Kali ini MW kongsikan tiga menu istimewa yang cukup mengenyangkan. Dua darinya boleh dimakan bersama nasi putih dan satu daripadanya pula berasaskan mi. Ketiga-tiganya ideal untuk mereka yang mahukan juadah yang tak terlalu berat tapi mengenyangkan. Jangan lupa cuba ya!

Menu Makan Tengah Hari Wajib Cuba

TOM YAM SEAFOOD KELAPA

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Udang
  • Bunga kobis
  • Baby corn
  • Lobak merah
  • Batang saderi
  • Cendawan enoki
  • Cendawan straw
  • Premium mixed mushrooms
  • 3 batang serai (ketuk)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 inci lengkuas (ketuk)
  • 3 ulas bawang putih (ketuk)
  • Lada kecil (kepedasan mengikut selera masing-masing)
  • 2 biji bawang besar (belah 4)
  • 3 tangkai daun ketbar beserta akar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar sos chili thai
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit cuka
  • 3 biji limau nipis
  • Garam
  • Gula
  • Lada sulah
  • 1 biji air kelapa muda

Cara Membuat:

1.Panaskan minyak, tumis bawang putih, serai, lengkuas, cili api.

2.Masukkan sedikit air, sayuran yang perlu di masak lama.

3.Masukkan air kelapa, bawang besar.

4.Masukkan gula, garam dan lada sulah.

5.Masukkan cuka, daun limau purut, cendawan dan tomato

6.Masukkan air limau nipis.

7.Masukkan sotong dan udang.

IKLAN

8.Masukkan daun ketumbar.

9.Masak sehingga mendidih.

Menu Makan Tengah Hari Wajib Cuba

STEW AYAM

Bahan-bahan:

  • Setengah ekor ayam
  • 2 biji kentang
  • Setengah batang carrot
  • Cendawan butang
  • 7 ulas bawang merah (hiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • Sedikit lada hitam (di tumbuk kasar)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 4 cawan air
  • Secubit gula
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar kicap masin
  • Setangah batang saderi
  • 2 biji bawang besar (di belah empat)

Cara Membuat:

1.Panaskan minyak.

2.Tumis bawang yang di hiris sehingga kekuningan.

IKLAN

3.Masukkan tepung, goreng hingga sebati kemudian masukkan air.

4.Masukkan ayam, kentang, lobak merah, batang saderi.

5.Biar sehingga mendidih dan lembut.

6.Masukkan kicap, lada hitam, garam, gula.

7.Masukkan bawang besar dan biarkan hingga masak. Siap untuk dinikmati.

Menu Makan Tengah Hari Wajib Cuba

MI LIDI SARDIN

IKLAN

Bahan-bahan :

  • 11 biji bawang kecil (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 2 tin kecil sardin (hancurkan)
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 cawan besar santan pekat
  • Sejambak daun kesum
  • 2 sudu kecil asam jawa
  • Garam

MI LIDI

Bahan-bahan:

Celur mi dgn sedikit minyak dengan api sederhana sehingga mi lembut. Toskan mi.

ULAM

  • Kacang panjang *hiris nipis
  • Taugeh
  • Timun *hiris nipis dan memanjang
  • Telur rebus
  • Hirisan cili merah

Cara Membuat:

1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama rempah kari hingga pecah minyak.

2.Masukkan sedikit air tumis seketika.

3.Masukkan satu cawan air, santan , sardin, daun kesom, asam jawab, garam dan secubit gula.

4.Masak sehingga kuah sedikit pekat

  1. Sebelum hidangkan, masukkan mi beserta kuah ke dalam satu mangkuk. Kemudian taburkan hirisan timun, kacang panjang, taugeh dan juga telur rebus. Jika mahukan mi anda lebih pedas, jangan lupa tambahkan hirisan cili ke atas mi. Siap untuk dinikmati.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI