Ada penggemar paru goreng rempah? Selalu kalau mak-mak beli di kedai, jarang sangat nak jumpa yang lembut dan rangup. Kebanyakannya keras liat sampai rasa nak tercabut gigi memakannya.
Rupanya ada rahsia nak bagi paru goreng rempah tu tak liat dan keras. Ada 4 langkah yang mak-mak nak kena buat sebelum mulakan proses menggoreng paru.
Hari ini, keputusan SPM telah diumumkan. Rata-rata mak ayah turut berdebar-debar menanti keputusan anak masing-masing, sama ada cemerlang atau sebaliknya.Biar apa pun keputusan yang dimiliki, semoga mak ayah dapat berlapang dada. Berikanlah kebebasan dan sokongan penuh buat anak-anak untuk memilih bidang yang mereka gemari tak kiralah dalam bidang apa pun.
Jika ada anak-anak yang berhasrat untuk menceburi bidang seni, walaupun cemerlang dalam SPM mungkin 4 selebriti ini boleh dijadikan kayu ukur.Ini kerana 4 selebriti wanita ini pernah memiliki keputusan SPM yang cemerlang namun memilih untuk menceburi bidang seni kerana minat yang mendalam dalam industri ini.
Berikut pencapaian 4 selebriti yang pernah mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mungkin ramai tak tahu.
Tahun: 2002 Keputusan: 7A, 2B Sekolah: SMK Damansara Utama
Dr Soo Wincci, 33 antara selebriti Malaysia yang hadir dengan pakej lengkap ‘beauty with brain’.Beliau dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia pada 2008 dan pernah mewakili Malaysia untuk Pertandingan Ratu Cantik Dunia pada 2013.
Penyanyi, pelakon, komposer, pengacara, model dan selebriti chef berbangsa Cina ini, berjaya memperoleh keputusan cemerlang SPM, 7A, 2B dalam peperiksaan SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.
Soo Wincci mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang perundangan dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.
Kesibukan dalam bidang seni, bukanlah menjadi penghalang Soo Wincci mengejar impian selama 6 tahun untuk menggenggam ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan yang diperoleh dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).Malah,Dr Soo Wincci juga telah menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.
Tahun: 2006 Keputusan: 10A Sekolah: MRSM Langkawi
Noor Neelofa binti Mohd Noor,29 atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi.Teraju utama drama ‘Ti Amo, Sweeheart 100 Hari’ dan ‘Suri Hati Mr Pilot’ ini berjaya memperoleh keputusan 10A pada peperiksaan SPM tahun 2006. Bukan sekadar SPM, Neelofa turut mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR (5A) dan PMR (8A).
Pelakon kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini kemudiannya telah melanjutkan pengajian A Level di Kolej Damansara Utama (KDU) sebelum menyambung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Asing dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College, Petaling Jaya.
Neelofa mula melibatkan diri dalam lapangan seni hiburan tanah air apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10. Selepas memenangi Dewi Remaja, Neelofa menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama serta tawaran menjadi pengacara di stesen TV, termasuk juga tawaran menjadi duta dan jurucakap produk.Malah Neelofa sendiri merupakan ikon usahawan wanita yang berjaya dan memiliki perniagaan sendiri.
Tahun: 2010 Keputusan: 8A 2B Sekolah:SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur
Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, 24, merupakan bekas pelajar cemerlang dan penari kebudayaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur.
Gadis kelahiran Negeri Perak yang juga pelakon utama Drama bersiri ‘Cinta Si Wedding Planner’ ini pernah memperoleh keputusan cemerlang 8A didalam PMR. Malah Mira berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan dengan memperolehi 8A 2B dalam SPM pada tahun 2010, kira-kira lapan tahun yang lalu.
Kerana minat yang mendalam, Mira Filzah mula menceburkan diri di dalam bidang peragaan sejak berumur 17 tahun, namun tetap berjaya memiliki Ijazah Jurusan Perniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi MARA Shah Alam.
Tahun: 2013 Keputusan: 6A, 2B Sekolah: SMK Danau Kota
Nurul Janna Muner, 22, atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan salah seorang artis yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.Beliau dilahirkan di Sungai Petani, Kedah dan merupakan anak kedua daripada empat beradik dalam keluarganya.Pelakon utama drama bersiri ‘Dia’ ini memiliki darah kacukan Cina, Pakistan dan Thai di sebelah kedua-dua ibu bapanya.
Janna memulakan kerjaya awalnya sebagai model iklan komersial dan video korporat sebelum muncul dalam pelbagai rancangan televisyen. Ketika itu, usia beliau dalam 5 hingga 7 tahun tetapi mengambil keputusan berhenti kerana ingin menumpukan perhatian pada pelajarannya.
Janna Nick pernah bersekolah di asrama penuh dan juga sekolah harian. Beliau merupakan bekas pelajar MRSM Pendang,Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota. Hasil keputusan SPM 6A 2B yang diperolehi,Janna pernah mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Arau, Perlis tetapi menolak kerana ingin menumpukan kepada bidang lakonan.
