Tragedi yang meragut nyawa adik Zara Qairina Mahathir, 13, terus mendapat perhatian apabila lima remaja perempuan bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak di sini, hari ini.
Dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus, kesemua tertuduh yang berusia bawah 18 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarhamah Zara Qairina pada malam 15 Julai lalu, di sebuah sekolah di Papar.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menggunakan perkataan yang boleh mengganggu perasaan arwah, antara jam 10 hingga 11 malam. Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Ads
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, memaklumkan kepada media bahawa setiap tertuduh dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan deposit RM1,000 serta seorang penjamin tempatan. Beliau turut menegaskan, hanya perkara itu boleh didedahkan kerana mahkamah telah mengeluarkan perintah larangan berhubung butiran lain dalam prosiding.
Ads
Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Nor Azizah bersama Nik Haslinie Hashim dan Deepa Nair Thevaharan, manakala barisan peguam bela terdiri daripada nama-nama berpengalaman termasuk Datuk Ram Singh, Joan Goh, Prem Elmer Ganasan, Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Farah Nazriah Chun Lee, Fareez Salleh dan Sylyester Kuan.
Ads
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 25 September dan 16 Oktober, manakala pendengaran kes dijadualkan bermula 8 hingga 12 Disember serta 15 hingga 19 Disember depan.
Seni bukan sekadar hiasan dinding, tetapi medium suara hati yang mampu membangunkan jiwa. Itulah yang ingin dizahirkan oleh pelukis dan Pengarah Artistik Opera d’Arte, Datin Wira Nurina Norman, apabila beliau memilih untuk berganding dengan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam usaha mengangkat seni sebagai wadah memberi manfaat kepada masyarakat.
Dalam satu pendedahan eksklusif, Nurina menceritakan bahawa beliau telahpun bersetuju menyerahkan sebahagian besar hasil jualan lukisan miliknya untuk tujuan kebajikan pendidikan di Muar.
“Saya bersama YB Syed Saddiq telah berbincang. Saya sudah bersetuju untuk memberi 20 peratus hasil jualan lukisan kepada YB sebagai sumbangan untuk pelajar di Muar. Malah, dua lukisan berskala besar yang bernilai hampir RM60,000, hasil pembelian itu saya serahkan seratus peratus kepada YB untuk dilelong,” jelas ibu kepada empat cahaya mata ini.
Menariknya, lelongan lukisan tersebut dijangka akan dipromosikan melalui media sosial sekitar hujung bulan ini. Di sinilah kuasa viral dan seni bergabung — bukan sekadar mencipta perhatian, tetapi memberi dampak nyata kepada mereka yang memerlukan.
“Kolaborasi ini tercetus bukan sekadar kerana kami sahabat, tetapi kerana hati saya mahu menyumbang kepada masyarakat,” tambah Nurina.
Sebelum ini, karya seni Nurina turut mendapat perhatian selebriti tempatan seperti Nora Danish, selain sokongan ikon fesyen Wak Doyok.
Dalam perkembangan lain, Nurina kini giat mempersembahkan pameran seni bertajuk UTOPIA di Galeri Seni Universiti Malaya. Pameran ini berlangsung dari 18 Ogos hingga 20 September 2025, terbuka secara percuma untuk semua lapisan masyarakat.
Lebih daripada sekadar pameran, UTOPIA merupakan satu perjalanan idea dan aspirasi menuju dunia lebih harmoni. Kolaborasi Opera d’Arte bersama Universiti Malaya ini membuka ruang dialog kreatif antara pelajar, akademik, seniman dan masyarakat.
Sepanjang pameran, pelbagai aktiviti sampingan disediakan termasuk sesi wacana seni, bengkel kreatif dan lawatan berpandu.
“UTOPIA bukan sekadar pameran seni, ia adalah jambatan antara imaginasi dan pendidikan, menyatukan manusia dalam harapan dan idealisme,” ujar Nurina dengan penuh semangat.
