Mia Ahmad Kongsi Nama Puteri Ketiga. “Comelnya Imaani. Semoga Membesar Dengan Sihat & Dilindungi Sentiasa” itulah antara doa dari peminat buat puteri ketiga Mia Ahmad.
Baru-baru ini Mia Ahmad menerusi akaun Instagramnya mendedahkan nama yang diberikan buat puteri ketiganya.
Mia Ahmad Kongsi Nama Puteri Ketiga
Selepas genap sebulan bersalin pada 16 Januari lalu, Mia atau nama penuhnya Samihah Ahmad Baderi, 35, memuat naik video yang memaparkan wajah si kecil.
Malah menerusi perkongsian itu Mia turut mengumumkan nama anaknya,
Walaupun nama yang diberi pendek tapi elok maknanya.
Kini Ibu Tiga Anak
Untuk rekod pelakon yang pernah popular menerusi drama Hati Perempuan dan Mr Boss Miss Stalker mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Sri Pahang FC, Mohd Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017.
Ads
Selain Imaani, mereka terdahulu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sayf Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun.
Ads
“Semoga Yang Baik-Baik Untuk Anak Ini” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang memuji kecomelan anak Mia Ahmad.
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Auntie Purple Raih Jutaan Views Di Tiktok
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Yang kekal hanyalah Allah, selautan manusia hadir untuk solat jenazah isteri Ustaz Farid Ravi. Innalillahiwainnailaihirojiun. Kepada Allah kita datang dan kepadanya kita kembali.
Diuji pemergian insan dicintai sesuatu yang sukar untuk kebanyakan kita menerimanya. Namun tiada yang kekal kecuali Allah taala.
Inilah dikongsikan oleh pendakwah terkenal, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi Bin Abdullah petang semalam di fbnya apabila diuji pemergian isteri dicintainya, Datin Hajah Suziana di Hospital Serdang jam 5.40 petang semalam.
Kongsi Ustaz Ravi, “kepada semua yang mengenali isteri saya mohon doakan kebaikan dan keampunan untuk almarhumah. Juga mohon dimaafkan salah dan silap al-Marhumah sekiranya ada berhutang mohon dihalalkan atau tuntutlah hutang almarhumah daripada saya. Doa saudara dan saudari saya dahului dengan ucapan jazakumullah khairan kathira.
“Perginya insan yang paling mengenali saya dan banyak jasanya. Abang doakan agar Ummi ditempatkan bersama para solihin. Semoga Abah kuat jaga hadiah ummi 6 orang dengan baik. Tenanglah ummi di sana,” tulisnya.
Allahyarhamah Ustazah Datin Hjh. Suziana Binti Mohd. Soyong merupakan seorang guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di SMK Bandar Seri Putra, Selangor, telah berkhidmat lebih kurang 15 tahun. Pemergiannya cukup dirasai dan tak hairanlah dihadiri selautan manusia untuk bersama-sama solat jenazah.
Solat jenazah semalam telah diimamkan oleh Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir disusuli tahlil ringkas. Selesai solat, ahli kekuarga, rakan-rakan serta masyarakat setempat diberi kesempatan ziarah jenazah.
Subhanallah, Masya allah… menyaksikan lautan manusia yang hadir untuk solat jenazah di Masjid Seri Putra, Bangi. Moga ianya tanda husnul khatimah buat sahabat kami, kongsi Normasayu Mat Resid di fbnya.
Dari perkongsian rakan taulan, dapat dilihat Dr Farid dan keluarga cuba menenangkan anak-anaknya yang menangisi pemergian ibu mereka yang tercinta. Seorang darinya sedang menduduki SPM kala ini.
Sementara itu pendakwah Prof Madya Dr Ustaz Izhar Ariff memaklumkan, beliau mengenali Ustaz Farid dan isteri pada tahun 2010 di mana kongsinya, ketika ayahnya meninggal dunia pada jam 12 tengah malam, Ustaz Ravi dan keluarga orang pertama sampai.
“Ayah saya cukup suka kepada beliau kerana dia (Farid Ravi) komited kepada al-Quran walaupun dia mualaf. Arwah ayah nak jumpa sangat dia tapi tak sempat.Tak ada rezeki tetapi orang yang solatkan ayah adalah Ustaz Mohd Farid Ravi,” katanya.
Sebelum menamatkan kuliah, Dr Izhar sempat mengingatkan jemaah supaya menghargai apa yang kita ada.
“Sahabat kita, guru kita kehilangan isteri tercinta. Saya tahu betapa sayangnya Ustaz Farid kepada isterinya,” katanya dalam keadaan sebak sambil mengingatkan bahawa tiada yang kekal. Isteri kita, diri kita, anak-anak kita akhirnya akan pergi.
Justeru pada masa yang sama beliau berharap jemaah terus mendekatkan diri dengan masjid dan surau kerana jemaah itulah kawan-kawan yang pada satu hari nanti, akan bersama solat jenazah, mendoakan kita.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hari ini secara rasminya bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau mesra dipanggil sebagai KJ bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM. Ramai sebenarnya yang ternanti-nanti cara penyampaian bekas Ahli Parlimen Rembau ini dalam mengendalikan radio pula.
