Anak-anak merupakan harta yang tidak ternilai buat mak ayah. Setiap mak ayah pastinya inginkan anak yang memiliki jiwa yang lembut agar mudah mendengar kata dan nasihat yang diberikan.
Dalam mendidik jiwa anak-anak ini, sebenarnya ada doa-doa tertentu daripada ayat Al Quran yang boleh diamalkan bagi melembutkan hati mereka.Memandangkan ayat-ayat daripada Al Quran itu sendiri merupakan satu penawar dan mukjizat yang istimewa.
Bukan itu sahaja, ia juga mampu melembutkan hati pasangan mahupun sesiapa sahaja terutamanya bagi yang keras hati mahupun panas baran. Doa ini diambil daripada ayat 19, Surah As Syura.
“Tadi solat asar ada pakcik ni dia datang kat anak saya, saya suruh anak salam dan minta pakcik ini doa untuk anak. Saya nak kongsi satu doa yang saya belajar hari ini. jika anak-anak susah dengar cakap, lawan cakap, terlalu aktif.Atau boleh juga baca doa ini untuk pasangan kita yang jenis panas baran.”
IKLAN
“Baca doa ini ketika atau sebelum mereka tidur dan letak telapak tangan di atas ubun-ubun anak. Insyaallah mudahan anak-anak akan lembut budi bahasa dan dengar cakap.”
“Para guru juga boleh baca doa ini kepada pelajar yang ‘terlalu aktif’.
MW: Selamat beramal!Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak ayah bolehlah amalkan doa ini selalu agar anak-anak dilembutkan hati mereka dan mudah menerima nasihat yang diberikan.Malah elok juga dibaca buat pasangan suami isteri yang sering ‘panas’ dalam rumahtangga.
Kasih seorang mak, di hari perkahwinan pun sempat ingatkan anak, “rumah mesti bersih”. Biarpun anaknya sudah meningkat dewasa dan sudah berkahwin, kasih sayang seorang tidak akan pernah kurang.
Malahan setiap kata-kata atau nasihat daripada seorang ibu penuh bermakna. Apatah lagi tatkala melepaskan anak perempuan melangkah ke alam perkahwinan.
Kasih Seorang Mak
Walaupun ramai yang mengatakan seorang ibu ‘kuat membebel’ tetapi sebenarnya ia adalah kata-kata nasihat kerana mereka sayangkan anak. Kadang-kadang anak tersalah tafsir dengan tindakan ibu.
Baru-baru ini, aksi seorang ibu yang sempat memberikan nasihat kepada anaknya pada majlis perkahwinan menjadi tular menerusi video yang dimuatnaik di TikTok.
Di Hari Perkahwinan Pun Sempat Ingatkan Anak
Ternyata rata-rata warganet terhibur dengan aksi ibu kepada pengguna TikTok Emilia atau Nur Aisya Humaira yang tidak henti memberikan nasihat buat permata hatinya itu.
Dalam paparan video tersebut kelihatan si ibu seolah memberikan nasihat dengan nada yang kuat berkaitan dengan pengurusan rumah tangga.
“Rumah mahu bersih ya,” kata si ibu yang anggun memakai cheong sam merah.
Hal itu menyebabkan Emilia berpakaian songket kelihatan serba salah dan tidak henti ketawa.
Bahkan wanita itu turut berseloroh menyuruh ibunya segera pulang. Bagaimanapun Emilia segera memeluk ibunya meminta maaf.
Ragam dua beranak berbangsa Cina itu menarik perhatian tetamu yang turut ketawa.
Wargamaya Terhibur
Beralih ke ruangan komen, kebanyakan wargamaya turut terhibur gelagat Emilia dan ibunya. Kata mereka memang begitulah kebiasaan seorang ibu tidak mengira bangsa apa pun.
Dalam kegembiraan meraikan perkahwinan, hati ibu pasti sayu melepaskan.
Mingguan Wanita : Biarpun seorang anak telah mendirikan rumah tangga, ia tidak bermakna kasih sayang ibu dengan anaknya akan terputus.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
“Tidak respon bila kakak betulkan kain bedung.” Bayi 24 hari meninggal ketika tidur dan sehingga kini punca kematian masih belum dikenal pasti.
Dalam usia sebegini, sememangnya bayi amat sensitif. Semoga ibu dan ahli keluarga bayi ini tabah berdepan dengan ujian berat ini.
Tidak Respon
Bayi perempuan berusia 24 hari ditemui tidak sedarkan diri ketika tidur di rumah keluarganya di Kampung Batu 1, Pedas Tengah, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Rembau, Negeri Sembilan tengahari tadi.
