Drama dengan tajuk Curang Tanpa Niat (The Office Wife) mula disiarkan pada 23 Disember lalu di Astro Ria. Drama dengan 32 episod ini menampilkan gandingan lakonan Shukri Yahaya, Mira Filzah dann Sharifah Sakinah dan diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh I Fabulous Art Media & Event Sdn. Bhd.
Drama ini juga turut memaparkan lakonan Hasnul Rahmat, Fadhlan Hazim, Nafiez Zaidi, Zarina Anjoulie, Fauzi Nawawi, Shiela Mambo, Kaza Saisi, Evertt Gomes (Hero Remaja 2024), Aqza Aziz (Dewi Remaja 2024).
Watak ‘Mak-Mak”
Kali ini, Mira Filzah membawakan karakter sebagai Elina, seorang true lover yang percaya seumur hidupnya ia hanya bisa jatuh cinta pada satu orang sahaja. Penuh dengan sifat keibuan, penyayang, pemaaf, seringkali menjadi sasaran empuk bagi orang-orang yang berniat buruk, termasuk suaminya sendiri.
“Watak Mira sebagai Elina ini merupakan seorang wanita yang sangat simple dan suri rumahtangga sepenuh masa. Elina seorang yang relaks dan tidak bersiap. Elina memang diberikan ‘look’ mak-mak yang sentiasa rushing.
Dalam pada masa yang sama ada cerita yang melibatkan suami Elina, kena tonton untuk tahu penceritaan selanjutnya,” ujar Mira Filzah yang merasakan drama ini datang tepat dengan kesuaian masanya.
Bercakap mengenai isu curang, Mira tidak berani memberikan komentar.
“Dengar tajuk drama ini pun sudah menakutkan. Boleh ke curang dilakukan tanpa niat? Secara umumnya, saya tidak pernah berada dalam kedudukan atau situasi itu tetapi perkara ini melibatkan dua belah pihak. Takutlah nak komen,” ujarnya.
Mira turut berkongsi dua sebab utama mengapa penonton perlu menyelami watak Elina dalam drama hebat tersebut.
Ads
Struggle Elina sebagai suri rumah: Pujian untuk lakonan Mira Filzah
Lakonan Mira Filzah yang membawa watak Elina sebagai suri rumah memberikan gambaran yang mendalam tentang pergolakan yang dihadapi oleh seorang wanita yang beralih daripada kerjaya profesional kepada kehidupan rumah tangga.
Mira Filzah berjaya menghidupkan setiap cabaran emosi dan psikologi yang dihadapi oleh Elina, termasuk rasa kesunyian dan keterasingan yang timbul akibat perubahan besar dalam kehidupannya.
Melalui ekspresi wajah dan bahasa tubuh yang penuh emosi, pelakon itu berjaya menggambarkan dilema dalaman Elina antara tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. Ini memberikan penonton penghayatan yang mendalam terhadap peranan ini.
Pengorbanan seorang isteri yang sanggup berhenti kerja dan menjadi suri rumah tangga sepenuhnya
Lakonan pelakon ini dalam memerankan pengorbanan Elina yang sanggup berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuhnya benar-benar menunjukkan kemahiran yang luar biasa. Melalui setiap adegan, pelakon ini berjaya menyampaikan keputusannya untuk meletakkan kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga di hadapan cita-citanya sendiri.
Ads
Pengorbanan Elina yang dilakukan tanpa mengharapkan balasan dapat dirasai dengan kuat, terutamanya apabila pelakon ini membawa watak dengan penuh dedikasi, memberikan penonton pemahaman yang lebih mendalam tentang beban emosional yang tersembunyi dalam peranan seorang suri rumah sepenuh masa.
Lakonan ini mempamerkan bukan sahaja ketabahan, tetapi juga kelembutan hati seorang isteri yang berkorban untuk keluarga.
Sinopsis drama
Sebuah drama keluarga yang penuh dengan konflik dalam kehidupan perkahwinan Eshaal dan Elina yang sebelumnya bahagia mula terbongkar. Hubungan antara dua rakan sekerja, Eshaal dan Astrid, pada awalnya membuatkan Astrid menganggap Eshaal hanya sebagai ‘Suami Pejabat’.
Malangnya, mereka terjebak dalam hubungan intim yang terlarang. Elina, seorang isteri yang setia dan penuh kasih sayang, sangat terluka dengan keputusan suaminya yang meninggalkannya dan anak-anak mereka untuk mengejar kebahagiaan dan kehidupan baru bersama Astrid.
Ads
Namun, perjalanan cinta Eshaal dan Astrid tidak seindah yang mereka bayangkan, kerana Astrid menyimpan banyak rahsia.
Apabila niat sebenar Astrid terbongkar, Eshaal menyesali tindakannya dan memohon kepada Elina untuk menerimanya kembali. Mahu mempertahankan keluarga demi anak-anak mereka, Elina menerima Eshaal semula, tetapi dia, yang masih jelas mencintai Astrid, mensia-siakan peluang kedua ini.
Apakah kesudahannya? Jangan lupa drama Curang Tanpa Niat mulai 23.12.24, Isnin – Khamis jam 10 malam di Astro Ria.
Trivia Curang Tanpa Niat
Drama ini ditulis oleh penulis terkenal Indonesia Oka Aurora. Hasil karyanya seperti Layangan Putus, Ipar Adalah Maut & Layang-Layang Perkahwinan.
Diarahkan oleh award winning director- Eyra Rahman. Beliau juga pengarah yang sama mengarahkan drama Layang-Layang Perkahwinan.
Gandingan pertama antara Mira Filzah, Shukri Yahaya & Sharifah Sakinah.
Penampilan pertama Mira Filzah setelah sekian lama tidak muncul di slot Megadrama.
Haryati Hamzah atau lebih dikenali Yatt Hamzah, berkongsi perkembangan terbaru dirinya yang kini sedang sarat hamil anak keenam.
Sebelum ini Yatt yang juga seorang pelakon pernah keguguran ketika kehamilan kelimanya tahun lalu.
Wanita yang juga aktif berdakwah ini bersyukur walaupun sudah berusia 40 tahun namun dia diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.
Hamil Anak Ke-6, Usia 40 Tahun Yatt Hamzah Bersyukur Dikurniakan Kesihatan Yang Baik
Menerusi entri di Instagram, Yatt memaklumkan usia kandungannya kini sudah mencecah lima bulan dan tidak sabar menantikan kehadiran keluarga baru dijangka Julai depan. Malah berita gembira itu juga cukup bermakna buat dirinya dan suami Mohammed Zulfadhli Khairuddin.
“Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil.. Ish ish ishhhh..
“Pada usia kandungan 20 minggu (5 bulan) patutnya dah boleh tahu jantina baby kan.. Rasanya baby girl lagi ke atau boy kali ni..?
“Apapun Allah bagi bonda OK je Alhamdulillah.. Tak tahulah abahnya,”tulisnya.
Kadang-Kadang Saja Tak Larat & Sakit Pinggang
Sambung Yatt juga cuma kadangkala dia berasa sakit pinggang.
“Alhamdulillah kehamilan ke – 6 pada usia 40 tahun. Alhamdulillah Allah bg sihat, kuat dan cergas.. walaupun kadang-kadang tak larat dan asyik sakit pinggang je.
“Hello lil baby, In shaa Allah Bonda, abah & all your sisters will see you in July ya.. Stay strong & healthy.. Ameen,” kongsinya lagi.
Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya mengakui secara tiba-tiba dia terlalu obses dengan drama-drama Korea dan muzik K-Pop sejak hamil anak kedua.
Malah Hanez juga sering menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program-program hiburan dari negara berkenaan.
“Sebelum ini, saya memang meminati budaya dan industri negara berkenaan. Tetapi, tidaklah terlalu obses seperti apa yang saya alami sewaktu hamil.
“Sehinggakan, saya pernah mengajak suami saya untuk bercuti di sana. Memang minat sangat, tidak hanya dunia hiburannya semata-mata,” katanya ketika ditemubual pada majlis pelancaran produk pewarna bibir, Cake Pop serta ‘Baby Shower’ di Hotel Grand Millennium baru-baru ini.
Bakal Timang Anak Perempuan
Pada majlis tersebut, Hanez yang kini hamil tujuh bulan turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai depan.
“Disini saya turut mahu berkongsi yang saya bakal melahirkan anak perempuan tidak lama lagi. Jadi saya boleh beraya dulu sebelum bersalin. Alhamdulillah bayi dalam kandungan sihat,” ungkap Hanez.
Pewarna bibir Cake Pop
Hanez yang juga suka berniaga, menjelaskan dek kerana k-pop, terus tercetus idea untuk mengeluarkan pewarna bibir yang diberi nama Cake Pop.
Menurutnya lagi, dia mulai tergerak hati untuk memasarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan natural pelakon-pelakon Korea yang sering ditonton di layar kaca.
“Sejak obses dengan perkara tersebut, saya sangat tertarik dengan solekan jua. Tampak semula jadi dan tampak segar. Disebabkan hal itulah, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir ini. Ia mempunyai tiga variasi warna bersama perisa berbeza,” katanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tegur jika buat kesilapan, Azhar Sulaiman berterima kasih pada isteri didik anak-anak. Bukan mudah bergelar ibu bapa, besar tanggung jawab yang harus dipikul.
Begitu jugalah dengan pelakon lelaki senior Azhar Sulaiman dalam membesarkan anak-anak. Namun Azhar sangat berterima kasih kepada isteri, Chempaka Emalin Pahamin kerana begitu bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak mereka menjadi insan berguna.
Tegur Jika Buat Kesilapan, Azhar Sulaiman Berterima Kasih Pada Isteri
Akui anak-anaknya kini sudah semakin dewasa, namun Azhar tetap menegur jika mereka lakukan kesilapan. Seperti yang diketahui ramai, anak daranya, Kasih Leona Iris, 20, sering mendapat perhatian netizen kerana berkongsi di media sosial termasuk berpakaian mencolok mata.
“Anak saya bukan kecil lagi. Sebagai ibu bapa, tentunya saya akan menegur.
“Namun, sukar sebenarnya jika Kasih Leona buat lagi walaupun sudah ditegur.
“Saya hanya berharap Kasih Leona dapat berfikir panjang dan lebih jauh. Setiap apa dilakukan beri impak terhadap keseluruhan.
“Bukan hanya Kasih Leona, tetapi saya, ibunya dan seisi keluarga,” kongsi Azhar seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online.
Harap Anak Berubah
Azhar juga menerangkan tindakan meroran tidak sesuai untuk dipraktikkan sebagai memberi pengajaran kepada anak-anak.
“Nak rotan pun, mereka sudah besar. Saya hanya mampu berharap agar Kasih Leona berubah.
“Saya tak nampak anak-anak mahu mengikut jejak langkah saya menyertai industri seni. Kasih Leona bakal menjadi seorang peguam, namun, apa yang dilakukan hanya suka-suka dan proses membesar.
“Orang lain buat TikTok, Kasih Leona pun nak juga ikut ‘trending’ semasa. Anak saya sama seperti orang lain,” kongsinya lagi.
Sokong Dari Segi Kewangan
Sambungnya lagi, anak-nak kini sedang sibuk menyambung pelajaran.
“Kembar Kasih, Andika Rees Pahamin sudah bekerja, manakala Kasih Leona pula sambung belajar dalam bidang perundangan.
“Kakak mereka, Kasih Leia Ixora sudah habis belajar dan mahu menjadi ahli politik. Jadi, anak-anak memang ikut jejak langkah saya.
“Apapun, saya berterima kasih kepada isteri, Chempaka Emalin Pahamin kerana meletakkan usaha jitu bagi mendidik anak-anak jadi insan berguna.
“Saya hanya sokong dari segi kewangan,” akhirinya.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.