
Mesti ramai peminat cheesecake kan, sedapnya kalau dapat makan sejuk-sejuk. Rata-Rata mak bercinta nak buat cheesecake sebab rasa payah. Tetapi ini resipi paling mudah dan boleh gunakan bahan yang ada di dapur anda sahaja.
Resepi ini hasil pengkongsian Wan Suryana dalam group Masak Apa Hari Ini. Ikuti perkongsian Wan Suryana ini :
Teatime ini teringin pula cheesecake sejuk-sejuk. Nak keluar beli kek malas pulak drive, dengan panas gila hari ni, baik ler berkurung je sambil godek-godek bahan apa ada kat dapur.
Ni cheesecake versi simple ya. Senang gila nak buat, even kampung people macam lailers pun boleh buat. Huhuu. Resepi dah disertakan sekali tu. Sila-sila.
Mini cheesecake
Bahan-bahan:
Base:
3 cup biskut marie – kisar halus
1/2 cup butter – cairkan
Tuang butter dalam adunan biskut marie. Gaul sebati. Sudukan dalam paper cup, tekan2 bagi padat, simpan dalam peti ais sekejap.
Kek keju:
250 gram cream cheese
2 biji telur
1/2 cawan gula (saya pakai 3 sudu besar saja)
1/2 sudu besar jus lemon
1 1/2 sudu besar tepung gandum
Langkah-langkah:
Putar cream cheese dan gula. Masukkan telur, putar. Masukkan jus lemon, tepung. Gaul sebati. Sudukan atas adunan biskut marie tadi. Bakar 160 darjah selsius selama 16 minit. Hias dengan topping pilihan.
MW: Bagi mak-mak yang ingin mencuba resipi cheesecake sejak sekian lama, mungkin resepi ini patut anda cuba. Paling penting cheesecake ini di makan sejuk-sejuk selepas disimpan dalam peti ais buat seketika. Selamat mencuba.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pes Rempah BOTOK-BOTOK Resipi Mak, Sedap Sangat Dapat Tempahan Ramai!

Isi Kandungan
ToggleBobotok atau botok-botok merupakan antara makanan tradisi orang Jawa. Ia merupakan ikan yang diperap dan dikukus bersama pes rempah istimewa serta pelbagai jenis dedaun dan dibalut dalam daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu.Ia cukup popular dan rasanya sangat sedap dinikmati dengan nasi putih.
Namun tak ramai yang tahu dan pandai menghasilkan botok-botok ini. Memandangkan cara membuatnya agak renyah, malah dedaun yang diperlukan pula semakin sukar diperolehi.
Namun jika berkesempatan, boleh mencuba sendiri pes rempah botok-botok seperti yang dikongsikan oleh Puan Suria Abdullah ini. Ia resipi yang diperturunkan dari mak beliau sendiri dan kesedapannya, siap mendapat tempahan ramai.
Pes atau rempah botok-botok ni ilmu diturunkan dari mak saya sendiri. Sebelum ni saya tak berapa minat makan makanan yang banyak rempah.Tapi selepas kahwin dengan orang Kampung Peserai, segala menu yang berempah terus jadi minat.
Sebelum Covid saya amik tempahan botok-botok yang dah siap dikukus. Botok-botok Ikan Tenggiri atau ikan kembung. Tapi sejak mengandung si bongsu (sekarang dah nak masuk 3 tahun ) saya stop buat.
Nak buat botok-botok ni renyah sangat. Daun nak banyak, kalau sikit tak best pulak. Alhamdulillah setiap kali open oder paling sikit dalam 70 bungkus. Botok-botok ni tahan 2 hari tak basi sebab rempah dimasak dulu.
Baik, seperti yang dijanjikan ini resepi yang diturunkan dari emak saya (puan Salinah) 67 tahun. Alhamdulillah sihat walafiat.
Pes atau Rempah Botok-Botok
Bahan-Bahan:
Serai
Lengkuas
Halia
Kunyit
Lada kering
Buah keras (nak letak boleh,tak letak pun tak jadi masalah)
Udang geragau/belacan((nak letak boleh,tak letak pun tak jadi masalah) klu letak belacan atau udang geragau rasa lagi ummp) cuma kalau ibu bersalin tak boleh nak makan pulak
Bawang merah
Bawang putih
Kari ikan
Kerisik
Daun kesum
*(Saya dah terbiasa buat pes dalam kuantiti yang agak banyak, anggaran dalam 100 bungkus botok-botok,jadi semua bahan-bahan kena banyak )
Contoh :
Kari ikan sekilo
Kerisik sekilo
Serai hampir 20 batang
Lengkuas dalam sekilo lebih
Cili kering (campur pedas dan tak pedas ) sekilo
Daun kesum setengah kilo
Belacan atau udang geragau RM5
Jadi semua bahan ni memang saya guna banyak. Untuk dapatkan kuantiti dalam 5 atau 10 orang bahan-bahan tu anda agak-agak iya.
Cara Membuat:
*Blender semua bahan-bahan termasuk daun kesum.
Cara saya:
1.Blender dulu Bawang merah/putih ,belacan atau udang geragau dan buah keras.
2.Tapis air, air blender jangan buang, guna untuk kita blender bahan-bahan lain. Tak cukup air kita tambah lagi. Baru blender Lada kering dan daun kesum.
3.Selepas itu baru lah serai dan lengkuas. Yang ni saya blender 2 kali sebab nak dapatkan hasil yang halus. Semua bahan-bahan dah kita kisar halus.
4. Kemudian masuk terus dalam kuali. Letak minyak sikit je.(untuk 100 bungkus saya letak dalam satu cawan teh).
5. Bila bahan-bahan dah masuk dalam kuali, masuk sekali Kari dan kerisik.
6. Kacau-kacau, letak gula dan perasa. Saya letak gula kabung warna lagi cun dan rasa lagi sedap. Kalau tak ada gula kabung tu, letak gula biasa pun dah sedap.
7. Cukup masin, manis dan sedaplah kat tekak kita. Dah siap lah tu agak-agak air dah kering sikit. Dah siap lah tu. Pes botok-botok siap untuk di botok-botok kan.
*Pes kena pekat sebab tu masa blender saya guna air dari bahan-bahan yang kita blender tadi. Kalau kurang tambah air.Yang penting jangan cair sangat.
Pesanan mak saya, Daun betik di rebus dengan daun senduduk, tak ada daun betik letak daun jambu pun boleh. Tak ada semua daun tu rebus je lah. Pahit pun ubat kan.
Daun betik dan daun ubi kita celur kejap, air mendidih tu kita celup-celup je..tujuan dia nak hilangkan rasa maung daun tu. Daun-daun lain tak payah, terus je letak.
Daun-daun yang saya guna dalam botok-botok saya.
Betik
Pucuk ubi
Kaduk
Kembang semangkok
Pudding rampai
Mengkudu
Bebuas
Senduduk
Ok..tu daun-daun asas yang wajip saya letak. Kalau ada daun-daun lain yang boleh diletak, silakan.
Yang penting botok-botok ni rempah dia sedap sangat-sangat. Daun kena cukup, baru mak mertua saya sayang. Ok, dipersilakan buat ya.
Jangan kecam saya sebab tak ajar cara buat dalam kuantiti yang sikit..saya memang tak pandai. Dekat rumah kalau masak asam pedas pun dalam kuantiti lebih 10 orang. Makan dengan jiran belakang rumah sekali.
Nanti bila saya buat lagi pes saya Suh laki amik video.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Sedapnya, Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari, Kena Rendam Air Garam Dulu, Hilangkan Bau!
Rebus Telur Pindang 1 Jam Dah Siap, Tak Payah Tunggu Berhari-Hari
Mingguan Wanita: Memang agak renyah nak buat botok-botok ni. Lebih-lebih lagi nak cari dan lengkapkan dedaun yang diperlukan. Namun rasanya memang sangatlah sedap, banyak khasiat yang tersendiri.
Sumber: Suria Abdullah
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Daging Goreng Buku Besar Tradisi Arwah Mentua, Garing Di Luar, Lembap Berjus

Daging goreng buku besar. Selalu mak-mak akan hris nipis-nipis, letak garam kunyit dan barulah goreng. Makan panas-panas memang sedap. Tak perlu lauk lain pun.
Ada cara lain yang boleh mak-mak hasilkan daging goreng yang lebih berjus dan lagi sedap dengan masak dalam buku besar.
Mungkin ada yang akan mengatakan daging goreng buku besar akan buat daging tak masak di bahagian dalam. Tapi sebenarnya, ia akan lebih berjus dan rasa lebih sedap.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi ‘Sichuan Beef’, Perapkan Dengan Telur Sebelum Goreng, Daging Jadi Lembut & Ranggup
Resipi Daging Goreng Kunyit Kelate Style ‘Terpaling Sedap’! Kena Rebus Dulu Barulah Tak Liat
Daging Goreng Buku Besar, Perap Guna 3 Bahan
Perkongsian daripada Afy AL Habibi, resipi tradisi arwah mak mentuanya, daging goreng buku besar memang sedap dan lain dari yang lain.
“Cara goreng daging ini adalah tradii arwah ibu mentua. Rasa dagingnya berbeza dengan goreng biasa sebab ia garing di luar, lembap berjus di dalam.
“Sangat menyelerakan makan dengan nasi pans-panas. Daging tak payah perap beria. Hanya dilumur garam, kunyit dan serbuk perasa sahaja.
Masa menggoreng, memadai dengan memasang api kecil untuk mengelakkan daging masak terkejut. Regu dengan daging ini makan nasi kering sudah cukup sempurna.
Bahan:
Daging – potong besar-besar
Garam
Kunyit
Serbuk perasa
Cara Memasak:
1. Perap dengan tiga bahan saja.
.
2. Bahagian daging tadi dikelar sedikit
.
3. Nak lagi sedap, pilih daging bahagian yang ada sedikit lemak.
4. Goreng dengan api perlahan saja selepas minyak panas. Balik-balikan.
5. Masak dan makan dengan nasi panas-panas. Menyelerakan.
Mingguan Wanita : Sedap sangat. Tak perlu lain dah. Ini pun dah cukup.
Sumber: Afy AL Habibi
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Baca artikel baru di @mingguanwanita atau klik/visit link di Instagram Story.
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak-Mak Yang Suka Baking Boleh Cuba Tiga Resipi Mudah Ini, Untuk Raya Pun Sesuai!

Isi Kandungan
ToggleMak-mak sepanjang tempoh PKP ini, tentu banyak resipi baru yang dah dicuba di rumah. Tak kira aneka lauk pauk atau pun kek dan pastri. Seronok sebenarnya bila resipi yang dicuba itu menjadi kan? Ha..ada tiga resipi kek yang kami kongsikan ini.
Mak-Mak Sila Cuba Tau! Gerenti Tak Menyesal!
Strawberry Shortcake Cookies
Bahan-bahan:
260 gram buah strawberi – potong dadu
½ sudu teh jus lemon
75 gram gula kastor
122 gram tepung red rose
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh garam
36 gram mentega
70 gram Heavy cream
Cara Membuat:
- Panaskan oven terdahulu dengan suhu 180 ˚C.
- Satukan buah strawberi dan jus lemon, biarkan seketika.
- Dalam bekas berasingan, satukan tepung, serbuk penaik, garam dan gula. Masukkan mentega dan gaul sebati hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Kemudian masukkan heavy cream, gaul hingga menjadi doh dan masukkan potongan buah strawberi bersama lemon jus tadi. Adun sebati.
- Sudukan di atas loyang yang dialas baking paper atau sedikit sapuan mentega.
- Bakar lebih kurang 25-30 minit hingga perang.
- Bolehlah diangkat. Biar sejuk sebelum masukkan ke dalam balang kuih kedap udara.
Strawberry Cheesecake Bar
Bahan-bahan:
Bahan Lapisan Bawah:
250 gram mentega
100 gram gula kastor
12 biji telur
1 sudu teh esen vanila
280 gram tepung gandum serba guna
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
Bahan Lapisan Krim Keju:
225 gram krim keju
90 gram gula ising
3 biji telur
Jem strawberi secukupnya
Cara Membuat:
- Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
- Sebatikan mentega dan gula kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul hingga sebati.
- Masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati hingga menjadi doh.
- Tekan adunan di dalam loyang 10 x 10 hingga rata. Untuk mendapatkan bar yang lebih nipis, boleh gunakan loyang 12 x 12. Ketepikan.
- Untuk membuat krim keju; Pukul krim keju dengan gula ising hingga kembang.
- Kemudian masukkan telur dan pukul sebati.
- Tuangkan ke atas lapisan doh yang ditekan di dalam loyang tadi.
- Ratakan dan picit jem strawberi ke atas adunan krim keju secara memanjang dan lorek jem untuk membentuk corak.
- Bakar pada suhu 180 ˚ C selama 50-60 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum memotongnya menjadi kepingan bar. Sedap!
Tip Mak: Rasanya lemak dan masam membuka selera mak-mak. Boleh hias dengan hirisan strawberi jika suka.
Mak-Mak Cuba Resipi Epal Ini Pula Ye
Apple Brownies
Bahan-Bahan:
2 biji epal – dipotong kiub
250 gram mentega
200 gram gula perang
250 gram gula kastor
250 gram tepung Red Rose
5 biji telur
2 sudu teh serbuk penaik
Cara membuat:
- Pukul mentega dan gula perang hingga kembang.
- Masukkan satu persatu telur sambil memukul adunan.
- Satukan tepung dan serbuk penaik, masukkan ke dalam adunan dan gaul sebati.
- Masukkan potongan epal ke dalam adunan dan tuang ke dalam loyang bersaiz 8cm x 8cm. Jika ingin mendapatkan lapisan yang lebih nipis, gunakan loyang 12cm x 12cm.
- Bakar di dalam oven dengan suhu 180˚C selama 35-40 minit.
- Angkat dan sejukkan di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.
https://www.mingguanwanita.my/jangan-beli-kentang-bertunas-bertompok-hijau-risiko-keracunan-toksin/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI