Yakinlah bahawa rumah tangga barai dan tak bahagia kalau anda masih terus berangan akan dapat segala dengan mudah tanpa sedikit ujian. Lagi teruk jika ramai di kalangan wanita tak sanggup melihat wanita lain bergaya sakan sehinggakan bernafsu juga mengikuti fesyen terkini walaupun tiada berduit. Kata mudah CEMBURU!
Meranalah si suami yang terpaksa berhutang ke sana ke mari, kalau tak dapat ‘korek’ siapa lagi yang menjadi mangsa jika bukan ibu bapa sendiri.
Itu cerita orang tak berpunya tapi mahu bergaya bagaimana pula dengan wanita yang kaya? Bukan hanya dari segi pemakaian, perhiasan dan hobi yang serba mahal, pergaulan yang diikat bersama kawan-kawan pun boleh terlerai bila tak berduit. Inilah dunia sesetengah wanita yang serba glamor, walaupun mereka kuat bekerja dan memiliki kekayaan yang melimpah seharusnya dalam hati sentiasa mahu beringat bahawa malang tak berbau, ada masanya ujian kesusahan menjengah tanpa dijemput.
Kaya miskin boleh berpusing dalam putaran kehidupan seorang wanita, sememangnya dia sedar segalanya kurniaan Allah SWT dan ia satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan nanti di akhirat tetapi manusia sentiasa lupa asal-usulnya.
“Bagaimana kamu tergamak kufur kepada Allah padahal dahulunya kamu mati (tiada), kemudian Dia menghidupkan kamu setelah itu Dia mematikan kamu dan kemudian Dia menghidupkan kamu pula (di akhirat) dan akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya.” (Surah al-Baqarah ayat: 28)
Kaya Yang Bahagia
Wanita yang kaya menjadi pilihan para lelaki untuk didampingi, tidak salah bahkan agama kita mengizinkannya. Namun kekayaan mestilah boleh mendatangkan bahagia dan tenang bukan sebaliknya merunsingkan dan menggelapkan hati. Jadi duit yang dikurniakan Allah SWT mesti dibelanjakan mengikut aturan yang Allah SWT tetapkan ke atas manusia. Jika manusia mengkufuri nikmat Allah dia tak peduli ke mana duit itu dibelanjakan.
Ads
Wanita yang berlebih-lebihan mempercantik diri dari hujung rambut ke hujung kaki sementara dia abaikan kesengsaraan fakir miskin maka dia telah menyalahgunakan amanah yang Allah pinjamkan. Apakah tidak boleh berbelanja untuk kecantikan? Jika diniatkan untuk menjaga kesihatan dan menjaga pandangan mata suami maka ini diharuskan asalkan tidak berlebihan dan tidak lupa memberi hak ibu bapa dan fakir miskin.
Mengurus duit memerlukan ilmu, sikap suami yang tak mendidik isteri beramanah dalam hal ehwal kewangan keluarga menjadi sebab gagalnya isteri menjadi kaya material dan spiritual. Didik bukan bermakna suruh berjimat sampai berikat pinggang, pecah usus tak makan tetapi menjaga perbelanjaan agar tidak melebihi pendapatan. Senang nak cakap tapi susah nak buat!
Suami isteri mesti berterus terang mendedahkan masalah-masalah kewangan dalam keluarga, ramai bercerai kerana isteri tak faham kesusahan suami atau sebaliknya sehingga menimbulkan syak wasangka yang bukan-bukan.
Harta menjadi punca sengsara apabila kita tunduk sujud mengikut nafsu, lupa asal-asul, lupa daratan, lupa iman, lupa kepada Allah SWT. “Ketahuilah sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas (dalam bermaksiat), kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat kembalimu.” (Surah al-‘Alaq: 6-8)
Ads
Pesanan Terakhir
Suami isteri yang suka menunjuk kemewahan memiliki penyakit lain yang tak kalah bahayanya iaitu tidak perlukan Tuhan. Mereka merasa cukup dengan harta yang kononnya punca keselamatan dan kebahagiaan. Setelah diuji dengan ‘kehilangan’ barulah menangis mencari di mana Tuhan. Jika Allah menguji bermakna Dia mahu kita kembali, mahu kita berasa lemah dan perlukanNya, mahu kita ingat semua yang dimiliki hanya pinjaman.
