Mia Ahmad Kongsi Nama Puteri Ketiga. “Comelnya Imaani. Semoga Membesar Dengan Sihat & Dilindungi Sentiasa” itulah antara doa dari peminat buat puteri ketiga Mia Ahmad.
Baru-baru ini Mia Ahmad menerusi akaun Instagramnya mendedahkan nama yang diberikan buat puteri ketiganya.
Mia Ahmad Kongsi Nama Puteri Ketiga
Selepas genap sebulan bersalin pada 16 Januari lalu, Mia atau nama penuhnya Samihah Ahmad Baderi, 35, memuat naik video yang memaparkan wajah si kecil.
Malah menerusi perkongsian itu Mia turut mengumumkan nama anaknya,
Walaupun nama yang diberi pendek tapi elok maknanya.
Ads
Kini Ibu Tiga Anak
Untuk rekod pelakon yang pernah popular menerusi drama Hati Perempuan dan Mr Boss Miss Stalker mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Sri Pahang FC, Mohd Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017.
Selain Imaani, mereka terdahulu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sayf Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun.
Ads
“Semoga Yang Baik-Baik Untuk Anak Ini” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang memuji kecomelan anak Mia Ahmad.
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Auntie Purple Raih Jutaan Views Di Tiktok
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Apa juga perkara yang berlaku, berhati-hatilah dalam setiap tindakan dan jangan sesekali bertindak melulu mengikut emosi, kelak buruk akibatnya.
Seorang penyelia kilang dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Tapah pada Jumaat atas pertuduhan mengugut dan mencederakan pemandu wanita hingga video kejadian itu tular di media sosial, Isnin lalu.
Majistret Siti Hanum Mohmad Sah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, selepas dia mengaku salah sebaik kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.
2 Pertuduhan, Hukuman Penjara 7 Hari
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari bagi setiap pertuduhan bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara dijalankan secara serentak bermula tarikh sabitan.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa telah menakutkan secara jenayah terhadap Amiera Atiqah Shahrizan, 25, dengan kata ugutan ‘pecah muka kau sat lagi’ di Lata Iskandar Kilometer 22, Jalan Tapah – Cameron Highlands sekitar jam 5.33 petang pada 5 Jun lalu.
Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada individu sama di lokasi dan tarikh sama.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Dikenakan Hukuman Setimpal
Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya meluahkan bahawa kejadian itu berlaku apabila wanita berkenaan cuba memotong kenderaannya dan tindakannya itu boleh mengancam nyawa ahli keluarga terutama anak dan isterinya yang sarat mengandung lapan bulan.
Timbalan Pendakwa Raya, Geetha Jora Singh bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai satu mesej bahawa perbuatan berkenaan merupakan jenayah serius tambahan kes berkenaan menimbulkan kemarahan kepada masyarakat.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Siti Hanum menasihatkan tertuduh supaya berfikir dahulu sebelum bertindak dan setiap tindakan ada kesan dan akibatnya bukan sahaja kepada diri sendiri malah ahli keluarga dan masyarakat.
Pada Selasa, lelaki terbabit ditahan di sekitar Serdang, Selangor selepas mangsa berusia 24 tahun itu membuat laporan polis berhubung insiden terbabit.
Salah Faham Atas Jalan Raya
Siasatan awal polis mendapati, kejadian itu berlaku sekitar jam 5.33 petang pada Isnin ketika mangsa dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah bersama adik lelakinya berusia 17 tahun.
Kejadian dikatakan berlaku akibat salah faham di atas jalan raya sekitar pusat peranginan Lata Iskandar apabila mangsa cuba memotong sebuah kereta Proton Persona yang berada di hadapannya, namun tidak dapat berbuat demikian.
Terdahulu tular video berdurasi 1 minit memaparkan tindakan seorang lelaki berbadan tegap memakai baju merah keluar dari kereta dipandunya dan mengetuk cermin kenderaan di belakangnya sebelum memarahi dan memukul kepala pemandu terbabit.
Mingguan Wanita: Semoga hukuman ini juga menjadi pengajaran buat orang lain supaya lebih berhati-hati dalam setiap tindakan. Jangan mudah mengikut emosi yang boleh beri kesan buruk.
Lumrah dalam perkahwinan, pastinya ada dilambung badai apatah lagi usia perkahwinan yang masih muda. Tidak ada angin dan ribut, pelakon dan pengacara terkenal, Zulin Aziz mengejutkan peminat dan pengikutnya di akaun Instagram dengan berkongsi hantaran mengenai status rumah tangganya.