Dengan gabungan kuasa seni, pendidikan, dan sokongan masyarakat, inisiatif ini menjadi bukti bahawa sebuah karya mampu mengubah hidup, bukan hanya pemiliknya, tetapi seluruh generasi akan datang.
Nama DJ Sonic, atau nama sebenarnya Awang Suffian Awang Hussein, mungkin sinonim dengan tawa ceria, alunan muzik yang menggembirakan, dan suara lantang yang memeriahkan udara konti.
Namun di sebalik figuranya yang sering membuat pendengar ketawa, tersimpan satu luka dalam yang masih belum benar-benar sembuh. Kehilangan figura seorang ayah yang sangat dikasihi.
Pada 29 Februari tahun lalu, detik hitam itu singgah dalam hidupnya. Ayahanda tercinta, Awang Hussin Awang Jinal, menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi dalaman perut.
Ironinya, selepas seminggu menjaga ayah di hospital dan melihat keadaannya stabil hingga dibenarkan pulang, DJ Sonic kembali ke Kuala Lumpur kerana komitmen kerja. Namun dia tidak menyangka itu adalah kali terakhir mereka berdua akan bertentang mata.
“Saya baru je tinggalkan ayah. Dia nampak okay. Tapi tak lama lepas tu, mak telefon dan beritahu ayah dimasukkan semula ke hospital.”
“Saya baru je tinggalkan ayah. Dia nampak okay. Tapi tak lama lepas tu, mak telefon dan beritahu ayah dimasukkan semula ke hospital.”
Tanpa membuang masa, beliau segera menempah tiket penerbangan ke Kapit, Sarawak. Namun, takdir mendahului segalanya. Sebaik pesawat mendarat di Sibu, deretan mesej takziah mula membanjiri skrin telefon yang baru diaktifkan. Dunia seakan gelap.
“Saya menangis dalam kapal terbang, waktu pesawat belum berhenti pun lagi. Dalam perjalanan ke Kapit, saya langsung tak bercakap. Saya cuma menangis…”
Namun, Allah tetap mengizinkan satu pertemuan terakhir yang penuh makna. DJ Sonic sempat memandikan jenazah ayahnya dan memeluk tubuh kaku itu buat kali terakhir. Momen yang menjadi pengubat jiwa walau luka masih berdarah.
Dua minggu selepas pemergian ayah, dia membuat keputusan untuk berhenti bersiaran buat sementara. Dunia hiburan memerlukan emosi yang stabil, sedangkan hatinya ketika itu hancur lebur.
“Saya tak mampu paksa diri untuk gembira. Saya masih menangis, saya masih rindu…”
Tanpa sedar, kesedihan yang tidak diungkap membawa kepada krisis kesihatan mental. Sekitar Jun dan Julai 2024, DJ Sonic mula mengalami kemurungan dan gangguan kebimbangan (anxiety) yang serius.
Berat badan turun mendadak, dan dia tidak mampu bekerja selama sebulan. Demi mencari ruang untuk pulih, dia pulang ke Kuching dan dijaga adiknya, satu keputusan yang menyelamatkan jiwanya.
Hampir setahun menyimpan semua luka dalam diam, DJ Sonic akhirnya membuka ruang untuk sembuh sepenuhnya. Pada 3 Ogos lalu, beliau menyertai sesi terapi dan healing bersama Dr Hisham Dzakiria, tokoh terkenal dalam bidang kesihatan emosi.
“Itulah kali pertama saya betul-betul luahkan segalanya tentang kehilangan ayah. Saya menangis lebih sejam, bukan hanya sebab rindu, tapi sebab rasa bersalah. Saya terlalu sibuk dengan kerja. Saya jarang telefon, jarang tanya khabar…”
Dr Hisham membantu beliau berdamai dengan emosi yang bercelaru, mengajak DJ Sonic untuk menukar rasa bersalah itu menjadi penghargaan terhadap kasih yang pernah wujud. Menangis bukan kelemahan, sebaliknya satu bentuk cinta yang mendalam.
“Doktor kata, tak salah menangis. Tapi jangan jadikan kenangan itu beban. Jadikan ia satu penghormatan.”
Kata-kata itu membuka pintu kesedaran dalam hati DJ Sonic. Lagu-lagu yang dulu menjadi terlalu pedih untuk diputarkan di udara, kini menjadi irama penghargaan. Setiap siaran adalah tribut kepada insan yang pernah membesarkannya.
Kini, meskipun masih dalam proses rawatan, DJ Sonic sudah mampu menjejak semula dunia yang pernah ditinggalkan. Semangatnya lebih stabil, jiwanya lebih bersedia.
“Healing bukan satu destinasi. Ia satu perjalanan. Dan dalam setiap langkah saya, ayah tetap ada — sebagai kekuatan, sebagai cahaya.”
Dalam gelak tawa yang mengisi udara konti, terselit sebuah kisah kehilangan. Dan dalam setiap bait lagu yang diputarkan, ada cinta seorang anak yang tak sempat mengucap selamat tinggal, tetapi tidak pernah berhenti merindui.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hati seorang ibu akhirnya luluh… selepas tiga hari menanti dalam doa tanpa henti, jasad anak lelaki kesayangannya, Nik Zariff Maliqi Qausar Nik Sulaiman, 12, ditemui terapung di Sungai Delong, Dungun, pagi semalam.
Kanak-kanak yang juga murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Delong itu dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu selepas dibawa arus deras ketika mandi bersama empat rakannya sekitar jam 5.45 petang.
Tular di media sosial Yusliza memanjatkan doa untuk jasad anaknya timbul dipermukaan sungai sambil usaha pihak berkuasa giat dijalankan untuk mengesan mangsa.
“Naiklah abang, tolonglah timbul abang, ibu tunggu abang balik… Ya Allah, andai doa seorang ibu tiada hijab, timbulkanlah anakku,” demikian doa penuh sebak Yusliza Jusoh, 45, ibu kepada Nik Zariff Maliqi Qausar Nik Sulaiman, 12 tahun.
Yusliza yang duduk di tebing sungai tidak putus-putus menangis sambil berdoa supaya Nik Zariff yang juga anak ketiga daripada lima beradik itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat dengan segera.
Ketika ditemui, Yusliza berkata, luluh hatinya sebaik mendapat panggilan memaklumkan anaknya itu dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai itu, petang kelmarin.
Pengusaha kantin itu berkata, dia tidak menyangka anaknya mandi di sungai itu kerana dia dan suaminya, Nik Sulaiman Nik Ismail, 48, melarang keras anaknya ke sungai.
Katanya, sebelum kejadian, Nik Zariff memberitahu mahu keluar bermain bersama rakan-rakannya.
Yusliza berkata, Khamis lalau dia menyedari anaknya itu banyak termenung dan apabila ditanya dia hanya menjawab tiada apa-apa.
“Saya dimaklumkan penduduk ada ternampak anak ke sungai itu sehari sebelum kejadian, namun penduduk berkenan melarangnya mandi dan menyuruhnya pulang,” katanya.
Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir, mayat mangsa ditemui kira-kira 700 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas, pada jam 8.25 pagi.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut,” katanya.
Yang lebih meruntun jiwa, jasad Nik Zariff ditemui timbul tidak lama selepas ibunya, Yusliza Jusoh, 45, berdoa di tebing sungai. Dengan air mata yang tak pernah kering, doa seorang ibu akhirnya menemukan jasad anak yang pergi terlalu awal.
Nik Zariff merupakan anak ketiga daripada lima beradik. Pemergiannya bukan sekadar meninggalkan kekosongan di rumah, tetapi juga meragut sebahagian jiwa seorang ibu yang membesarkannya dengan penuh kasih sayang.