SILA SEMAK:
1. Punca sebenar masalah kewangan dalam keluarga adalah jauhnya mereka dengan Tuhan.
2. Tiada ilmu agama yang membawa kepada pemikiran yang positif, hati yang tenang dan khusyuk tunduk kepada Allah SWT.
Ads
3. Jika mereka sembahyang hanya di pinggiran sahaja tidak masuk menghadapNya dengan membawa ilmu di dada.
4. Jika berdoa cepat putus asa dan tak yakin dengan kuasa Allah SWT.
5. Kalau mencari nafkah tak kira halal haram semua masuk poket yang sama.
Bagaimana tidak sengsara jika Allah yang memberi kebahagiaan itu diceraikan daripada jiwa raga kita? Tidak mustahil suami isteri yang mahu bercerai atas sebab harta sebenarnya kerana mereka telah lebih dahulu menceraikan diri dengan Allah SWT.
Lantai masjid tak pernah lagi dipijak semenjak berakad nikah dahulu, ceramah agama yang terakhir adalah ceramah nikahnya dahulu, ilmu agama yang dibaca setakat singgah sebentar di jiwa kemudian dilupakan begitu saja.
Air mata insaf hanya sedikit menitis saat kematian saudaranya kemudian kering dihapus tawa dan silau dunia. Rumah kemas disusun mewah tapi hati bergolak hebat sengsara tiada ketenangan. Setiap kali nafsu minta dipuaskan berkejarlah ke sana ke mari tak kenal masa, terlepas saat-saat sujud yang menenteramkan jiwa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap mak ayah pastinya inginkan yang terbaik dan ada cara tersendiri dalam membesarkan anak-anak. Namun membanding-bandingkan cara membesarkan dan menjaga anak-anak ini ada kalanya menyebabkan rasa kurang senang pada orang lain. Lebih-lebih lagi apabila merasakan cara mereka jaga anak sendiri itu ‘lebih baik’ atau paling ‘betul’ berbanding cara orang lain.
Tindakan segelintir netizen di laman sosial memberikan cadangan dan teguran mengenai cara penjagaan anak mengundang rasa kurang senang buat pelakon Nina Iskandar,28.
Dalam hal ini, pelakon yang berasal dari Brunei ini berkata dia dan suami mempunyai cara tersendiri dalam membesarkan dan menjaga bayi mereka iaitu Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia tujuh bulan. Perkara tersebut diluahkan dalam salah satu posting Instagramnya dalam catatan bahasa Inggeris.
“Jangan ajar saya macam mana nak besarkan anak saya, awak ada cara awak dan saya juga ada cara sendiri.
“Jika satu hari nanti saya mahukan pendapat anda, saya akan tanya. Sekarang ini biarlah Rizqin makan apa sahaja dia mahu, buat apa sahaja dia mahu.
“Lagipun dia anak saya, awak jaga awak punya okay… sila hadam mak-mak!,” katanya menerusi Instagram.
Terdahulu sebelum ini Nina ada memuat naik video pengalaman pertama memberikan makanan jenis pepejal kepada anak lelakinya. Bagaimanapun, ada pengikut menegur makanan yang diberikan oleh Nina itu tidak sesuai untuk bayi di bawah usia setahun. Luahan Nina itu menerima pelbagai komen daripada pengikut dan rata-ratanya bersetuju dengan pandangan pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini.
Nina dan Mohd Azlan Adzanan mendirikan rumah tangga pada April 2019 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 23 Disember tahun lalu.
MW: Ada benarnya, setiap mak ayah pasti ada cara tersendiri dalam menjaga dan membesarkan anak-anak. Masing-masing pasti inginkan yang terbaik dalam mendidik mereka. Anak kita, cara kita. Kita sahaja yang lebih tahu.Tak perlu sibukkan anak orang lain, jaga anak sendiri.
Buat para suami, luangkanlah masa romantik bersama isteri. Biasanya isteri tak minta lama pun masa suami, cukup sekadar dapat beri perhatian dan layanan kepada isteri atau sekadar ‘meminjamkan’ telinga.
Masa romantik bukan hanya ketika sedang bercinta dan belum kahwin. Layan apa yang diinginkan oleh pasangan demi untuk menggembirakannya. Boleh dikatakan lautan api pun sanggup direnang.
Itu sebelum kahwin, selepas kahwin, masa romantik pun terus hilang. Suami sibuk dengan kerja, isteri pula dengan anak-anak dan kerja rumah. Tiada langsung masa untuk ‘we time’ berdua.
Suami Luangkan Masa Romantik Dengan Isteri
Sebenarnya, tak perlu lama pun masa romantik suami isteri sehari-hari. Cukup dengan hanya 15 mnit saja layankan dan beri perhatian pada isteri. Inilah yang dikongsikan oleh Ustazah Asmak Husin agar rumah tangga kekal bahagia.
Masa Romantik Hanya 15 Minit
Isteri tidak minta banyak. 15 minit perhatian suami sudah cukup. Apa salahnya letak telefon sekejap, beri perhatian, layan dan bergurau dengan isteri sekejap.
Jadi isteri ini kadang-kadang melelahkan. Tapi semua keletihan akan hilang kalau suami beri perhatian.
Hanya Perlukan 15 Minit Perhatian & Layanan
15 minit cukuplah terutama waktu yang sibuk
Saya pun sama, walaupun orang nampak macam iron lady, tapi tetap ada jiwa yang tersembunyi dan kita hanya sudi berkongsi dengan suami tersayang.
Carilah masa walau 15 minit berharga
Miliki Keluarga Bahagia
“Ustazah saya berimpian untuk mempunyai sebuah keluarga bahagia”
Jawab saya,
Bahagia ini milik Allah.
Semua orang impikan sebuah rumah tangga yang bahagia. Tidak kira tua atau muda.
Sama ada yang sudah berkahwin atau belum berkahwin.
Sepanjang 20 tahun saya menguruskan isu keluarga, terlampau banyak masalah yang saya jumpa.
Sumber Keberkatan Keluarga
Ada masalah keluarga yang sudah tidak mampu diselamatkan kerana terlalu rumit. Akhirnya penceraianya satu-satunya solusi.
Apabila berfikir sejenak saya sedar untuk selamatkan sebuah keluarga mesti bermula daripada usia mereka yang masih muda. Di waktu mereka masih belum berkahwin perlu diajar sumber² keberkatan sebuah keluarga.
Mereka ini perlu diajar kesan hubungan yang tiada batas pada sebuah perkahwinan yang bakal dibina.
Mereka impikan perkahwinan bahagia tetapi keluar dating berduaan seperti sudah kahwin.
Impikan keluarga bahagia tetapi video call seperti sudah halal.
Saya selalu pesan kepada mereka, awak nak berkahwin bukan setahun dua, tapi hingga ke syurga.
Sumber keberkatan keluarga kena jaga betul-betul.
Sebagai seorang isteri dan ibu, nasihat yang terbesar dan terpenting untuk anak-anak muda tolong jaga hubungan sebelum berkahwin. Mungkin hari ini seronok dating, berduaan.
Keseronokan hari ini sekejap sahaja. Lawan sekejap nafsu. Fokus kepada menjaga batas perhubungan jika mahu zuriat dan keluarga yang baik.
Ramai yang merasakan, bila mak ayah pandai dan bijak, ia akan diwarisi oleh anak-anaknya kelak. Tapi bagaimana dengan mak biasa-biasa saja. Adakah ia tidak layak untuk dapat anak yang pandai dan berakhlak.
Jangan ingat mak biasa-biasa, anak pun biasa-biasa juga. Silap hari bulan, yang kita ingat mak ayah hebat itu tapi anak ‘kelaut’ dan sebaliknya pula. Kita tak tahu. Semuanya atas rezeki Allah berikan.
