
Melihat hantaran video menerusi Instagram Datuk Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 40, mengalir air mata penulis.
Anak istimewa anugerah Allah ini membaca sepotong doa buat hari jadi ayah kesayangannya.
Mengalir Air Mata Dengar Zara Adelia Baca Doa Hari Jadi, Datuk Adi Putra
Menerima kapsyen di entri video tersebut juga Adi Putra berasa sungguh sebak bila mendengar puteri kesayangannya membacakan doa.
“Saya sangat sebak bila putri saya Zara Adelia yang tak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa selamat buat hari jadi saya.
Hadiah Istimewa Tak Dapat Di beli Di Mana-Mana
“Allahu, bergenang air mata saya. Allah saja yang tahu. Inilah hadiah paling cukup istimewa yang tak dapat beli dimana-mana. Terima kasih isteriku, Az-Zahra, Nani, yang meraikan ulang tahun ku ke 40 Tahun. Perasaan sangat bersyukur yang pernah di pesan Habib Ali Zaenal Abidin. Allahuakhbar” tulisnya.
Baca Disini Juga:
Lisa & Yusry Bakal Timang Anak Ketiga “Alhamdulillah,Dua Anak Kami Akan Dapat Adik”
Rajinnya Mateen, Jadi Rutin Lepas Makan Angkat Pinggan Sendiri Ke Dapur
Wilma Muhammad Utamakan Agama, Kesederhanaan & Elak Pembaziran Dalam Mendidik Anak-Anak
Dua Anak Kesayangan
Mengimbas kembali temubual menerusi Majalah Nona (terbitan NU Ideaktiv), isteri kepada Adi Putra, Datin Aida Yusof pernah berkongsi mengenai dua anak angkatnya iaitu Az Zahra dan Zara Adelia.
Waktu mereka kecil lagi Aida sudah menyusukan kedua-duanya. Zahra dan Adelia masing-masing berusia 9 tahun Cuma beza sebulan saja.
“Zahra yang sulung, normal seperti kanak-kanak lain cuma Adelia ni sebenarnya anak OKU. Dia anak istimewa, tak boleh bercakap dan dengar. Kami dapat tahu keistimewaan Adelia ni masa masih bayi lagi bila dia tak tunjukkan sebarang reaksi terkejut dan seumpamanya,” jelas Aida.
Ucapan Ulang Tahun Buat Adi Putra
Sumber/Sumber Foto: Instagram Adi Putra
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sifatnya Yang Merendah Diri, Pembersih Menjadikan Sugu Dekat Di Hati Malaysia

Secara peribadi MW tertarik mengikuti akaun YouTube suri rumah ini kerana terpegun dengan kilauan kualinya dan sifat pembersihnya. S. Pavithra baru berusia 28 tahun merupakan isteri kepada M.Sugu 29. Mereka hidup sederhana di sebuah kuarters ladang kelapa sawit disamping dua orang anak. Apa yang istimewanya, setiap video dimuat naik menyaksikan Sugu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.
Ada satu video itu memaparkan Sugu memasak sejenis ikan yang menurutnya hanya boleh dibeli jika hari gaji sahaja. Sebulan boleh makan sekali atau dua memandangkan harganya sedikit mahal. Sugu memaparkan realiti kehidupan suri rumah yang dekat dihati semua. Dia juga mempunyai hubungan yang baik dengan ibu mertuanya, dan secara berseloroh pernah memaklumkan ibu mertuanya menyayangi dirinya lebih daripada wanita itu menyayangi anak lelakinya sendiri.
Komen-komen di laman YouTube beliau juga rata-rata memuji masakannya, kefasihan beliau bertutur dalam bahasa Melayu, kebersihannya dan hubungan kekeluargaan yang ditonjolkan. Sugu pantas melekat dihati penonton dan tanpa perlu bersusah payah, pengikutnya sahaja sudah mencapai jutaan orang. Musim-musim PKP ni, apa kata mak-mak yang hebat memasak di dapur tu, jadikan Sugu sebagai sumber inspirasi. Disamping dapat berkongsi resepi anda juga dapat menjana pendapatan secara tidak langsung. Tahniah Sugu!
Sepasang suami isteri tidak menyangka perkongsian video memasak pelbagai menu dengan bertutur dalam bahasa Melayu berjaya menambat hati rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan peringkat umur.
S.Pavithra, 28, dan suaminya M.Sugu, 29, yang berjinak-jinak sebagai YouTuber menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu, sudah mempunyai seramai 160,000 pelanggan sekali gus menjadikan mereka sebagai Rakan YouTube.
Pasangan yang tinggal di kuarters ladang kelapa sawit di sini itu juga boleh menarik nafas lega kerana sebagai Rakan YouTube, mereka mampu memperoleh pendapatan sampingan bulanan dengan bayaran mengikut mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD).
Pavithra yang mempunyai perwatakan lemah lembut serta petah berbahasa Melayu itu berkata dia mula memuat naik video masakan di YouTube selepas mendapat saranan daripada seorang rakan baik yang juga seorang YouTuber.

“Menu pertama adalah ikan tilapia bakar dan saya tunjukkan cara-cara memasak dengan mengggunakan bahasa Melayu. Dalam masa empat hari sahaja seramai 5,000 telah mengikut akuan YouTube saya dan selepas itu telah dapat e-mel daripada YouTube untuk menjadi rakan,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Pavithra, ibu kepada dua anak yang berasal dari Buntong, Ipoh berkata dia dan suami tidak menyangka ramai yang menonton video memasaknya serta terus melanggan, dan dianggap sebagai dorongan untuk mereka terus menghasilkan bahan lebih menarik.
“Saya pandai cakap bahasa Melayu jadi tidak salah kalau saya buat video memasak dalam bahasa ini. Kalau saya cakap bahasa Tamil tidak semua faham, jadi saya pilih gunakan bahasa Melayu biar semua rakyat Malaysia boleh tengok dan faham.
“Paling menyeronokkan dan memberi semangat apabila ramai yang memberikan komen positif dan meminta saya teruskan usaha ini. Tidak kurang juga ada yang minta kami tunjukkan cara masak makanan India, ini sangat menyeronokkan,” katanya.

Tambah menarik dan teruja apabila ada selebriti tanah air yang bukan sahaja mengikuti akaun YouTube mereka malah turut mencuba resepi itu dan kemudian berkongsi di akaun laman sosial masing-masing sambil menyatakan ia adalah idea ‘Sugu Pavithra’.
Pavithra berkata dia dan suami memilih untuk memasak makanan mudah antaranya terung bulat tumis belacan, kuih ketayap dan kangkung tumis dengan bahan digunakan biasanya ada di dapur setiap rumah agar lebih ramai mencuba resepi yang dikongsikan.
Satu yang menarik mengenai Pavithra, dia tidak memerlukan peralatan yang banyak atau canggih untuk memasak, tapi cukup dengan satu kuali, sudip dan dua periuk termasuk satu periuk untuk memasak nasi.
Malah, untuk merakam aksinya di dapur, Pavithra hanya menggunakan telefon pintar yang diletakkan di atas cawan di tempat kukuh, tapi tetap menghasilkan klip video yang cantik dengan bantuan suaminya.
“Jika suami masak, saya yang banyak bercakap termasuk kenalkan bahan-bahan dan cara-cara kerana suami pemalu,” katanya, memaklumkan tugas menyunting klip video dibuat selepas makan serta dua anaknya tidur.
Pasangan suami isteri itu bagaimanapun tidak menganggap diri sebagai selebriti sebaliknya masih Sugu dan Pavithra yang sama, dan meminta orang ramai terus mengikuti serta mencuba resepi yang dikongsikan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pengeluaran Khas KWSP “Hasil Titik Peluh Kita. Jaga, Berhemahlah Dalam Berbelanja”

Pengeluaran Khas KWSP, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah berkongsi berita baik menerusi platform media sosialnya semalam tentang BAYARAN bagi kemudahan pengeluaran khas RM10,000 diawalkan kepada 18 April berbanding 20 April sebelum ini.
Pengeluaran Khas KWSP
Menurut Tengku Zafrul ramai yang memberikan komen di media sosialnya bagi mempercepatkan pengeluran khas.
“Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”
“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.
“Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri #KeluargaMalaysia, InsyaAllah,” kongsi Tengku Zafrul.
Ternyata pengumuman itu memberikan khabar gembira buat pemohon permohonan khas KWSP.
