Michelle Yeoh Lakar Sejarah Pelakon Wanita Asia Pertama Menang Anugerah Oscar! Bukan mudah untuk mendapat tempat dan mencipta nama di luar negara, namun tiada yang mustahil hasil usaha gigih dan kerja keras dalam meraih kejayaan.
Dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, umpama sudah melengkapkan ‘portfolio’ karier seninya apabila dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik, di Anugerah Academy atau Oscar bagi edisi Ke-95, di sini, sebentar tadi.
Acara penuh meriah disiarkan secara langsung dari Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) itu, secara tidak langsung melakar sejarah bermakna buat Yeoh yang menjadi pelakon wanita utama dari Asia memenangi anugerah berprestij itu.
Yeoh, 61, memenangi trofi idaman seluruh pengkarya seni di dunia menerusi lakonan hebatnya sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All At Once arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.
Dedikasi Kemenangan Buat Ibu
Ketika menerima trofi, Yeoh mendedikasikan kemenangannya buat ibu tercinta, Datin Janet Yeoh yang baginya memiliki semangat wanita kental dan cekal, terutama dalam memberikan sokongan padu kepadanya.
Ads
“Impian menjadi kenyataan. Ini adalah bukti bahawa impian besar dan impian itu akhirnya menjadi kenyataan.
“Untuk semua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menonton, ini adalah sinar harapan.
“Dan, untuk wanita jangan biarkan sesiapa memberitahu anda bahawa kamu sudah melepasi masa kejayaan. Wanita jangan pernah putus asa,” katanya dengan nada sebak.
Lebih membanggakan, pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu menewaskan nama besar seperti Cate Blanchett yang tercalon menerusi filem TÁR, Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans).
Ads
Filem Bawa Tuah
Terdahulu, menerusi watak dijayakan Yeoh dalam filem ditayangkan Mac tahun lalu itu turut membawa tuah kepadanya apabila memenangi anugerah berprestij lain iaitu trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi, Anugerah Golden Globe dan Pelakon Wanita Terbaik, Screen Actors Guild Awards (SAG)
Filem ‘box office’, Everything Everywhere All At Once menyaksikan Yeoh melakonkan watak isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia. Ia berikutan, watak beliau yang dipaparkan berketurunan Cina-Amerika terpaksa bergelut dengan masalah kehidupan.
Susulan itu, Yeoh menerima pencalonan dalam Oscar Ke-95 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, sekali gus menjadi pelakon wanita Asia pertama yang mendapat pengiktirafan penganjur, The Academy of Motion Pictures Arts and Sciences untuk dicalonkan dalam kategori utama.
Terdahulu, detik bersejarah Yeoh itu turut diraikan ibunya, keluarga, saudara terdekat serta tetamu jemputan istimewa pada acara Tontonan Eksklusif Oscar 2023 – Kebanggaan Malaysia di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, di sini.
Mingguan Wanita: Jutaan tahniah diucapkan buat Tan Sri Michelle Yeoh di atas kejayaan ini. Semoga menjadi inspirasi buat penggiat seni yang lain agar terus berusaha dan kerja keras mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Lelaki berstatus suami orang ditangkap berkhalwat di rumah janda. Seorang wanita berstatus janda dan teman lelakinya yang juga merupakan suami orang ditahan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat di sebuah kediaman di daerah ini awal pagi tadi.
Lelaki Berstatus Suami Orang Ditangkap Berkhalwat Di Rumah Janda
Serbuan dilakukan kira-kira jam 1.20 pagi susulan aduan orang awam yang memaklumkan kehadiran seorang lelaki ke rumah wanita terbabit.
Menurut kenyataan rasmi JAINJ, pihaknya menemui sebuah kenderaan yang diletakkan berhampiran kediaman wanita berumur 48 tahun itu sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan.
“Hasil pemeriksaan dalam rumah mendapati terdapat seorang lelaki berusia 59 tahun yang merupakan suami orang. Ketika diminta, dia gagal mengemukakan bukti hubungan mahram atau dokumen perkahwinan yang sah dengan wanita berkenaan,” jelas kenyataan itu.
Penguatkuasa menyerbu rumah didiami janda selepas disyaki berdua-duaan dengan suami orang. Foto Ihsan JAINJ
Difahamkan, lelaki terbabit tinggal berdekatan dan dipercayai keluar dari rumah tanpa pengetahuan isterinya dengan alasan kononnya mahu memancing atau bertemu rakan di restoran.
Kedua-dua mereka telah dibawa ke Balai Polis Kluang bagi tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.
Hidayah kesal akaun media sosial tempatnya cari rezeki digodam, tahu angkara siapa. Terasa dianiaya. Inilah luahan Siti Norhidayah Mohd Ali yang merupakan balu Abam Bocey apabila akaun media sosialnya, facebook Tik Toknya digodam oleh individu dikenalinya.