Dalam hantaran yang dikongsikan Zulin memberi bayangan rumah tangganya dengan Farhan Norzaini yang berusia 14 bulan seperti tidak dapat dipertahankan lagi.
Bersama sekeping foto pernikan mereka pada 20 Februari 2022 itu, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz turut menulis kapsyen yang mencetus tanda tanya ramai.
“Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman.
“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. InshaAllah,masa merawat semuanya.”
Nafi Untuk Content, Marketing, Prank
Dalam pada masa yang sama, Zulin juga menafikan yang tiada persefahaman dengan suami dan hantaran yang dikongsikan tersebut hanya sekadar content, marketing dan prank. Bagi pengacara ini perkara ini bukan mainan dan hanya orang gila sahaja yang melakukan sedemikian. Zulin juga menafikan ia gimik untuk tujuan pelancaran lagu mahupun produk.
Peminat Terkejut Perkongsian Zulin
Rata-rata pengikut Zulin terkejut dengan hantaran yang dibuat artis berkenaan.
Sebilangan besar daripada yang memberi komen mengharapkan perkara itu tidak benar dan mereka mendoakan yang terbaik buat rumah tangga Zulin dan Farhan.
Zulin, 34, dan Farhan, 36, disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari 2022 di Masjid Negara.
Pernikahan mereka berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Mingguan Wanita: Apa juga yang berlaku semoga dimudahkan segala urusan buat Zulin Aziz dan suami.Semoga dapat menyelasaikan segala pertelingkahan dengan baik, sekaligus mempertahankan perkahwinan yang baru dibina.
Rasa Tertipu, Suami Nekad Ceraikan Isteri Selepas Lihat Wajah Sebenar Tanpa Solekan! Kuasa magis solekan mampu merubah wajah menjadi individu berbeza. Kelihatan lebih muda, kulit wajah licin mulus tanpa cela dan berseri-seri. Memang mampu membuat mata yang memandang terpesona dan ‘tertipu’ dengan wajah yang sebenar apabila tanpa solekan.
Nekad Cerai Isteri
Seorang lelaki di China nekad menceraikan isterinya kerana berasa tertipu apabila melihat wajah wanita itu pada malam pertama perkahwinan mereka, lapor laman berita Detik hari ini.
Lelaki bernama Cao itu berkenalan dengan isterinya, Trang melalui media sosial. Perbezaan usia mereka agak jauh kerana Cao berusia 30 tahun, manakala isterinya pula 47 tahun.
Sentiasa Tampil Cantik Bergaya
Walaupun usia mereka berbeza 13 tahun, Cao tidak berputus asa untuk menikahi Trang terutamanya apabila wanita itu sentiasa tampil dengan solekan dan pakaian bergaya.
Selepas pertama kali bertemu, Cao tertarik kepada Trang kerana cantik, penyayang, yakin dan matang. Latar belakang keluarga mereka juga hampir serupa.
Pasangan itu kemudian melangsungkan perkahwinan di kampung halaman mereka tetapi belum didaftarkan secara sah.
Tak Kenal Wajah Sebenar Isteri
Pada malam pertama, kegembiraan Cao pudar apabila dia melihat wajah Trang selepas menanggalkan solekan.
Cao berasa terpedaya dan tertipu dengan solekan Trang sehingga tidak mengenali wajah sebenarnya. Dia kemudian memutuskan untuk bercerai dan menghalau Trang dari rumah.
Beri 2 Pilihan
Akibat berasa kecewa kerana sikap suaminya, Trang lantas memberi dua pilihan kepada Cao.
Pertama, perkahwinan mereka didaftarkan dan terus tinggal bersama. Kedua, pasangan itu akan bercerai, tetapi Cao perlu membayar pampasan kepada Trang sebanyak 200,000 yuan (RM127,797).
Merasakan bahawa dia adalah mangsa dan menilai bahawa tuntutan Trang adalah tidak munasabah, Cao juga meminta bantuan guaman untuk menyelesaikannya.
Bagaimanapun, tidak dijelaskan lebih lanjut sama ada pasangan itu akhirnya bercerai atau tidak.
Mingguan Wanita: Jangan terpesona dengan hanya melihat penampilan luaran yang cantik bergaya dan solekan yang menawan semata-mata. Pastikan betul-betul kenal pasangan luar dan dalam barulah tak rasa tertipu.
Datuk Ram Singh: "Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP." Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.