KJ mengendalikan segmen Bekpes Hot di stesen radio popular pagi ini, bersama dua penyampai lain iaitu Johan dan AG. Cukup santai dan bersahaja, ternyata gandingan KJ bersama Johan dan AG cukup serasi di stesyen radio menghiburkan para pendengar pada pagi ini.
Antara yang mencuri tumpuan ramai ialah KJ secara terbukanya mengakui dia masih ingin meneruskan cita-cita dalam landskap politik dan radio salah satu cara untuk membuat orang tidak melupakan dirinya.
“Saya join Bekpes Hot FM ini kerana Hot FM terbaik di pasaran. Saya pun masih lagi ada cita-cita politik, tak nak orang lupa saya. Jadi kita boleh berbincang dan bergurau setiap pagi.Bermula hari ini, 15 Februari 2023,” ujar beliau yang juga pemegang ijazah politik dan ekonomi dari Universiti Oxford.
Ketika ditanya, mengapa meminati cabang bidang politik, secara spontan KJ menjelaskan dirinya suka membantu orang ramai.
“Saya suka politik kerana suka bantu orang,” ujarnya.
Ramai yang bersemangat mendengarkan celoteh KJ sebagai penyampai radio pada pagi ini, serta turut mendoakan semoga bekas YB Rembau ini terus maju jaya.
Terdahulu, tawaran Hot FM kepada Khairy dibuat menerusi surat terbuka kepada KJ membabitkan jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Hidayah mahu Ali Puteh jelaskan semua RM60,000, “tiada sebarang ansuran”. Kemelut perbalahan di antara Hidayah dan keluarga suaminya, Ali Puteh sering mendapat perhatian dari masyarakat.
Ramai bertindak menyokongnya ditambah kesengsaraan dialaminya selepas kematian Abam. Niatnya datang ke rumah sendiri pada ulang tahun ketiga pemergian Abam pada 10 Februari lalu tidak disambut baik keluarga sebelah Ali di mana Hidayah berdiri hampir sejam di luar bersama peguamnya dan pintu langsung tidak dibuka.
Dalam videonya, dia meluahkan rasa sedih kerana rumah itu tidak terjaga sepenuhnya selain meminta Ali menjelaskan RM60,000 segera seperti diarahkan mahkamah kerana peguamnya sudah menghantar surat tuntutan sebanyak dua kali.
Dan isu itu menjadi lebih panas dan kontroversi, apabila Ali Puteh mendakwa sebaik Hidayah bersama peguamnya pulang dari menziarahi rumah lamanya, dalam siaran secara langsung di instagramnya, dia menemui garam, daun bidara, daun limau, mengkarung dan mengaitkan Hidayah dengan isu khurafat sekaligus membuatkan orang ramai mengecam dirinya.
Terkini, mungkin sekian lama memendam perasaan, Hidayah ternyata bertindak lebih berani dan mahu Ali Puteh membayar saman sebanyak RM60,000 itu secara tunai dan tiada ansuran seperti mana dinyatakan Ali sebelum ini di mana dia akan membayar wang saman fitnah itu secara beransur-ansur.
Memetik laporan Harian Metro, balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah menggesa pelawak Ali Puteh membayar RM60,000 kepadanya yang ditetapkan mahkamah sebelum ini dalam kadar segera tanpa kaedah ansuran.
Hidayah berkata dia tidak bersetuju sekiranya pihak Ali mahu menjelaskan jumlah bayaran berkenaan secara ansuran kerana tempoh masa yang agak lama sudah diberi dan kini dia ingin fokus dengan kehidupan bersama anak, Syed Uthman Hamzah serta perniagaan.
“Saya tidak bersetuju dengan bayaran secara ansuran kerana perkara ini sudah diberi tempoh masa yang agak lama serta peguam saya juga memberi notis selama 21 hari untuk memberi kerjasama, tetapi pihak sana (Ali) tidak memberi sebarang jawapan.
“Dengan ini, saya menegaskan untuk pihak sana segerakan bayaran tanpa sebarang ansuran kerana saya tidak mahu ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku agar tidak ada perkara berbangkit kerana hal ini adalah perintah mahkamah yang jelas.
“Saya juga ingin fokus dengan kehidupan saya dan Hamzah (anak) serta bisnes saya. Jadi, saya minta permudahkan urusan saya dan bayar dalam kadar segera kerana saya telah beri ruang dan tempoh masa yang agak lama sebelum ini. Hal ini akan diketengahkan dengan tindakan segera jika pihak sana masih melengah-lengahkan dan tidak memberi kerjasama,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya juga sama ada peguam daripada pihaknya sudah dimaklumkan yang Ali mahu membayar secara ansuran, Hidayah berkata peguamnya tidak menerima sebarang surat seperti mana yang diwar-warkan oleh pihak sana.
Menerusi laporan Harian Metro sebelum ini, Ali memberitahu dia akan menjelaskan bayaran RM60,000 kepada Hidayah yang ditetapkan mahkamah sebelum ini secara ansuran.
Katanya, proses pembayaran itu masih dalam perbincangan membabitkan peguamnya dan peguam Hidayah.
Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Misteri kehilangan kanak-kanak perempuan sejak 13 Julai lalu berakhir dengan tragedi apabila mayat mangsa ditemukan di kawasan cerun semak berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Numbak, Sepanggar.