Meluahkan rasa marah kerana perbuatan itu seakan satu cara menutup rezekinya yang berniaga secara atas talian, Dayah akui sangat marah dengan perbuatan individu ini melalui akaun instagramnya. Jika dulu dirinya bersikap diam tetapi wanita cekal ini bangkit memperjuangkan haknya.
Hidayah Kesal Akaun Media Sosial Tempatnya Cari Rezeki Digodam
Kata Dayah, perkara ini sudah berlarutan sejak dua hari lalu dan dia yakin dirinya tahu siapa individu yang melakukan perbuatan ini.
“Jangan ingat Dayah tak tahu siapa yang buat (godam), Dayah hanya diam dan sabar sahaja sebelum ini.
“Tapi hari ini dia cuba ambil (godam) Facebook dan TikTok Dayah, sebelum ini dia pernah nak ambil IG (Instagram) Dayah dan arwah suami Dayah, Abam Bocey tapi mereka tak dapat.
“Dayah cukup-cukup marah apabila dia cuba nak ambil (FB dan TikTok) dan cuba kacau bisnes (perniagaan) Dayah, kenapa ye?,”soal Dayah.
Meluahkan hal ini,dirinya bertanya kenapa individu tersebut sangat mahukan Facebook dan TikToknya dan membuat pertanyaan adakah untuk dijual dan dapatkan duit dengan cara mudah.
“Kalau korang (penggodam) tiada duit berniagalah, cari duit yang halal. Jangan cuba nak ambil IG, Facebook atau TikTok orang. Ingat Dayah tak tahu sapa yang ambil (godam), siapa anda, pukul berapa anda cuba ambil (godam) semua Dayah tahu.
“Cuma selama ini Dayah banyak bersabar, bawalah bertaubat, kalau tiada duit buatlah bisnes macam Dayah untuk besarkan anak dan Dayah tak kacau orang. Jadi janganlah kacau Dayah lagi,” tegasnya.
Nampaknya ada cubaan kotor untuk cuba menutup periuk nasi Dayah dalam membesarkan anak tunggalnya. Moga hati dan jiwa pelakunya bersih kerana doa orang yang teraniaya Allah makbulkan.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tragedi Sungai Korok, 10 nyawa terkorban sejak 2018 termasuk enam sekeluarga. Sungai Korok di Jitra, Kedah terus mencatatkan angka korban apabila 10 nyawa telah terkorban sejak tujuh tahun lalu, termasuk kejadian paling memilukan pada Sabtu lalu yang meragut enam sekeluarga.
Tragedi Sungai Korok, 10 Nyawa Terkorban Sejak 2018 Termasuk Enam Sekeluarga
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Radzi Abdul Rahim, sepanjang tempoh dari 2018 hingga kini, tiga insiden maut telah dikenal pasti berlaku akibat kenderaan hilang kawalan dan terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai yang memiliki panjang kira-kira 15 kilometer itu.
“TRAGEDI YANG BERLAKU SABTU LALU MERUPAKAN KEJADIAN PALING MENYAYAT HATI SETAKAT INI. ENAM AHLI KELUARGA MAUT SELEPAS KENDERAAN YANG MEREKA NAIKI DIPERCAYAI TERBABAS DAN JATUH KE DALAM SUNGAI,” KATANYA.
Tambah beliau, antara kejadian lain yang turut meragut nyawa termasuk insiden pada Disember 2021 membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dan pada Disember 2022 pula seorang lagi kanak-kanak berumur 12 tahun maut selepas kereta dipandu bapanya terjunam ke dasar sungai.
“Bagi tahun 2023 dan 2024, tiada kes kemalangan direkodkan. Namun, awal tahun ini, berlaku satu lagi insiden membabitkan empat pelajar universiti yang nyaris maut apabila kenderaan dinaiki mereka turut terhumban ke dalam sungai tersebut.
Jasad enam beranak di dalam Proton Iswara yang terjunam ke dalam Sungai Korok, Jitra
“Bagaimanapun, kesemua pelajar berjaya menyelamatkan diri selepas keluar dari kenderaan jenis Perodua Viva dan berenang ke tebing sungai,” jelasnya.
Mohd. Radzi turut menjelaskan, punca utama kejadian dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu mengawal kenderaan serta permukaan jalan yang licin, selain faktor kecuaian manusia turut menjadi penyumbang.
“Orang ramai telah menyuarakan keperluan untuk pihak berwajib memasang penghadang keselamatan di laluan berisiko berhampiran sungai ini memandangkan beberapa kes lemas dan nahas telah berlaku,” katanya.
Beliau memaklumkan, cadangan yang akan dikemukakan termasuk pemasangan penghadang jalan yang lebih tinggi dan kukuh di lokasi berisiko serta penambahan papan tanda amaran seperti tanda jalan licin dan pemantauan berterusan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
“Selain itu, kempen kesedaran juga akan dipertingkatkan, terutamanya kepada pemandu yang menggunakan laluan berhampiran sungai secara bersendirian atau bersama ahli keluarga, lebih-lebih lagi pada waktu malam atau ketika hujan,” katanya lagi.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!