Mini Crunch Choco Jar, Guna Tiga Bahan. Buat Niaga Laku Keras Ni!

Share

Mini Crunch Choco Jar memang diminati ramai tak kira usia. Rasa lemak dan manis coklatnya sangat mengujakan bila dinikmati.  Ia juga amat digemari oleh anak-anak terutamanya. Fuh, satu balang kecil tu boleh sekali hadap.

Baca artikel lain di sini:

3 Versi Resipi Kek Milo Viral, Baik Kukus, Bakar Atau Derhaka Mana-mana Pun Sedap!

Resipi Biskut Famous Amos SEDAP, Makan Sekali Hadap Terus Habis!

Harga Boleh Tahan Juga…

Biasanya kalau nak beli, harganya boleh tahan juga. Bayangkan kalau anak-anak ramai. Pitam juga nak membelinya. Bukan cukup sebalang. Mauny berbalang-balang.

Mungkin ada yang rasa nak buatnya susah dan renyah. Ha..resipi yang dikongsikan kali ini sangat mudah. Bahan pun hanya tiga saja. Memang jimat dan rasanya juga cukup sedap.  Coklatnya cairnya molek berkilat. Kalau nak buat niaga pun boleh laku keras ni. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN MINI CRUNCH CHOCO JAR:

3 keping coklat Cadbury

500gm mini crunch (boleh beli di kedai bakeri)

1 cawan minyak jagung/minyak masak

Sedikit dark chocolate – pilihan

CARA MEMBUAT MINI CRUNCH CHOCO JAR:

Pertama, bakar mini crunch selama lima minit di dalam oven dengan suhu `150 Darjah Selsius. Setelah siap, keluarkan dan ketepikan.

Masak secara ‘double boil’ coklat dan minyak. Untuk kurangkan rasa manis, boleh tambahkan sedikit dark chocolate ke dalamnya.  Masak hingga semuanya mencair. Kena pastikan coklat betul-betul sejuk barulah dimasukkan ke dalam bekas. Masukkan mini crunch Chocolate ini ke dalam bekas. Siap! Super mudah kan? Selamat mencuba!

Sumber: FB Fainda Farahin Faindah Farahin

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

IKLAN