Gugur air mata membaca perkongsian ibu Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain, Azian Mazwan Sapuwan. Terbayangkan betapa dulu ketika bayi, ibulah yang memandikan. Saat anak disemadikan, ibulah juga menyiram atas pusara anak. Allahuakhbar..
Sebaknya, menerima hakikat kehilangan anak yang pernah ibu kandung. Namun, itulah ketentuanNya. Dan sebagaimana yang dikongsikan Azian, ‘semua itu Rahsia Allah SWT’.
Malah, di penghujung menjaga anaknya yang sakit, ibu ini dapat merasai tanda-tanda yang Aqil akan pergi meninggalkannya jauh ke perkampungan abadi.
Kongsinya,
Kematian itu pasti.. Tapi itu semua Rahsia Allah SWT.. Semasa menjaga, melawat, bercakap dengan dia di katil wad.. sebagai seorang ibu saya nampak perkataan ‘pergi & redha’ tetapi cepat-cepat saya padam.
Saya yakin dia akan sembuh.
Ads
Tapi di hari-hari terakhir hati saya menjerit ‘jangan tinggalkan mama Aqil’. Mulai saat itu hati mula berkata (walaupun samar-samar) seakan payah, kata kalau yang terbaik untuk dia ialah ‘pergi’ aku kena Redha.. kena bersedia.
Saya mula membaca ayat-ayat suci berkenaan memudahkan beliau.. Allahuakhbar (menggigil bila ingat semula saat itu).
Tenanglah Aqil di sana.. rehat ye sayang. Doa mama tidak pernah putus buatmu..
Ads
Saat Menyiram Pusaramu Mama Tewas
Cuma saat menyiram pusaramu mama tewas, terbayang memandikan dia waktu kecil & rupanya itu kubur anak aku.. ada batu nesan nama anak aku.
Lima anak lelaki.. mama kehilangan seorang. Alhamdulillah jenazahmu diangkat oleh adik-adik & abang-abang mu di samping saudara yang lain.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menguruskan dan permudahkan urusan pengkebumian arwah anak saya.
Alhamdulillah.. Rezeki Aqil
Ada yang datang & tersedia tanpa pengetahuan saya.. Terima kasih. Alhamdulillah, rezeki Aqil.
Ads
Semoga Allah SWT melipat gandakan rezeki kalian semua. Tak lupa kepada yang mendoakan, mengirim mesej & yang datang melawat dari jauh dan dekat dan terutamanya Doktor-doktor, nurses & staff nurse di ICU Hospital Serdang katil 13 dan ICU Hospital Selayang katil 9.
Terima kasih dari kami sekeluarga kerana menjaga arwah anak saya dengan baik.. Al Fatihah buat Mohd. Aqil Zulkarnain (09/10/1999-16/12/2019).”
Allahyarham Mohammad Aqil menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 16 Disember lalu jam 11.30 pagi. Sebelumnya, Allahyarham di wad kan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang selepas mengalami kemalangan motosikal pada 22 November lalu.
Kemalangan itu menyebabkan Allahyarham mengalami kecederaan dalaman yang serius sehingga terpaksa dibius untuk direhatkan bahi memulihkan hati dan limpanya.
Bukan mudah memegang jawatan dan mendapat kepercayaan sebagai Perdana Menteri. Jawatan tertinggi ini memerlukan kriteria terbaik seperti kebijaksanaan, kepintaran, pengalaman, kejujuran dan sebagainya bagi menjadi pemimpin, mengetuai sesebuah kerajaan.
Jika di Malaysia mempunyai Perdana Menteri Tertua di dunia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, di Finland terdapat Perdana Menteri Termuda di dunia iaitu Sanna Marin yang baru sahaja dilantik memegang jawatan ini.
Pemilik nama penuh Sanna Mirella Marin ini dilahirkan pada 16 November 1985 dan mempunyai kelulusan dalam bidang Sarjana Sains Pentadbiran dari Universiti Tampere. Pada usia 34 tahun, Marin menjadi Perdana Menteri Termuda Di Dunia dan sekali gus menjadi wanita ketiga yang menjadi Perdana Menteri di Finland.
Wanita hebat ini sebenarnya telah menceburi bidang politik pada usianya 27 tahun dan menjadi Ahli Parlimen Finland sejak 2015.
7 tahun menempuhi pelbagai laluan berliku sejak menyertai dunia politik, pada 6 June 2019 lalu, wanita ini baru sahaja dilantik menjadi Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Finland.
Menariknya hanya 6 bulan selepas memegang jawatan tersebut, Marin telah dicalonkan oleh Parti Demokratik Sosial (SDP) sebagai Perdana Menteri Finland. Ia sekaligus menggantikan penyandang sebelum ini, Antti Rinne.
Jawatan Perdana Menteri kosong apabila Rinne meletak jawatan selepas mendapat usul undi tidak percaya gara-gara gagal menguruskan masalah mogok pekerja pos negara itu. Konfederasi Industri Finland menganggarkan mogok kali ini akan mengakibatkan kerugian kepada syarikat-syarikat terlibat sebanyak 500 juta Euro (RM2.3 bilion).
Sebelum ini, Marin juga timbalan pengerusi SDP memimpin parti itu semasa Rinne melanjutkan cuti sakitnya pada musim sejuk lalu.
Pemilihan Marin, 34, susulan undian dilakukan Majlis Parti Demokratik Sosial (SDP) kelmarin dan keputusannya diumumkan menerusi siaran televisyen nasional. Dalam pemilihan itu, Marin mengatasi Pengerusi Kumpulan Anggota Parlimen SDP, Antti Lindtman menerusi undian 32-29.
MW: Tahniah buat wanita hebat Sanna Mirella Marin atas perlantikan sebagai Perdana Menteri yang juga termuda di dunia. Semoga maju jaya dalam memimpin kerajaan dan negara.
Hujung tahun, biasanya musim mak ayah luangkan masa bawa anak-anak pergi bercuti, jalan-jalan dan buat pelbagai aktiviti. Cuti sekolah yang berbaki hampir 2 minggu lagi ni, sebenarnya masih sempat lagi mak ayah nak gembirakan hati anak-anak.
Tak perlu pergi jauh pun, banyak sebenarnya tempat-tempat menarik boleh bawa anak-anak terokai pengalaman baru dan keseronokan bermain dengan pelbagai aktiviti best! Malah tak perlu risau ‘rabak poket’, mak ayah juga boleh banyak jimat tau, jika pandai cari dan beli tiket kemasukan secara online berbanding beratur beli secara walk in di kaunter. Ada caranya.. #JustKlookIt boleh nikmati penjimatan sehingga RM350!! Nak tahu lebih lanjut jom semak 5 aktiviti ini yang mak ayah boleh gembirakan hati anak-anak dan boleh dapat harga berbaloi-baloi.
Aquaria KLCC merupakan salah satu daripada 5 akuarium yang cukup terkenal di Asia. Mak ayah berpeluang membawa anak-anak menerokai lebih 20,000 hidupan, 250 spesies berbeza dari dalam dan luar negara, sekaligus mempelajari mengenai kepentingan pemuliharaan hidupan laut.
Bayangkan dikelilingi pelbagai hidupan laut dan jerung apabila melalui terowong bawah air sepanjang 90 meter? Boleh melihat Sand-Tiger Sharks, Green Sea Turtles dan Red-Bellied Piranhas. Cukup menakjubkan! Pastinya anak-anak teruja dengan pengalaman ini.
Waktu Operasi:
Dibuka Setiap Hari: 10.00am-8.00pm (Kemasukan Akhir: 7.00pm)
Tak perlu beratur panjang, boleh beli tiket diSINI siap-siap, lebih jimat. Tunjuk je QR Code atau Printed Voucer masa nak masuk nanti.
Sunway Lagoon, Taman Tema WAJIB mak ayah kunjungi dengan anak-anak dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Baik anak kecil, kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Segala aktiviti cukup menarik untuk diterokai. Daripada keseronakan mandi manda di taman tema air Nickelodeon Lost Lagoon, mencabar dan menguji keberanian diri di Scream Park serta Extreme Park mahupun membawa mengenali lebih 150 spesies hidupan liar di Wildlife Park dan banyak lagi.
Dijamin, memang seronok! Pastikan simpan tenaga secukupnya dan bergembiralah sepuasnya bersama anak-anak disini.
Waktu Operasi:
Dibuka Setiap Hari: 10.00am-6.00pm
Setelah beli tiket secara online, tetap kena ambil tiket di kaunter untuk pas masuk. Harga berbaloi dan banyak diskaun bila beli di SINI.
Tak perlu risau nak bawa anak-anak bergembira atas sebab cuaca hujan atau panas. Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands ini antara taman tema terbaru yang sesuai bawa anak-anak.
Dengan keluasan lebih 400,000 kaki persegi, taman tema seperti Tron ini mempunyai lebih daripada 20 permainan termasuklah yang mencabar dan yang mesra keluarga, sesuai untuk kanak-kanak dan semua peringkat umur. Dan semuanya berada dalam bangunan!
Namun, sebelum sampai ke taman tema yang terletak di First World Plaza ini, bagi anak rasai peluang menaiki Awana SkyWay gondola menikmati keindahan alam semula jadi. Mesti mereka seronok!
Waktu Operasi:
Dibuka Setiap Hari: 10.00am-10.00pm
21 Disember – 30 Disember: 10.00am – 12.00am
31 Disember 2019: 10.00am – 1.00am
Pastikan tempah tiket lebih awal ikut tarikh yang dirancang agar tak menyesal bila kehabisan tiket nanti. Boleh beli tempah di SINIuntuk promosi diskaun yang ditawarkan.
Bermain sambil belajar! Di Kidzania, anak-anak berpeluang menerokai pengalaman pekerjaan sebenar, mengasah kemahiran, keyakinan diri, rasa tanggungjawab dan berdikari.
Terdapat lebih daripada 90 pekerjaan yang berlainan yang ada. Mereka boleh memilih menjadi pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, mekanik, model, doktor, pelukis dan pelakon serta banyak lagi. Malah siap diberi gaji dalam matawang KidZania yang digelar sebagai “kidZos” yang boleh disimpan di dalam akaun simpanan atau membelanjakannya di sana.
Anak-anak boleh tentukan bidang kerjaya yang diminati bila dah besar nanti dan merasai sendiri pengalaman pekerjaan tersebut. Pastinya memang menyeronokkan dan memberi inspirasi buat anak-anak nanti.
Waktu Operasi:
Ahad-Jumaat: 10:00am-5:00
Sabtu, Cuti Umum dan Cuti Sekolah: 10:00am-7:00pm
Tutup: Isnin (KECUALI Cuti Umum dan Cuti Sekolah)
Kemasukan orang dewasa umur 18 tahun keatas perlu disertakan kemasukan kanak-kanak tanpa mengira peringkat umur. Boleh beli tiket di SINI untuk lebih banyak penjimatan dan berbaloi.
5. SUNWAY PYRAMID ICE SKATING
Inginkan kelainan, bawa anak-anak merasai sendiri pengalaman meluncur di gelanggang Sunway Pyramid Ice Skating yang bertaraf dunia ini. Jangan risau jika anak-anak masih beginner dan tak pandai meluncur buat kali pertama. Ada pelatih professional yang boleh membantu anak-anak meluncur dengan gembira dan yakin nanti. Aktiviti ini cukup menarik ia dapat memberikan kemahiran keseimbangan dan daya ketahanan buat anak-anak. Mesti kena cuba!
Waktu Operasi:
10:00am- 8:00pm (Isnin Hingga Jumaat)
9:00am-6:00pm (Ahad)
9:00am-9:00pm (Sabtu)
9:00am-9:00pm (Cuti Umum dan Cuti Sekolah)
Jangan lupa bawa stoking, sarung tangan dan esktra seluar nanti. Boleh nikmati pengalaman menarik ini dengan anak-anak, beli tiket di SINI. Jangan lupa tebus baucar di kaunter tiket untuk mendapat wristband bagi pas kemasukan.
Mak ayah boleh dapatkan pelbagai tawaran destinasi menarik yang menjimatkan dengan membuat tempahan pelbagai aktiviti istimewa ini di website KLOOK.Hanya dengan #JustKlookIt mak ayah dapat lebih banyak penjimatan tak perlu sampai ‘rabak poket’.
Tak perlu pening kepala merancang dan menempah aktiviti serta menikmati pelbagai pengalaman dengan anak-anak bukan sahaja di seluruh Malaysia tetapi juga destinasi luar negara.Ini kerana kebanyakan aktiviti yang ditempah pada hari yang sama mempunyai pengesahan pembelian serta-merta. Ini secara tak langsung membantu mak ayah merancang trip dan susun itinerari dengan anak-anak dengan lebih mudah.
Malah, tak perlu susah payah beratur panjang beli pass masuk dengan anak-anak bila beli secara walk in. Dalam erti kata lain #JustKlookIt boleh skip-the-queue privileges. Tiket pun tak payah print jika dah download apps Klook. Hanya tunjukkan tempahan yang dah buat di apps tersebut dan boleh terus masuk. Malah harga tiket pun lebih murah dan dapat diskaun. Mudah kan! Jimat masa.
Dengan #JustKlookIt ada lebih 100,000 tempahan aktiviti di lokasi tarikan perlancongan malah turut menyediakan perkhidmatan tempahan hotel, tiket masuk persembahan, taman tema, makanan dan minuman, pas pengangkutan, Kad Sim, WiFi dan banyak lagi di 350 destinasi dengan harga yang lebih menjimatkan! Menarik bukan!
Mulai sekarang sehingga 31 Disember rebut promosi #JustKlookItnikmati penjimatan sehingga RM350!
Mak ayah boleh dapat diskaun RM100 dengan pembelian minimum RM1,000 menggunakan kod promo: KLOOKIT100
Tak cukup dengan itu, nak lebih jimat lagi boleh dapat diskaun RM250 bagi pembelian minimum RM1,500 menerusi aplikasi mobile Klook di iOSdan Androiddengan kod promo: KLOOKIT250
Bergantung pada terma dan syarat. Sah untuk semua aktiviti KECUALI Tiket Universal Studio Jepun, Pas Ekspress, Swiss Travel Pass dan Swiss Half Fair Card.
Untuk maklumat lanjut mengenai Klook, follow mereka di Instagram dan Facebookhari ini, bagi tawaran dan promosi terkini yang sedang berlangsung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kira-kira 3 pagi semalam, ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kulai selepas menghantar ayahnya di Tenggaroh, Mersing.
Kongsinya kira-kira jam 7 malam tadi di facebook miliknya,
“Kuasa Viral tu Hebat. Tolong laaaa kami tersadai di tengah-tengah jalan.
Ke depan tak boleh, ke belakang pun tak boleh. Makanan tak ada. Seharian kami tak makan apa-apa. Kiri kanan hutan laluan gajah lalu.
Dekat area saya ada 6 orang. Depan jalan air yang tak lepas ada kereta dengan lori. Tak pasti berapa orang..
Dah cuba cari ikhitiar dari pagi call macam-macam tapi sampai sekarang tak dapat bantuan. Dah nak malam lagi. Kereta tak balik pun tak pe. Orang mesti kena balik.”
Ketika ini, Shahira masih terperangkap bersama suami dan seorang anak yang masih bayi.
Sebelumnya, Shahira juga berkongsi keadaannya yang tersangkut dekat Jalan Mawai
“Dah lebih 24 JAM terkandas dekat Jalan Mawai. Dekat area Kubu. Tak balik balik rumah. Takde makanan. Depan belakang air naik. Kami tersangkut tengah-tengah. Dengar kata air naik malam ni. Allahuu selamatkan kami!”
MW :Mendoakan semoga Shahira sekeluarga dan mangsa banjir yang terkandas dapat diberikan bantuan segera.
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.