“Moga Besar Pahala Papaku. Anak Yang Baik Dapatkan Hospital & Doktor Terbaik Untuk Nenek” begitulah ungkapan daripada anak perempuan Datuk Redzuawan Ismail atau mesra dikenali Chef Wan yang memberikan pujian buat ayahnya.
Betapa tinggi sekalipun kedudukan seorang anak di mata dunia, anak yang hebat dan baik takkan sekalipun melupakan jasa orang tuanya. Inilah yang dilakukan oleh Chef Wan dalam melayani ibunya Noraini Abdullah atau Cik Ani. Ada banyak ciri-ciri baik yang patut anak-anak lain contohi dengan sikap Chef Wan melayan ibu kesayangan.
“Moga Besar Pahala Papaku”
Terbaru menerusi hantaran di Instagram milik Chef Wan telah berkongsi rasa bersyukur tentang Cik Ani yang telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada payudara.
Menerusi perkongsian di Facebook pula, anak perempuan Chef Wan, Serina Redzuawan turut menyatakan perasaan bersyukur dan gembira apabila neneknya telah selamat menjalani pembedahan.
Paling terharu, Serina turut memuji dan titipkan doa buat ayahnya yang begitu baik dalam membalas budi kepada Cik Ani.
“Syukur Alhamdulillah nenek dah selamat pembedahan untuk buang kanser ketumbuhan tu besar sangat ngeri!
“Patut lah nenek mengadu sakit dan keras sangat tempat yg ada ketumbuhan tu. Nampak nenek makin segar muka dia pun ceria. Esok katanya dah boleh balik rumah.
“Terima kasih ya Allah kerana mudahkan urusan nenek operation, TQ so much juga buat barisan doktor & medical assistant yg bertungkus lumus jalani operation dengan jayanya.
“Papa memang anak yang baik dapatkan the best Hospital & doktor untuk nenek.
“Moga besar pahala papaku Aminn,” luah Serina.
Ads
Alhamdulillah, Ketumbuhan Yang Mengerikan Tu Sudah Dikeluarkan
Selepas ibu Chef Wan selamat jalani pembedahan, ternyata pesanan Chef Wan buat ramai terharu.
“Maaf kerana membuat semua orang dalam kerisauan. Menjelang jam 1 tengah hari, dia kembali ke biliknya. Dia seorang wanita yang tegar dan hanya berada di bilik pemerhatian setengah jam sebelum dia terjaga semula, saya diberitahu.
“Seperti yang anda boleh lihat dia masih terpinga-pinga daripada ubat bius dan ubat penahan sakit yang saya rasa.
“Alhamdulilah terima kasih kepada ALLAH dan segala doa daripada anda semua.
“Dan beliau berjaya keluar dari pembedahan dengan jayanya tanpa sebarang masalah,” katanya.
Tambah Chef Wan, seakan melapah daging limpa, doktor berkongsi kepadanya beberapa gambar tumor berkenaan.
“Doktor menghantar kepada saya semua gambar tumor yang menakutkan untuk melihat ketulan yang begitu besar serta bagaimana dia telah memotong payudara ibu dibuka dan membentuknya semula.
Ads
“Macam melapah daging limpa sekeping-sekeping. Kalaulah saya boleh berkongsi dengan anda semua tetapi saya nasihatkan untuk tidak menakutkan anda semua.
“Sekarang saya telah memberinya sedikit air dalam dua jam terakhir dia masuk ke dalam bilik, memberinya makan bubur ikan.
“Selepas makan dia terus meronta mahu menarik tiubnya dan terus meminta saya membawanya pulang. Saya berasa sangat tertekan cuba menenangkannya dan akhirnya doktor memberikan ubat tahan sakit dan beberapa lagi untuk menenangkannya dan menidurkannya.
“Memandangkan dia tidak tidur sepanjang malam seperti saya, inilah masa yang sesuai untuk dia tidur. Dia tidak membenarkan mana-mana pelawat buat masa ini.
“Kami hanya perlu memberinya masa ditambah semua kekeliruan ini sebagai pesakit dimensia. Alhamdulilah, ketumbuhan yang mengerikan tu sudah dikeluarkan,” ujarnya.
Datuk Fadzilah beri pujian. Seperti yang diketahui ramai kisah pempengaruh Alif Teegar yang berkahwin dua mendapat perhatian ramai.
Dek kerana mempunyai nama yang sama, Alif Satar turut menerima tempias. Malah Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah juga turut memujinya sebagai contoh lelaki terpuji.
Datuk Fadzilah Beri Pujian
Menerusi perkongsian di media sosial, Datuk Fadzilah memuji keperibadian Alif.
“Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar saja yang Tok Abah berkenan. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap. Memang nampak gaya hidupnya seimbang dunia akhirat. Alhamdulillah!” kata pakar motivasi popular itu.
Seperti mana dipetik menerusi portal berita Alif Satar menyatakan enggan menangguk di air keruh dek kerana pujian yang diberikan.
“Saya segan, tak ‘best’ sebenarnya hal pujian datang daripada berita negatif orang lain.
“Jika ‘fun’ dan kelakar di media sosial tapi orang lain punya kehidupan terjejas, banyak hati yang terguris. Netizen pun komen pedas-pedas dan kelakar.
“Saya tak suka komen sebab saya tahu pun apa nasib saya pada masa depan, pengakhiran saya tak tahu bagaimana. Datuk Dr Fadzilah komen itu alhamdulillah segala pujian bagi Allah, saya tak rasa patut berbangga dengan pujian ini.
“Orang boleh cakap apa negatif atau positif. Tapi saya tak berapa berkenan jika pujian itu lahir daripada berita tak berapa enak orang lain,” ungkap Alif seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Pedoman & Peringatan Diri Sendiri
Menurut Alif lagi, dia ada juga turut menerima mesej yang bertanya adakah dirinya bernikah lain.
“Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen yang bertanya bila saya bernikah lain.
“Mana ada orang sempurna. Ini pun nasib baik Allah tutup aib saya. Buka aib saya macam mana?
“Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa kepada saya. Jadi, saya tak berani hendak kata apa-apa. Bila perkara ini jadi, ia sebagai muhasabah kepada diri sendiri,” sambungnya.
Menu petang yang paling syok buat adalah sajian yang mampu pikat hati anak-anak dan suami. Lagi cun kalau bahannya cuma guna 3 bahan utama, ok jom godek resepi istimewa yang dikongsikan oleh Puan Zakiah Halim ini…
Siapa nak resipi?
Sesuai sangat untuk ibu-ibu hebat.
Anak-anak pun mudah tertarik lihat hasilnya. Bentuk ros yang comel dan cantik.
Resipi ini dapat hasilkan sekitar 6 biji bunga ros.
Cara-caranya boleh tengok di gambar ya!
Bahan-bahannya:
1 keping roti paratha- saya guna roti paratha Tishas
Sosej secukupnya
1 biji telur
Ya! 3 bahan sahaja. Mudahkan?
Cara Membuat:
1. Saya guna roti paratha Tishas. Roti paratha ini berasaskan pastri. Lembut sahaja kejadiannya. Hasilnya pasti memikat hati. Sedap sangat!
2. Hiris nipis sosej. Ikut keperluan. Jika nak buat banyak, hirislah banyak.
3. Hiris jalur roti paratha, anggaran kedalaman tray.
4. Susun hirisan sosej sepanjang jalur. Gulungkan dari satu hujung.
Rangup di luar, lembut di dalam. Tambah mayonis dan sos atau makan begitu sahaja pun boleh.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang ramai yang masih buat, minum air botol yang tertinggal dalam kereta tanpa ambil tahu apa kesannya kepada tubuh badan. Tetapi tahukah anda, air botol yang terdedah sinaran matahari dan panas melampau akan mendorong kepada barah?
Ini Bahaya Air Botol
Bahaya air botol terdedah kepada sinaran matahari dan panas melampau – Ketua Sub-Kluster Sains Kesihatan Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Jamaludin Mohamed berkata dalam laporan Sinar Harian, secara logiknya, air yang terdedah kepada panas akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mendorong kepada pertumbuhan sel-sel tidak normal iaitu barah.
Air dalam botol plastik di dalam kereta anda, sangatlah merbahaya! Artis antarabangsa, Sheryl Crow juga menghidap barah disebabkan kesan daripada meminum air botol yang terdedah panas. Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutamanya di Australia.
Apa Kata Doktor
Menurut doktor, wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. Hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara.
Jadi sila berhati-hati dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta, dan share perkara ini untuk pengetahuan rakan-rakan anda.
Hawa panas dapat menyebabkan toksin atau racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebaik mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Moga kaum Hawa dan lelaki yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui info ini.
Seperti yang kita sedia maklum, di dalam Islam ada menyatakan air terbahagi kepada beberapa bahagian dan salah satunya ialah air musyammas iaitu air yang terdedah kepada matahari sememangnya tidak elok di minum kerana kebarangkalian boleh bertukar kepada racun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tragedi kemalangan van kilang di Jalan Mount Erskine meragut nyawa seorang wanita dan mencederakan tujuh yang lain. Kisah sebak suami dan keluarga ini menyentuh hati ramai.