Percayalah, menyantuni pasangan tak semestinya dengan hadiah yang mahal-mahal. Apa yang penting adalah bagaimana kita menunjukkan rasa kasih dan penghargaan itu seikhlas hati.
Boleh baca perkongsian yang ditulis oleh LUA NLP Master Trainer, Zuhairi Nopiah ini.
Semoga bermanfaat buat pasangan suami-isteri dalam melayari bahtera rumah tangga.
Pagi-pagi Ahad begini, eloklah para suami dan isteri ambil masa menyantuni pasangan masing-masing.
Hari biasa dah sibuk dengan kerja dan anak. Kesian isteri atau suami kita jika kita tak bagi perhatian dan kasih sayang kepada mereka.
Menyantuni pasangan tak semestinya dengan hadiah yang mahal-mahal.
Gambar sekadar hiasan
Cukuplah dengan membelai pipi isteri atau suami dan memandang wajahnya dengan penuh kasih sayang selama 7 saat.
Cukuplah dengan kita solat berjemaah dan mengaji Quran bersama.
Cukuplah dengan bawa isteri pergi pasar, shopping, klinik atau pusat rawatan jika dia kurang sihat.
Saya sedih sangat bila ada rakan yang isterinya sakit, tapi suaminya tak nak teman pun pergi pusat rawatan Islam.
Sedangkan sakit tu bukannya sakit biasa-biasa. Ada gangguan yang membuatkan isterinya tak boleh tidur sampai ke Subuh!
Kawan kawan yang baik,
Ingat, nafkah batin itu wajib.
Dan nafkah batin bukan sekadar hubungan kelamin. Ia termasuk memberi perhatian dan kasih sayang!
Berapa ramai suami yang asyik tengok hand phone di kedai makan sedangkan isterinya kelam kabut uruskan anak-anak yang menangis dan bergaduh?
Berapa ramai isteri yang sangat bersungguh-sungguh berhias ketika nak keluar rumah, tapi tak jaga langsung penampilan bila depan suami di dalam rumah?
Ini tak kelakar kawan-kawan. Salah letak keutamaan begini boleh bawa kita ke Neraka! Na’uzubillahi min zaalik.
Moga Allah pimpin hati kita untuk menerima kebenaran sebegini, walaupun ia pahit di hati.
Sungguh, apa yang tak suka itu, ada masanya baik untuk kita. Kita terimalah dengan hati yang terbuka dan berubah.
InsyaAllah, hidup kita lepas ini akan lebih berjaya, kaya dan bahagia.
Begitulah.
Ada perkara memang tak boleh buat main-main dalam rumah tangga. Memang niat nak bergurau je. Tapi akhirnya timbul masalah lain pulak. Semua pasangan suami isteri mahukan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Namun dalam melalui kehidupan bersama, ada perbuatan yang sebenarnya sangat menyakitkan hati pasangan.
Perkara-perkara ini mungkin kita tidak sedar semasa bercinta atau tidak dipedulikan semasa dalam tempoh berbulan madu.
Perkongsian kali ini khas untuk para isteri. Memang suami banyak kurangnya namun isteri juga banyak lemahnya. Bahkan, ada beberapa hal yang isteri kena ambil perhatian kalau tak mahu rumah tangga porak peranda.
Sudah tentu perkara ini kita lakukan secara tidak sengaja. Kecuali diberitahu, kadangkala kita tidak sedar perkara itu kita ulang berkali-kali. Pada mulanya perkara itu mungkin kelihatan comel tetapi kecomelan itu bukan untuk selama-lamanya.
Ia berpotensi bertukar daripada sesuatu yang comel kepada sesuatu yang mengancam ketahanan hubungan dengan pasangan kita. Dalam ruangan ini minggu ini kita akan lihat sebahagian daripada perkara-perkara ini.
Saya pernah dengar orang cakap, kita tidak akan tahu setahan mana pasangan kita sehingga diuji. Memang betul lah, tetapi jangan cari penyakit dengan mengujinya sendiri. Biarlah ujian itu datang secara semula jadi. Sebagai contoh suami kata;
“Abang akan tetap setia hingga ke akhir hayat.”
Anda senyum dan kembang hati mendengarnya. Tapi dengan niat untuk bergurau dan menguji kata-kata itu, anda pun ber’skandal’ palsu dengan orang lain.
