Esok cuti, jadi apa agaknya menu yang ringkas senang dan bahan-bahannya tak susah untuk mak-mak cuba. Kali ni mingguan Wanita berkongsi dengan mak-mak terutamanya yang buntu tak tahu nak masak apa pagi-pagi esok untuk santapan anak-anak dan suami tercinta. Berikut adalah resipinya, jangan lupa cuba ya. Pasti menjadi kami janji.

Menu Ringkas & Sedap Untuk Ibu-Ibu Masak Hujung Minggu Ini

NASI GORENG DAGING

Bahan-bahan :

  • 3 mangkuk nasi putih
  • 1/2 labu bawang besar } dihiris
  • 2 ulas bawang putih } dihiris
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 100 gram daging } direbus, dihiris nipis & digoreng garing
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos cili
  • sawi secukupnya } dihiris
  •  bahan perasa dan garam secukupnya
  • sedikit minyak
  • sedikit air

Cara menyediakannya :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan putih yang dihiris. Tumis sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar, kicap pekat dan sos cili. Tambahkan air jika perlu.
  3. Pecahkan telur, masukkan daging, nasi serta sawi. Gaul rata.
  4. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam secukupnya. Sedia dihidangkan.

Menu Ringkas & Sedap Untuk Ibu-Ibu Masak Hujung Minggu Ini

KUETIAU SEAFOOD

Bahan-bahan :

IKLAN
  • 500gm kuetiau
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 sudu besar kicap pekat
  • 6 sudu besar sos cili
  •  Semangkuk taugeh
  • Seikat daun kucai
  • 10 ekor udang bersaiz sederhana
  •  2 ekor sotong saiz sederhana } dipotong bulat
  • garam dan serbuk perasa secukupnya
  • minyak untuk menumis

Cara membuatnya :

  1. Panaskan minyak, masukkan udang dan sotong. Goreng sehingga garing, ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga pecah minyak. Tambahkan sos cili, gaul rata.
  3. Pecahkan telur dan masukkan kuetiau. Gaulkan seketika, masukkan taugeh, daun kucai, udang dan sotong.
  4.  Perasakan secukupnya dan gaul sebati. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Menu Ringkas & Sedap Untuk Ibu-Ibu Masak Hujung Minggu Ini

MI GORENG DAGING

Bahan-bahan :

  • 500 gram mi kuning
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 sudu besar kicap pekat
  • 6 sudu besar sos cili
  • Semangkuk taugeh
  • Sehiji tomato (dibelah empat)
  • sawi secukupnya
  • 200 gram daging (direbus dan dihiris nipis dan digoreng garing)
  • garam dan serbuk perasa
  • minyak untuk menumis

Cara membuatnya :

IKLAN
  1. Panaskan minyak, masukkan daging dan tumiskan bawang putih. Masukkan cili kisar. Biarkan seketika.
  2. Masukkan sos cili dan kicap pekat. Kemudian pecahkan telur dan masukkan mi, kacau sehingga sebati.
  3. Selepas itu masukkan taugeh, tomato dan sawi. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

 

Menu Ringkas & Sedap Untuk Ibu-Ibu Masak Hujung Minggu Ini

PASTA AGLIO OLIO

IKLAN

Bahan-bahan :

  • Sebungkus spaghetti } direbus sehingga lembut & toskan
  • 5 ulas bawang putih } dicincang halus
  • 1 labu bawang Holland } potong dadu
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • sedikit emping cili kering
  • 15 ekor udang sederhana saiznya } celur seketika
  • 3 ekor sotong saiz sederhana } celur seketika
  • 1/2 batang lobak merah } potong memanjang
  • 1/2 batang saderi } potong memanjang
  • 10 biji tomato kecil dibelah dua
  • sedikit minyak zaitun

Cara menyediakannya :

  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih bersama bawang Holland sehingga naik bau.
  2. Masukkan udang dan sotong. Selepas itu masukkan spaghetti, serbuk lada hitam, emping cili kering, lobak merah, saderi dan tomato kecil. Gaul rata.
  3.  Biarkan seketika. Kemudian angkat pasta itu dan hidangkannya.

Menu Ringkas & Sedap Untuk Ibu-Ibu Masak Hujung Minggu Ini

PASTA CARBONARA

Bahan-bahannya :

  • Sepeket spaghetti } direbuskan dan toskan
  • sebiji bawang holland } dicincang
  • 5 ulas bawang putih } dicincang
  • 5 batang sosej } dipotong serong
  • setin cendawan
  • 2 tin sos cendawan carbonara
  • 1 liter susu segar
  • lada hitam secukupnya
  • Oregano flakes

Cara membuatnya :

  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih, masukkan sosej dan cendawan butang.
  2. taburkan sedikit oregano flakes dan serbuk lada hitam. Tuangkan sos cendawan dan tambahkan susu. Perasakan dengan garam dan siap untuk dihidang.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI