Sumber: Harian Metro

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada penggantinya. Hargailah ayah sebaiknya kerana setelah dia pergi tiada siapa mampu mengganti tempatnya yang selama ini yang menjaga dan membesarkan kita.

Biarpun dalam keadaan tidak sihat, ayah sanggup berkorban apa sahaja demi anak tercinta. Walaupun kadang-kadang ayah dianggap kurang menunjukkan kasih sayang tetapi sebenarnya dia sanggup lakukan apa sahaja demi anaknya yang dikasihi.

Begitulah kasih sayang arwah Mustafa Ariffin, 60-an, yang meninggal dunia ketika menunggu anaknya menjalani temuduga di Alor Setar. Pihak MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah. Al-Fatihah.

“Walaupun demam sejak tiga hari lalu, arwah sanggup menemani anak bongsunya menghadiri temuduga kerja hari ini.

“Tak sangka pula ajalnya sampai ketika sedang menunggu anak perempuannya selesai temuduga,” kata Mohd Ali Ahmad, 55, sepupu kepada Mustafa Ariffin, 60-an yang ditemui meninggal dunia dalam kereta Proton Wira di tempat parkir hadapan Wisma Persekutuan di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi tadi, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang hadapan oleh orang awam yang ternampak mangsa dalam keadaan mencurigakan.

IKLAN

Difahamkan, mangsa meninggal dunia seorang diri dalam kereta manakala isterinya pergi menemani anak mereka menghadiri temuduga di tingkat atas bangunan kerajaan itu.

Meninggal Ketika Temani Anak Temuduga, Begitulah Kasih Ayah Hingga Hujung Nyawa
Sumber: Berita Harian

Terkejut Dengan Pemergian Arwah

Menurut Mohd Ali, sepupunya tidak pernah mengadu sakit sebelum ini malah dia sentiasa kelihatan sihat.

Katanya, dia terkejut apabila dihubungi anak mangsa yang memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia.

IKLAN

“Saya terus bergegas ke sini dan mendapati jenazah mangsa masih dalam kereta.

“Mereka menetap di Kampung Teloi, Kuala Ketil dekat Baling, bertolak ke sini sejak pagi tadi dan kereta berkenaan dipandu anak mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Meninggal Ketika Temani Anak Temuduga, Begitulah Kasih Ayah Hingga Hujung Nyawa
Kali Terakhir Bertemu

Mohd Ali berkata, hubungan dia dan sepupunya sangat rapat namun kali terakhir, mereka bertemu pada Disember lalu ketika majlis perkahwinan anaknya.
Katanya, ketika itu arwah banyak bergurau ketika berbual dan kelihatan ceria.

IKLAN

“Mungkin ajalnya dah sampai, kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Meninggal Ketika Temani Anak Temuduga, Begitulah Kasih Ayah Hingga Hujung NyawaSumber: Berita Harian

MW: Ibu sememangnya dianggap sebagai sebagai ratu dalam hidup anak-anak. Walaupun begitu, peranan seorang ayah tidak wajib dilupakan. Semoga perkongsian ini memberi iktibar kepada kita semua dan sedar bahawa betapa besarnya kasih seorang insan bernama ayah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI