Dalam keadaan ekonomi yang menyesakkan dada, membuat tabungan satu hal yang perit. Lagi-lagi mak ayah yang jenis pendapatannya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Banyak-sikit manapun pendapatan, mak ayah kena belajar menabung.
Siapa kata orang pokai tak boleh menabung. Belajar dulu cara-caranya, jangan cepat sangat mengeluh mak-mak. Mengeluh, putus asa semua itu hasutan syaitan. Lagi banyak kita menyeluh lagi seronok ‘makhluk api neraka’ itu.
Jom mak ayah, kita belajar berdikit-dikit macam mana yang dikatakan menabung cara orang pokai itu. Kalau anda sejenis mak ayah yang banyak duit, jangan kecam tip ini. Ini khas untuk new bie yang baru nak membuat tabungan.
Cara Orang Pokai Buat Tabungan
1. Buat Senarai Hutang, Bil, Langsaikan Satu Persatu
Mak ayah catatkan dekat kertas hutang dan bil bulanan anda satu persatu (jangan ada yang tertinggal). Mana hutang yang perlu diselesaikan dulu, selesaikanlah. Contoh: Hutang rumah, kereta, upah pengasuh, duit minyak, bil api air, Internet, telefon.
Jika ada senarai kehendak, catatkan sebagai ‘Duit Khas’. Buat simpanan. Jangan tambah hutang. Sekatlah keinginan itu. Jangan layan nafsu membeli.
Ini penting. Anda perlu hadkan hutang biar paling kurang cuma dua, contoh hutang rumah dan kereta.
Ads
Ia akan ambil masa untuk anda langsaikan satu persatu tapi perlu konsisten menyelesaikannya. Mengelak dari membayar cuma akan membuatkan anda menambah ‘bunga’. Dan ini tak bagus untuk tabungan mak ayah. Keywordnya: JANGAN TAMBAH HUTANG.
2. Seringgit Sehari Buat Sampai Hujung Tahun
Katakan tak mampu sangatlah nak menyimpan. Buka dompet, tengok ada berapa banyak duit seringgit dalam dompet. Keluarkan dan masukkan dalam tabung.
Simpan dan lupakan. Esok tengok lagi, berapa banyak duit seringgit yang ada. Keluarkan dan masuk dalam tabung. Buat sampai hujung bulan. Asingkan dekat satu tempat dan jangan sentuh.
Lakukan langkah yang sama untuk bulan seterusnya. Tengok hasilnya sampai hujung tahun. Bila dah selesai setahun, buka tabung dan tengok hasilnya. Anda pasti terkejut. Keyword: SIMPAN & LUPAKAN.
Ads
3. Tukar Duit Jadi Emas
Bila duit simpanan sebulan dah ada di tangan. Tengok berapa hasilnya. Google harga emas 1 gram berapa? Tukar simpanan kepada emas gold bar 1 gram. Ini salah satu cara nak bagi anda tak guna duit simpanan yang ada.
Ada lagi cara lain yang anda boleh guna. Duit simpanan tahunan yang anda ada itu, tukarlah dengan emas 916 yang boleh beli di kedai. Beli dan pakai. Tak rugi pun sebab harga emas tak turun. Berguna nanti bila keadaan benar-benar mendesak.
Lagipun, kalau dah jadi bentuk emas, mak ayah nak pecahkan jadi ringgit pun malas. Pasti anda akan usahakan cara lain cari duit selagi ada daya. Keyword: JADIKAN EMAS.
4. Jangan Buka Shopping Online
Sekarang ini mudah sangat nak bershopping. Lazada lah, shoppe lah.. semua itu hujung jari saja. Itu belum masuk godaan di Facebook dan Instagram, isk.. tak kuat iman memang boleh terbelilah.
Ads
Sebab itulah kena sekat keinginan. Beli yang betul-betul perlu saja. Kalau ada barang-barang masih elok dalam rumah itu, rasa-rasa tak nak pakai dah cepat-cepatlah tolak dekat mudah.my tu.
Nanti bila dah lama-lama harga dia pun jatuh. Duit jualan tu. Simpan dalam tabungan. Jangan pula buat joli shopping online. Keyword: BELI YANG PALING…PALING…PALING PENTING SAJA
5. Kad Kredit Tu Perangkap Hutang Sebenarnya
Kalau tak pakai, susah juga. Ini penyelamat di kala sesak. Ingat! Penyelamat di kala sesak saja ya. Bila tak sesak, janganlah guna. Sayangnya, waktu tak sesak itulah nak gunakan juga kad kredit.
Alasan, tak nak pegang cash. Kad kredit akan mencipta hutang. Rujuk semula tip no. 1. Kita kena kurangkan hutang. Sebab itu, pegang saja cash yang anda perlukan untuk hari itu.
Percaya atau tak, anda sebenarnya boleh buat sistem sampul. Iaitu bawa duit ikut jumlah yang anda perlukan saja. Memang ini cara orang kedekut, tapi sebenarnya inilah juga cara orang pokai. So, apa ada hal kan.. Anda sorang je yang tahu, ya tak?
Tak perlu bawa secara berlebih-lebihan. Ia akan mengundang perbelanjaan di luar jangkaan. Keyword: KAD KREDIT GUNA CUMA KALA SESAK
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai yang mengetahui bahawa tandas bersih amat sukar didapati di India dan kadar jenayah seperti kes rogol cukup tinggi di sana. Namun, berita baik buat golongan wanita di India apabila mendapat akses tandas awam bersih dan selamat digunakan di negara tersebut apabila, atas inisiatif menjadikan bas lama kepada kemudahan ini.
Golongan wanita di India menganggap tandas awam yang bersih sebagai kemudahan ‘berharga’ kepada mereka.Bagi pelajar kolej, Suvarna Dongare, dia amat terkejut selepas melihat tandas wanita berwarna merah jambu kini disediakan di sebuah taman awam di barat India, salah satu daripada beberapa kemudahan yang terdapat di bandar Pune.
“Tandas itu sangat selesa dan saya rasa selamat untuk menggunakannya,” kata Dongare, 18.
Perkhidmatan tersebut hanya mengenakan bayaran 5 Rupee (30 sen) kepada mana-mana wanita dan bukan hanya untuk melepaskan ‘hajat’ malah untuk golongan ibu yang mahu menyusukan bayi mereka atau membeli tuala wanita.
Dilengkapi 12 Tandas Mudah Alih
Projek Ti Toilet, bas yang diubah menjadi tandas dan dilancarkan pada 2016 itu adalah hasil cetusan idea Ulka Sadalkar dan Rajeev Kheer. Ia dilengkapi 12 tandas mudah alih dan secara purata digunakan lebih 200 wanita pada setiap hari.Bas tersebut juga menggunakan tenaga solar sebagai sumber kuasa.
Menurut Sadalkar, mereka menjalankan perniagaan sanitasi mudah alih itu sebagai sebahagian daripada projek untuk meningkatkan kebersihan di bandar terbabit.
“Kami percaya golongan wanita berhak mendapat tandas yang bersih dan selamat kerana ia adalah hak asas mereka,” katanya sambil menambah mereka merancang untuk membuka 1,000 tandas yang turut dilengkapi set TV dan monitor suhu di seluruh India dalam tempoh lima tahun akan datang.
Wanita Sukar Dapat Akses Tandas Bersih & Selamat
Sementara itu, Manisha Adhav, 40, yang mengendalikan salah satu daripada tandas tersebut berkata, beliau sangat berbangga kerana dapat melakukan sesuatu untuk golongan wanita.
“Ada yang datang dari jauh kerana sukar mendapatkan tandas awam di sekitar kawasan ini. Mencari bilik air bersih di tempat awam bukan perkara mudah ketika waktu kecemasan. Kami cuba mengubah perkara itu,” kata Adhav lagi.
Beberapa pakar berpendapat kekurangan bekalan air dan elektrik akan menjejaskan usaha India untuk membina jutaan tandas sebagai sebahagian daripada program ‘India Bersih’ yang dilancarkan Perdana Menteri, Narendra Modi.
Kerajaan negeri bergelut untuk mengekalkan perkhidmatan tandas awam yang biasanya tidak diselenggara dengan baik dan terlalu kotor malah hanya digunakan oleh golongan lelaki hingga mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan wanita.
Oktober lalu, Modi turut mengisytiharkan India sebagai sebuah negara bebas membuang air secara terbuka dan 600 juta penduduk akan diberikan akses tandas.
Cabaran mendidik anak-anak pada zaman sekarang teramat besar. Lebih-lebih lagi dengan teknologi yang serba canggih ini.
Jangan ingat, dengan mengawal anak-anak untuk berada di rumah sepanjang masa, mereka ‘terselamat’ daripada segala perkara negatif yang kita rasa hanya berada di luar rumah saja.
Gadjet
Mak ayah zaman sekarang kena tahu, di dalam bilik pun macam hal boleh jadi selagi di tangan ada telefon bimbit atau gajet yang membolehkan mereka melayari internet! Kalau tak, takkan terjadi kes anak lari dari rumah ikut teman lelaki yang dikenali di laman sembang online sedangkan sepanjang masa berkurung dalam bilik!
Tanyakan kepada mak ayah, pasti rata-rata bersetuju, terlalu sukar untuk mendidik anak-anak zaman sekarang. Sebab itu, ada masanya perlu bersikap tegas dan garang dengan anak-anak. Tak bermakna kalau kita garang, kita tak sayang anak.
Tapi ini semua dilakukan demi untuk mendidik dan membimbing anak-anak di landasan yang betul. Pukul anak, bukan nak menyakiti, tapi untuk bagi pengajaran. Marah anak bukan benci, tapi nak menasihati!
Siapa Lebih Garang?
Siapa lebih garang dalam mendidik anak-anak? Selalunya orang cakap, ayah yang lebih garang. Kalau depan ayah, anak tak berani nak membantah. Baru berdehem, anak dah kecut. Berbeza kalau dengan mak. 10 kali suruh solat pun belum tentu angkat punggung! Namun ada juga si ibu yang lebih garang dalam mendidik berbanding si ayah yang lebih ‘cool’ dan tenang.
Walau bagaimana pun, ada juga ibu bapa yang tidak bersetuju mendidik anak dengan sifat garang kerana kata mereka zaman sudah berubah. Nak didik anak-anak perlu gunakan pendekatan psikologi, lebih berkesan kata mereka. Dah tak relevan corak corak didikan garang dan tegas dengan anak-anak sekarang. Betul ke?
Ikuti kupasan lanjut berkenaan topik “Ibu Atau Ayah, Siapa Yang Garang” di dalam Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 esok, jam 11 pagi hingga 12 tengah hari bersama hos Siti Elizad, Erra Fazira dan Norman Hakim, serta tetamu-tetamu istimewa yang akan diundang ke studio.
Sekiranya ingin berkongsi pengalaman, pendapat atau persoalan berhubung topik ini, bolehlah menghubungi talian Teman Wanita Anda di 03 89389647 atau komen terus di ruangan komen yang disediakan. Jangan lupa temu janji kita esok ye!
Tak boleh hamil sekarang namun Ayda Jebat teringin anak kedua. Begitulah yang diluahkan oleh pelakon Ayda Jebat tentang perancangan untuk menambah cahaya mata.
Ayda dan suami, Nabil Mahir telahpun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ana Nayla yang akan mencecah usia setahun September ini.
Tak Boleh Hamil Sekarang
Seperti mana ibu yang lain, Ayda yang begitu penyayang dengan anak sememangnya mahukan anak kedua secepat mungkin namun dek kerana semsa melahirkan anak sulungnya Ayda melalui pembedahan dia terpaksa menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya jarak dua tahun dengan kelahiran Ana Nayla.
“Saya bersedia bila-bila masa saja, kalau boleh nak sekarang.
“Begitupun, saya tidak boleh hamil buat masa sekarang. Sebab kelahiran Ana Nayla melalui proses pembedahan jadi memang kena tunggu dahulu sebelum boleh hamil sekali lagi,” katanya seperti mana dipetik di Astro Gempak. ‘
Hampir 2 Tahun Berehat
Ayda menyambung, hampir dua tahun Ayda berehat kerana mahu melihat anaknya membesar.
“Bukan apa, saya dah lama tak shoot.
“Dengan Ana Nayla pun hampir dua tahun berehat kerana mahu lihat dia membesar dahulu.
“Jadi kalau nak tunggu anak kedua selepas kembali bekerja akan memberi sedikit kesukaran, sementelah saya pula tak suka bekerja ketika hamil,” katanya.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...