Bagaimanapun, dalam kejadian pada 1 tengah hari itu, polis belum dapat mengesahkan punca kematian bayi berkenaan memandangkan bedah siasat belum dilakukan.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu disedari tidak memberi respons ketika kakaknya mahu membetulkan kain bedung.
“Berdasarkan siasatan awal, ibu bayi itu yang berusia 42 tahun menyusukannya pada 12.39 tengah hari tadi. Selepas ditidurkan bayi itu diletakkan di ruang tengah rumah.
“Kira-kira 30 minit kemudian kakak bayi itu ingin membetulkan kain bedung sebelum mendapati adiknya dalam keadaan tidak bertindak balas,” katanya.
Menurut Hazri, ibu bayi itu membawa anaknya itu ke Unit Kecemasan Hospital Rembau sebelum doktor bertugas mendapati tiada nadi dikesan dan badannya dalam keadaan sejuk.
Tambahnya, prosedur kecemasan dengan memberikan bantuan pernafasan dijalankan, namun tiada tindak balas sebelum doktor mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital.
“Bedah siasat belum dijalankan kerana masih menunggu laporan keputusan ujian Covid-19 dan jenazah bayi kini berada di Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan.
“Satu laporan polis berhubung kejadian dibuat ibu bayi berkenaan 5 petang tadi dan setakat ini, punca kematian belum dipastikan dan polis akan menjalankan siasatan lanjut selepas laporan bedah siasat diperoleh,” katanya.
Alhamdulillah, ini berita gembira untuk para isteri yang selama ini takut-takut, suaminya diam-diam bernikah satu lagi.. berpoligami tanpa isteri tahu pun.
Sekarang, tak perlu lah berasa gusar. Sebabnya, kalau suami berhajat nak kahwin lagi, mahkamah dah perintahkan untuk isteri pun perlu hadir sama ke mahkamah untuk prosiding kebenaran dan sebagainya.
Bukan apa, sebelum adanya perintah macam ini. Ada segelintir suami ini bila dah terlalu kemaruk sangat nak berkahwin lain, mulalah dia ‘terlupa’ pada isteri sedia ada itu.
Tahu-tahu diri sudah pun dimadukan. Allah.. hancur leburnya perasaan seorang isteri itu.
Sebab peruntukan sebelumnya isteri sedia ada tak perlu pun hadir. Pernikahan tetap akan berlaku. Haa.. bila ada perintah macam ini, tidaklah isteri sedia ada itu rasa teraniaya.
Peguam Syarie & Kosultan Perundangan Islam, Khairul Fahmi Bin Ramli ini berkongsi makluman ini kepada umum.
Dalam Permohonan Poligami Suami, Isteri Pun Perlu Hadir Ke Mahkamah
Khabar gembira kepada isteri-isteri yang sedia ada, sekarang wujud peruntukan dimana isteri-isteri yang sedia ada akan dipanggil untuk hadir ke Prosiding Permohonan Kebenaran Poligami serta Permohonan Pengesahan dan Pendaftaran Nikah Poligami.
Sebelum ini, mana-mana suami yang ingin berpoligami tidak perlu memanggil isteri ke Mahkamah, cukup sekadar suami dan bakal isteri sahaja yang hadir ke Mahkamah bagi tujuan Permohonan Kebenaran Poligami serta Permohonan Pengesahan dan Pendaftaran Nikah Poligami.
Namun kini, mana-mana suami yang berhasrat untuk berpoligami, suami perlu menjadikan isteri sedia ada sebagai pihak di dalam permohonnya.
Ini bermaksud, jika suami mohon poligami atau nak sahkan poligami, isteri sedia ada pun perlu hadir ke Mahkamah sebagai Pihak.
Ini adalah berdasarkan peruntukan di dalam Arahan Amalan No 7. Tahun 2021 dimana Isteri sedia ada akan menjadi pihak yang dipanggil.
Dengan ini, ia sekali gus memberi peluang kepada isteri sedia ada untuk menuntut hak-hak mereka seperti berikut :
Nafkah Diri
Nafkah Anak
Harta Sepencarian
Rata-rata yang membaca perkongsian ini, turut bersetuju dengan peruntukan yang baru ini. Malah, ada juga dari kalangan lelaki turut memberi sokongan.
Mingguan Wanita :Berpoligami ini bukan untuk suka-suka, seronok-seronok. Sebenarnya bila dah tertakdir berada dalam perkahwinan sebegini, ianya menuntut satu pengorbanan yang besar. Jika dari mula sudah tidak jujur, bagaimana mahu melaksanakan tanggungjawab seikhlasnya kerana Allah. Fikir-fikirkanlah.
Bella & Caprice akhirnya berdamai. Menerusi ruangan komen, majoriti netizen menyambut baik perkara tersebut dan berharap tiada lagi perbalahan antara Bella Astillah dan Caprice.Malah...