Berhati-Hatilah Setiap Langkah Melibatkan Pengeluaran
Sebagaimana perkongsian oleh saudara Firdaus Shakirin yang boleh menjadi manfaat untuk mereka yang menerima pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 berhati-hatilah dalam setiap langkah yang melibatkan pengeluaran wang.
“Sedikit PERINGATAN utk ONE-OFF yg bakal diterima esok dan hari-hari seterusnya…
- Elakkan dedah maklumat peribadi seperti nama penuh, no kad pengenalan, akaun bank di media sosial. Dalam keterujaan dan keeksaitetan nk update, tolong jgn sesekali muat naik maklumat ini.
- Kalau ada panggilan daripada nombor yg tidak dikenali, maka elakkan drpd angkat atau menjawab panggilan tersebut. Saja2 nak layan dia pun xyah. Cer install TrueCaller di telefon anda. Anda akan dapat info yang call tu siapa.
- Kalau dapat apa-apa mesej atau email yg menyatakan anda ada hutang, tunggakan, saman dan surat mahkamah, maka jangan call semula nombor yg tertera pada mesej atau email tersebut sebaliknya boleh sahihkan atau pastikan ttg perkara tersebut secara bersemuka di jabatan yg di nyatakan.
Jangan Login Jika Ragu-Ragu
- Semasa melakukan transaksi online, pastikan web itu secure, ada lambang kunci diatas. Jangan login, jangan masukkan password jika anda ragu-ragu dengan kelainan pada paparan web tersebut.
- Jika tiba-tiba anda dapat no TAC dan ada nombor tak dikenali wassup/mesej anda utk share no TAC tu sebab dia silap letak no telefon semasa melakukan transaksi online, maka jgn reply, jgn bg dia no TAC, terus block nombor yang tak dikenali tersebut.
- Jika anda melakukan pengeluaran secara bersemuka, pastikan anda tidak melakukannya berseorangan. Pastikan anda telah meletakkan duit itu ditempat yg selamat sebelum keluar drpd bank. Jangan jalan sendirian, jangan galas beg dibahu. Pastikan anda pegang beg anda dan pastikan anda tidak keseorangan.
Jangan Melabur Di Tempat Yang Mengarut
- Jika datang makhluk yg boleh menggandakan 10k ke 100k atau 1 Juta dalam masa sebulan, maka dengar boleh, percaya jangan. Jangan la masuk skim apa2 bila tgh duit byk. Jangan melabur di tempat yang mengarut. Jangan terpengaruh dgn mulut manis makhluk itu walaupun dia datang naik BMW.
Berhemahlah Dalam Berbelanja!
“Jumlah tu banyak, itu hasil titik peluh kita. Maka jagalah sebaiknya, gunakanlah sewajarnya dan berhemahlah dlm berbelanja,” pesan Firdaus Shakirin.
Peringatan Yang Sangat Baik – Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang berterima kasih kerana Firdaus Shakirin sudi berkongsi peringatan mesra.
Menarik Lagi : Bekas Isteri TIADA HAK Atas Duit KWSP Selepas Bercerai, Hanya Untuk Pewaris Saja
PENTING Semak, Kemaskini PENAMA Akaun KWSP Untuk Mudahkan Pengeluaran Nanti!
Maksimum Sehingga RM60,000, Golongan Terkesan Boleh Mohon Keluar Akaun 1 KWSP Mulai Disember!
Mingguan Wanita : Mak-mak yang dapat duit RM10 ribu tu pandai-pandailah berbelanja ya. Jangan terlalu boros.
Sumber / Sumber Foto: Facebook Firdaus Shakirin & Instagram Tengku Zafrul Aziz
Gigihnya Ayu Raudhah menjaga anak dan sibuk berniaga.
Syawal ini Aizat terakhir beraya sebagai seorang bujang.
Sedapnya sambal belacan ni, makan dengan nasi panas terus terangkat!
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Malam Tengok Bintang, Bangun Pagi Boleh Hirup Secawan Kopi Panas Bersaksikan Gunung Kinabalu..

Apa yang lebih nikmat selain dapat bercuti di sebuah tempat yang dikelilingi pepohon menghijau, gunung ganang yang memukau pandangan. Masa itu anda tanyakan diri, ‘Stress? Apa itu stress?’ Sebab pemandangan cantik subhanallah ini melenyapkan semua beban tekanan dalam kepala.
Menarik sekali perkongsian momen perkhemahan, Miz Kecik Miz Kecik (MemUmie) ini. Tak perlu pun merantau jauh sampai ke New Zealand, cukup sekadar berkhemah di Polumpung Melangkap View Camp Site (PMVCS), Kota Belud Sabah. Tapak perkhemahan ini sudah menjanjikan satu pemandangan cantik yang berbekas di hati.
Sambil Barbekue, Tengoklah Bintang
Kata Mem Umie, “Bagi mereka yang inginkan suasana tenang dan nyaman, boleh lah berkhemah di Polumpung Melangkap View Camp Site (PMVCS), Kota Belud, Sabah.
“Ia berlatar belakangkan Gubung Kinabalu. Menjanjikan pemandangan yang sangat cantik.” Serius memang cantik pun. Bila anda lihat gambar yang dikongsikan beliau anda pun teruja sama nak ke sama bawa satu famili.
Bayangkan seronoknya, sebab ia bersebelahan dengan air sungai yang mengalir begitu jernih dan sejuk airnya. Tambah wanita lasak kaki travel ini “Boleh saja mandi manda bersuka ria, asalkan kamu tahan sejuk.” Tapi kalau dah cantik jernih macam gitu airnya takkan tak nak cuba bermandi manda.. ya tak?
Aktiviti, Mem Umie diteruskan sampai ke malam hari. Waktu malam mak ayah boleh buat acara barbekue. “Sambil-sambil BBQ tu tengoklah bintang-bintang.”
Berkhemah dan nikmati rasa dekatnya dengan alam semula jadi. Bangun-bangun pagi, boleh nikmati secawan kopi panas dan bersarapan bersaktikan Gunung Kinabalu yang gagah terbentang di depan mata.
Malam harinya memang sejuk dingin. Bawalah baju panas tu lebih. Isk.. seronok pula.. Tiba-tiba rasa seakan mahu menikmati malam berunggun api ala rancangan koboi tu.
“Kalau kamu nak bawa anak isteri dan keluarga mahupun kawan-kawan, datanglah berkhemah di sini. Lagi ramai lagi syok dan meriah. Confirm kamu tak menyesal.” Haa.. menarikkan apa yang dikongsikan Mem Umie ini.
Macam Mana Nak Ke Polumpung Melangkap View Camp Site
Lokasi menarik ini letaknya di Kampung Melangkap Baru. Kalau anda dari Semenanjung, kenalah naik flight. Hehe..
Nanti dari pekan Kota Belud, Sabah memandulah ke arah kampung yang dimaksudkan itu. Jaraknya kira-kira 20km atau 39 minit pemanduan.
Dekat sini nanti, anda bolehlah berkhemah dengan famili ke, kawan-kawan ke. Nak bawa khemah sendiri lagi bagus. Tapi kalau tak ada, boleh sewa dengan pusat pengurusan di sana. Bawalah juga kanopi atau tikar ke tikar getah, Ini agar lebih selesa.
Dah sampai tapak perkhemahan tu nanti, jangan risau nak parking kereta kat mana, Sebab ada kawasan parking yang luas. Walaupun nun jauh di tengah hutan, disiplin diri kena jaga ya. Jadi parkinglah elok-elok.
Jangan pula seronok sangat nak nikmati keindahan alam, sampai lupa cara parking berhemah yang tak halang kenderaan lain.
Ini Senarai Yuran Kemasukan
Yuran Kemasukan
* Dewasa (13 tahun ke atas) – RM2/seorang
* Kanak-Kanak (12 tahun – 7 tahun) – RM1/seorang
* Kanak-Kanak (6 tahun ke bawah) – Percuma
Yuran Menginap (Berkhemah)
* Dewasa (13 tahun ke atas) – RM4/seorang/malam
* Kanak-Kanak (12 tahun ke bawah) – RM2/seorang/malam
Kelengkapan khemah tidak disediakan. Ada beberapa buah khemah untuk disewa tapi dalam jumlah terhad.
Pelampung untuk disewa disediakan dalam jumlah terhad.
Harganya ok-ok kan? Cukup murah untuk anda menikmati pemandangan cantik bak lukisan alam yang real terbentang di depan mata.
Sumber/Foto : Miz Kecik Miz Kecik, Facebook Page Polumpung Melangkap View Camp Site, Kota Belud, Sabah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!