Perkara Pantang Anda terlupa satu perkara. Ada perkara boleh bergurau atau perkara boleh jadi pantang besar. Pada maruah seorang lelaki mengetahui isterinya berskandal dengan orang lain itu bukan satu ujian kesetiaan. Itu ujian ketegasan keputusan.
Rumah tangga adalah tanggungjawab bersama. Jangan biasakan menyebut “Ini semua sebab abanglah…” sekiranya berlaku sesuatu masalah. Setelah melihat air mukanya berubah lalu cepat-cepat anda kata itu gurauan.
Mungkin maksud anda bergurau tetapi pada pandangannya air muka dan bahasa badan anda tidak menunjukkan begitu. Kata-kata yang membawa maksud menyalahkan suami akan menyebabkan dia merasa gagal, terhina dan merobek egonya.
Lelaki selalu bertindak tidak siuman pada ketika egonya tercalar. Adalah lebih elok anda memilih ayat yang membawa maksud memikul tanggungjawab bersama. Ini akan memberikan sokongan psikologi yang sangat suami perlukan untuk menghadapi masalah itu.
Satu lagi ialah perangai suka merajuk. Memang kadangkala perangai merajuk ini nampak comel. Anda duduk diam di satu sudut, bila suami datang memujuk, anda juih muncung keluar lagi panjang. Konon tidak mahu bercakap tetapi mengharap suami akan terus memujuk lagi.
Sesekali bolehlah buat begitu tetapi tidak ada orang boleh sabar kalau anda buat begitu tiga atau empat kali setiap hari. Jika tidak percaya, cubalah!
Setiap orang menerima orang lain dalam ikatan rumah tangga dengan harapan tertentu. Harapan untuk hidup lebih selesa, harapan untuk disayangi, harapan untuk itu dan ini. Namun begitu jangan kira harapan kita sahaja.
Pasangan kita juga mempunyai harapan tertentu kepada kita. Jangan kita meletakkan bebanan harapan itu kepadanya tetapi memberi alasan tidak dapat memberi balasan yang setimpal kerana sibuk dengan perkara lain.
Apabila suami cuba bercakap-cakap dengan anda, cubalah untuk menjawab semula dengan jawapan berserta huraiannya. Jangan hanya jawab ‘tak nak’, ‘tak mahu’, ‘tak tahu’, ‘entah’ atau yang seumpamanya.
Anda mungkin pendiam atau pada ketika itu sakit gigi tetapi pada telinga suami jawapan-jawapan begini adalah jawapan malas dan tidak bersungguh. Yang lebih bahaya jika dia dengar jawapan anda itu seperti mencabar dirinya.
Bagus sekiranya di pejabat pangkat anda besar dan orang lain terpaksa ikut semua kehendak anda. Namun jangan terbawa-bawa perangai itu di rumah. Tidak kira apa jawatan anda di pejabat, jawatan tetap dan tidak boleh pencen yang anda sandang di rumah ialah sebagai isteri dan ibu.
Jika di rumah anda mahu segalanya ikut kehendak anda, tunggulah harinya suami atau anak-anak menunjukkan kebencian mereka.
Kebahagiaan atau masalah rumah tangga adalah milik peribadi antara suami dan isteri itu. Sekarang seperti jadi budaya baru, saling bertukar ucapan cinta atau makian berapi di laman sosial.
Walau bagaimana bahagia atau bagaimana benci pun anda kepada pasangan, tidak ada orang yang perlu atau sibuk mahu tahu. Jagalah harga dirinya sebagai suami. Bayangkan jika dia membalas dengan memalukan anda pula di laman yang sama. Malu pada anak-anak, keluarga sendiri dan keluarga mertua. Mana mahu letak muka, bukan?
Sumber: Dr. Syed Yusainee, Promind & Consultation
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Susahnya nak faham hati seorang suami. Bila moodnya tidak menentu, nak layan cakap pun dia buat ‘dono’ sahaja. Ini belum lagi, kalau isteri buat silap sikit, mahunya boleh mengamuk. Pening isteri memikirkan cara nak lembutkan hati suami.
Kadang-kadang, isteri susah nak meramalkan apa yang suami inginkan. Memang jauh berbeza sebelum kahwin dan selepas kahwin. Tapi rasanya tidaklah semua lelaki begitu kan!
Lebih menyedihkan, bila suami ‘naik angin’, isteri pun sama naiknya. Boleh ‘berperang’ dan menyedihkan perkara yang ‘tidak semegah’ itu boleh membawa kepada penceraian.