Perkongsian daripada Siti Suryani Yaakop ini cukup menarik dan boleh dijadikan panduan buat mak-mak. Sangat menikam perasaan terutamanya bila lihat keadaan sekarang ini yang lebih kepada duniawi.
Saya ada kenal beberapa orang ibu ni. Anak semua pandai Ya Rabbi. Bukan saja pandai. Elok juga akhlak dan peribadi.
Nak kata tuisyen pagi petang siang malam tidaklah pulak. Siap maknya kata, “Mana lah saya ada masa awak nak hantar tuisyen”.
Nak kata mak bagi minum susu badan sampai umur 5 tahun untuk tumbesaran otak yang gemilang pun tidak. Katanya minum susu tepung je. Dah rezeki mak tak banyak susu.
Nak kata maknya bagi makan minyak ikan sampai 18 biji sehari pun takda jugak. Jangan kata minyak ikan. Ikan pun jarang makan. Anaknya lebih suka ayam.
Nak kata maknya ulangkaji dengan anak pun takda juga. Mana nak sempat. Kadang dia malam baru balik. Kadang berhari-hari tinggal sebab kerja luar. Tak pun pergi honeymoon kali ke 18 dengan suami. Anak rileks je lepak dengan sepupu dan atok. Enjoy-enjoy je.
Tak Ambil Tahu Gossip
Tapi satu saya perhatikan dari mak-mak ni.
Pertama. Tak ambil tahu gosip dan cerita picisan. Kisah lah siapa nak tunjuk baby ke. Nak sorok ke. Artis kahwin ke. Artis cerai ke. Drama baru ke. Last movie dia tengok dulu mungkin cerita P. Ramlee ke barangkali.
Kalau berborak dengan dia tak pernah dengar dia cakap pasal orang. Biarpun kadang memang ada hal yang kena diambil kisah. Tapi sentiasa tak pernah ada orang yang salah. Yang ada cuma nak cari jalan selesaikan masalah.
Apa yang diborakkan cuma tentang kisah persekolahan biasanya. Tentang rindu lama tak duduk makan sama. Kisah anak-anak makin besar yang dah pergi merata.
Dan tak pernah merungut walau untuk apa hal sekalipun. Yuran naik ke. Harga barang meningkat ke. Balik kerja penat ke. Banyak memandu sampai sakit urat ke.
Sentiasa santai dan berwajah manis depan kita. Cerita kisah rumah kena banjir pun tenang tak risau apa. Dia kata banjir kadang memang kena rumah dia. Nak buat macamana. Kemas je lah harta benda yang ada.
Akhir sekali yang saya belajar. Sentiasa hidup low profile walau kaya raya. Padahal jenis yang bercuti pun tak mainlah dalam negara. Kalau kita puji anak dia pandai, dia kata itu rezeki yang Esa. Ada yang sampai taknak ambik result pun sebab segan nanti cikgu puji anak dia.
Habiskan Masa
Jadi bila dia tak sibuk hal orang dan remeh temeh tentang dunia, banyak masa mereka habis di mana?
Cari ilmu.
Best friend dengan suami.
Melancong tengok keindahan bumi.
Tambah duit.
Jaga rumahtangga.
Urus anak seadanya.
Sedekah dengan berapa yang dia ada.
Mereka tak mengharapkan anak yang sempurna. Mereka bersifat biasa-biasa saja dengan rezeki yang luar biasa. Mereka sentiasa tenang dengan apa saja yang dihantar depan mata.
Bila saya pandang ibu-ibu ni. Saya selalu doa dalam hati. Tak dapat banyak sikit pun jadilah akhlak baik dia tu lekat di hati. Biar bolehlah transfer walau sipi-sipi. Kalau paling tidak pun dapat elokkan perangai biar duduk sama rendah berdiri sama tinggi.
Ya Tuhan.
Menjaga hati tu susah.
Menjaga iman tu payah.
Menjaga mulut tu tak mudah.
Menjadi baik tu memang lelah.
Moga kami ibu kuat berubah.
Agar kamu anak beroleh berkah.
Mingguan Wanita : Cukup terkesan. Beza sangat dengan diri kita. Mana mak-mak yang sama seperti dikongsikan ini. Tahniah.