Tahniah diatas kecemerlangan keempat-keempat selebriti ini. Bukan sahaja berbakat dilapangan seni malah membuktikan golongan artis pun bijak dalam bidang akademik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hari ini anak sulung personaliti TV, Irma Hasmie Binti Ibrahim dan suaminya, Redza Syah Azmeer Radzuan genap 5 tahun. Rupanya sejak usia 2 bulan, Irma Hasmie dah bisikkan doa yang baik-baik, yang manis-manis untuk anak lelakinya itu, Redza Syah Irfhan.
Dalam perkongsiannya ini, Irma maklumkan yang dia dah simpan lama video doa anaknya itu. “Waktu ini Irfhan usianya baru 2 bulan. Moga Allah mendengar dan makbulkan doa buat anak-anakku.”
Dan video itu sudah disampan lama dekat lima tahun, Irma kongsi semula. “Subhanalllah… Hari ini usia Redza Syah Irfhan genap 5 tahun. Syulkur Alhamdulillah, terima kasih atas anugerah ini Ya Allah.”
Akui Irma lagi memang sejak dari awal dia mahu anak kecilnya itu belajar surah Al-Ikhlas. “Surah Al-Ikhlas pula antara surah terawal yang Irfhan belajar.
“Surah ini banyak fadhilat dan khasiatnya. Saya memang minta Irfhan amalkan selalu.” Terang Irma yang juga mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Irma Nur Naylie, 4 tahun.
SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama.
Malah surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT. .
Surah Al-Ikhlaṣ terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan.
Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri. .
Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).
Mak-mak dah fahamkan kebaikan surah Al-Ikhlas ini, marilah kita dekatkan anak-anak dengan bacaan dan penghayatannya. Moga keluarga kita akan sentiasa dalam lindungan rahmat Allah.
MW ucapkan selamat hari lahir buat Redza Syah Irfhan menjadi anak yang soleh dan menjaga ibu dan ayahnya.
Bagi mak-mak peminat makanan Korea, atau suka layankan anak-anak yang makanan Korea boleh cuba buat sendiri resipi’Pogi Kimchi Homemade’ ini. Sesekali tukar selera dengan menu tradisi orang Korea menarik juga. Rasa masam pedas dan rangup! Menurut perkongsian resipi oleh Red Luna, Kimchi ini mampu tahan lama sehingga 2 bulan,malah makin lama diperam makin sedap rasanya.
3 biji Kobis Cina/ Panjang (anggaran berat 1.5kg setiap 1)
3 batang Lobak Putih
3 batang Lobak Merah
1 ikat Daun Bawang (Potong dalam anggaran 1 inci)
1 ikat Daun Kucai (optional) (Saya tak letak sebab takde kat pasaraya time tu)
3 cawan serbuk cili
3 labu Bawang putih
1 sudu Besar Halia
3 biji Lada Merah Besar (untuk tambahkan warna merah pada Kimchi)
1/4 cawan Gula
1.Potong Kobis kepada 4 bahagian.
2.Cuci bersih-bersih di setiap helaian Kobis kemudian toskan airnya.
3.Letak garam kasar di setiap helaian Kobis.
4.Setelah semua di sapu garam biarkan selama 4 jam atau sehingga Kobis tersebut dah tak boleh dipatahkan lagi. Terbalikkan Kobis setiap 1 jam nak bagi garam sekata.
5.Kobis selepas 4 jam dibiarkan bersama garam kasar.Selepas 4 jam cuci lagi sekali untuk hilangkan rasa garam. Cuci di setiap helaian daun bersih-bersih dan perah-perah sikit Kobis tu bagi air garam keluar. Kalau tak nanti makan Kimchi rasa masin garam lebih. Kemudian toskan airnya.
6.Lobak merah dan putih tadi di potong panjang-panjang. Cara saya memang suka macam ni. Ada yang buat lagi halus dan nipis. Terpulang kat korang.
7.Satukan semua bahan dalam 1 bekas besar.Sebelum tu Kobis tu potong dulu yer. Jangan masukkan seketul. Potong anggaran panjang 2 inci atau terpulang pada korang.Masukkan sekali Daun Bawang yang sudah dipotong dan juga bahan yang di blend tadi.Masukkan 3 cawan serbuk cili (saya guna brand Faiza) Kalau tak suka pedas kurangkan sukatan serbuk cili.Kemudian gaul semua sekali bagi sekata.
8.Masukkan dalam bekas dan tekan2 bagi mampat. Peramkan selama 1 malam suhu bilik.Selepas 1 malam boleh masuk ke dalam peti sejuk bahagian chiller. Tahan sehingga 2 bulan.
**Makin lama Kimchi diperam makin sedap. (tapi make sure simpan dalam peti sejuk tau)
Siap untuk di makan dengan nasi putih atau dimakan begitu saja.
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.