Sebenarnya, untuk elakkan perkara ini dan nak lembutkan hati suami dan isteri, senang sahaja, dengan amalkan zikir, terutamanya suami yang panas baran.
Insya allah dengan amalkan bacaan zikir ini, bukan sahaja dapat lembutkan hati suami tetapi hati kita juga. Perkongsian daripada Azirah Anis ini boleh membant usuami isteri di luar sana dalam menangani permasalahan ini.
“Suami saya ni panas baran, silap sikit marah, cakap sikit marah. Tak tahu dah nak buat apa puan..”
Jom saya kongsikan beberapa tip untuk handle suami yang panas baran ni.
Kenapa manusia suka marah? Sebab mereka rasa tercabar. Bukan suami je. Kita pun kalau marah akan rasa tercabar. Rasa nak mengamuk. Pokoknya, baran ni bukan pada suami sahaja tapi sebenarnya ada pada sesiapa sahaja yang tak suka di cabar.
Maka untuk orang yang macam ni lawan nya adalah dengan Diam. Ingat.. Diam bukan tanda kalah. Tapi diam adalah “perang” yang paling bagus untuk orang yang panas baran. Kalau rasa nak lawan juga, maka bukan lah suami sahaja yang baran, maka kita juga seorang yang baran. Jadi, cari tip untuk handle diri sendiri yang baran bukan orang lain.
Setiap kali selepas solat, jangan lupa hadiahkan pahala kebaikan bacaan surah Al-fatihah ni buat suami. Insya Allah kita sendiri juga akan tenang dengan bacaan ayat al quran, dan pahala nya sampai pada suami. Secara perlahan, kita akan jadi tenang dan tidak nampak baran suami tu satu masalah (Sebab insya Allah suami juga akan slowly lembut hati)
Pernah dengar sedekah boleh selesaikan banyak masalah? Sama juga sedekah kan bacaan Alfatihah. Juga satu sedekah.
Setiap pagi, minta pada Allah ya Latif lembutkan hati suami untuk apa jua perkara. Bukan sekadar lembut hati pada kita sahaja. Sebab, bagaimana layanan kita pada seseorang, begitulah layanan kita pada semua orang. Akhlak yang baik ni akan terpancar Secara semula jadi pada sesiapa pun bukan pada orang yang di pilih sahaja.
Zikir kan juga Allah ya latif sebanyak yang boleh.
Bagaimana kita nak harap kan orang lembut hati pada kita sedangkan kita juga seorang yang keras hati, baran dan suka mencari salah orang lain. Jangan pernah lupa, sikap orang terhadap kita adalah cerminan diri sendiri. Cara kita handle sikap manusia terhadap kita juga adalah cerminan diri sendiri.
Tak kisah samada al quran dibaca sendiri atau dipasang setiap hari di rumah, ayat-ayat al quran adalah mukjizat yang boleh melembutkan hati manusia.
Sejarah membuktikan bagaimana Umar Al-khattab yang pernah memusuhi Islam dan antara orang yang paling kuat menentang Islam yang akhirnya memeluk Islam selepas terdengar bacaan ayat suci Alquran daripada adiknya sendiri semasa dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah.
Yang akhirnya, Umar Al-khattab menjadi khalifah kedua Islam selepas Abu bakar As Siddiq.
Jadi ingat, bebelan, kemarahan dan pergaduhan tak akan melembutkan hati manusia malah menjauhkan lagi hati manusia daripada kita.
MW: Moga ia memberi manfaat untuk pasangan suami isteri di luar sana.
Ibu ini, Zura Betty berkongsi cara didikan anak lelaki nya. Sejak dari kecil lagi sudah didedahkan dengan bantu mak ayah buat kerja rumah. Tak perlu tunggu di suruh baru nak buat. Nampak ayam belum dibasuh dekat sinki, anak lelakinya diam-diam cuci bersih, sampai siap.
MW : Begitulah mak ayah, jangan kata anak lelaki tak boleh masuk dapur. Mereka ini andai didik dari kecil lagi, bila dewasa membesar jadi lelaki yang punya tanggungjawab terhadap orang rumahnya.
Saat sebelum isterinya dijemput Illahi, arwah yang berusia 27 tahun sering memuat naik video kenangan bersama anak syurga mereka termasuk menyatakan kerinduan terhadap Wan Hayder sebelum mengikut jejak anaknya itu asbab masalah sakit yang sama.