Bekas Perdana Menteri ke lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi antara paling diingati rakyat. Pernah memperkenalkan islam hadhari semasa tampuk pemerintahannya kurang dari enam tahun iaitu bermula dari 31 Oktober hingga 3 April 2009, dirinya dilihat antara PM yang “kurang bermasalah” berbanding apa berlaku hari ini.

Bahkan semenjak tidak lagi bergelar Perdana Menteri, Tun Abdullah atau mesra disapa Pak Lah dilihat tidak campur tangan dalam soal politik tanahair dan bahagia dengan caranya.

Dalam pada itu, satu perkongsian video oleh pengacara Fedtri Yahya di Tik Toknya di mana Tun Abdullah yang mengidap demensia dibawa berjalan membuatkan ramai sebak. Walau ia video tiga tahun lepas namun ia sudah cukup menggambarkan keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri itu.

Ramai mendoakan agar kesihatannya baik.

@fedtriyahya Diuji #dimentia – semoga yang baik-baik saja untuk #paklah ♬ original sound – Ahmad Fedtri Yahya

Dalam pada itu, memetik laporan Berita Harian tiga hari lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin buat kali pertama mendedahkan bapa mentuanya menghidap demensia.
Khairy berkata, bapa mentuanya tidak mengingati namanya, isteri serta ahli keluarga lain.

“Saya ingin berkongsi satu perkara peribadi yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini yang Pak Lah menghidap demensia.

“Beliau mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif (cognitive impairment) sejak pada 2009 selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri.

“Ramai orang tertanya-tanya keberadaannya dan sudah lama tidak melihatnya di tempat umum. Beliau kini terpaksa duduk atas kerusi roda, umpama mempunyai kehadiran fizikal dan fikirannya tiada,” katanya.

IKLAN

Khairy menjelaskan, bapa mentuanya tidak lagi berkeadaan biasa, tidak mengenali orang terdekatnya.

“Saya tahu beliau masih mengenali saya apabila melihatnya mengerdipkan mata, apabila saya melawatnya.

“Lebih banyak hari yang sukar berbanding hari yang lancar. Jadi doakan beliau dan kami berharap untuk hari yang lebih baik akan datang,” katanya.

Pada 15 November tahun lalu, Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan penularan berita bekas Perdana Menteri kelima itu meninggal dunia.

Khairy berkata, pendedahan mengenai penyakit dihidapi Pak Lah itu dibuat selepas mendapat persetujuan daripada keluarganya.

“Bagi pesakit demensia, pengurusan penjagaan adalah paling mencabar. Saya melihat bagaimana ibu mentua, auntie Jean melalui situasi sukar kerana demensia bukan satu penyakit, tetapi memerlukan penjagaan rapi 24 jam,” katanya.

IKLAN

Katanya, selepas beberapa tempoh, pesakit memerlukan penjagaan berterusan sepanjang masa bagi memastikan keselamatannya terpelihara.

“Justeru kami menyediakannya jururawat profesional untuk bersamanya 24 jam. Kami agak bernasib baik kerana mampu berbuat demikian, bayangkan orang yang tidak mampu.

“Demensia tidak boleh didiskriminasi. Bayangkan orang yang tidak mempunyai akses kepada penjagaan yang tidak mampu tetapi mereka perlu menjaganya kerana ahli keluarga,” katanya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ini 5 Tip Hadapi Mak Ayah Nyanyuk, No. 4 Jadi Sukar Kalau Tak Amal

IKLAN

Ibu, Makcik Tu Dok Rakam Abah Dengan Handphone. Tolong ibu, Tolong Suruh Dia Stop

JEANS BURUK JANGAN DIBUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW DAN EPAL

Mengidap Demensia, Ramai Sebak Lihat Video Pak Lah
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI