga mendakwa syarat wanita terbabit yang hanya mahukan 150 tetamu daripada pihak lelaki dijemput pada majlis perkahwinan itu juga tidak dipersetujui.
Bagi Ellie acara pernikahan itu bukanlah majlis tayangan filem, sebaliknya, mereka ada ramai saudara mara dan rakan taulan yang perlu dijemput.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bercerai namun Nora & Nedim besarkan anak-anak dengan kasih sayang. Seperti yang diketahui ramai, Nora Danish dan Nedim Nazri telahpun bercerai talak satu semalam di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.
Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Sementara itu, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.
Ketika ditemubual wartawan Nora menafikan dakwaan kewangan menjadi punca perpisahan. Malah Nora juga berharap tidak akan timbul sebarang teori berkenaan perpisahan mereka.
“Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga.
“Saya sangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan.
“Kami sudah duduk berasingan sejak enam bulan lalu dan cuba selamatkan rumah tangga dibina tujuh tahun lalu, tapi tak berhasil,” kongsi Nora seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online.
Tambah Nora lagi dirinya dan bekas suami sangat mementingkan keharmonian dalam keluarga mereka.
“Kami hanya merancang, namun Allah menentukan segala-galanya.
“Anak-anaknya juga sedia maklum mengenai perpisahan, tetapi hubungan bersama anak tiri tetap baik,” sambung Nora.
Walau sudah berpisah namun mereka mahu besarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
“Kami memang baik, setiap manusia lalui ujian berbeza-beza. Tapi untuk capai tahap keredaan dan datang bersama ke mahkamah pada hari ini bukanlah mudah.
“Bagaimanapun, pengalaman sebelum ini mematangkan kami.
“Kami hanya ingin membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan positif. Harap anda semua doakan yang terbaik,” katanya lagi.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dr Sheikh Muszaphar homesick anak jadi perhatian apabila beliau berkongsi cara menenangkan anak di asrama ketika Ramadan. Kisah ini menyentuh hati ramai ibu bapa.