Alhamdulillah, akhirnya niat ibu untuk membina masjid menggunakan wang pampasan arwah anaknya sekeluarga yang terlibat dalam tragedi MH17 menjadi kenyataan.
Masjid Al-Ghazali dibina bagi memperingati arwah kakak Sumardi Ghazalee, sekurang-kurangnya dengan terbinanya masjid ini menjadi bekalan akhirat buat arwah sekeluarga. Al-fatihah.
Ibu Arwah Berniat Bina Masjid Guna Wang Pampasan
“Masjid Al-Ghazali di Jalan Depo di Petra Jaya, dibiayai sebahagian besarnya menggunakan semua wang pampasan enam sekeluarga menjadi mangsa tragedi pesawat MH17,” ujar Sumardi Ghazalee.
Dia adalah adik bongsu arwah Ariza Ghazalee yang terkorban bersama suami, Tambi Jiee serta empat anak mereka, Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13.
Dalam tragedi MH17 itu, Tambi Jiee yang juga jurutera petroleum dalam perjalanan pulang menaiki pesawat itu bagi menyambut Aidilfitri selain berpindah tugas dari Astana, Kazakhstan ke Kuala Lumpur.
Niat Ibu Gunakan Pampasan Untuk Membina Masjid
Menurut Sumardi, sebenarnya ibu mereka, Jamilah Noriah Abang Anuar yang mencadangkan pembinaan masjid itu menggunakan wang pampasan insiden berkenaan.
“Syukur alhamdulillah, hasrat ibu kami yang mahu menggunakan wang pampasan disalurkan kepada perkara yang memberi manfaat kepada semua arwah sudah kami tunaikan.
“Masjid berwarna kelabu itu dibina dengan kos sebanyak RM3.5 juta dengan sebahagiannya menggunakan semua wang pampasan diterima sebelum ini,” katanya.
Ads
Dia memaklumkan, mereka sekeluarga berbincang dan sebulat suara bersetuju membina masjid itu walaupun kos melebihi pampasan diterima.
Bagi memastikan dana mencukupi, Sumardi sekeluarga turut menerima sumbangan daripada orang awam yang berinfak dan mewakafkan serta sumbangan daripada Kerajaan Sarawak.
Selepas semuanya berjalan lancar dan pembinaannya siap mengikut jadual, Masjid Al-Ghazali telah dibuka kepada orang awam, bermula 13 Mei tahun lalu.
“Ibu gembira, kami sekeluarga pula lega kerana hasrat untuk membina masjid sebagai memperingati arwah kakak sekeluarga akhirnya terlaksana setahun yang lalu,” katanya.
Masjid serba moden yang mampu memuatkan sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa itu adalah hasil reka bentuk Sumardi sendiri yang juga seorang arkitek.
Ads
Masjid Yang Dibina Menjadi Persinggahan
Sumardi yang kini pengerusi masjid berkenaan berkata, sejak dibuka masjid yang terletak di tepi jalan yang menjadi laluan utama dari kawasan Semariang ke Jalan Tun Abdul Rahman Yakub sering menjadi persinggahan pengguna jalan raya untuk menunaikan solat.
Menurutnya, bagi mengimarahkan lagi Masjid Al-Ghazali, pihaknya berhasrat untuk membina sebuah dewan berdekatan masjid itu namun kini hasrat itu tertangguh berikutan kekurangan dana.
“Dewan yang kami rancang itu akan menjadi tempat untuk upacara akad nikah serta aktiviti lain yang bermanfaat untuk semua.
“Berikutan kekangan kewangan, kami mengharapkan agar ada pihak sudi bekerjasama menyalur sumbangan untuk kita membina dewan yang akan mengimarahkan lagi masjid ini,” katanya.
Menurutnya lagi, mereka turut bersyukur kerana hasrat untuk menjadikan masjid itu sebagai tempat untuk solat Jumaat mendapat perkenan Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais).
“Sudah lebih sebulan kebenaran itu diberi dan kini sudah empat Jumaat, Masjid Al-Ghazali digunakan untuk solat Jumaat,” katanya.
MW: Semoga dengan terbinanya Masjid Al-Ghazali menjadi bekalan akhirat buat Tambi Jiee sekeluarga. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka. Amin.
‘Penghijrahan’ Aaron Aziz “Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmah” begitulah yang diluahkan pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz apabila berbicara kepada ‘penghijrahan’ dirinya sejak beberapa tahun lalu.
‘Penghijrahan’ Aaron Aziz
Pelakon yang berasal dari Kota Singa dan kini menceburi bidang perniagaan berasaskan wangian menerusi jenama The Oud by Aaron Aziz mendedahkan tentang titik tolak ‘penghijrahan’ nya.
“Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmah. Pada umur sekarang juga saya sudah melalui beberapa peringkat kehidupan.
“Sebagai manusia penting untuk setiap keputusan dalam hidup kita bukan sekadar membawa kita ke arah kebaikan tetapi juga bagaimana ia memberi manfaat kepada mereka yang berada disekeliling kita.
“The Oud by Aaron Aziz bukan sekadar perniagaan tetapi dalam masa yang sama adalah amanah untuk saya,” katanya apabila ditanya tentang permulaan ‘penghijrahan’ dirinya.
Bukan Satu Bentuk Trend
Malah bapa kepada tiga orang cahaya mata itu turut menegaskan penghijrahannya itu bukan sebagai satu bentuk trend.
“Semua orang juga mempunyai peluang untuk berubah mendekatkan diri kepada agama. Jadi mengapa kita perlu mempersoalkan niat baik seseorang. Seharusnya ini perlu dilihat sebagai sesuatu yang positif.
“Kalau perkara ini mampu mewujudkan lebih banyak kesedaran, saya anggap ia adalah sesuatu yang baik,” sambung Aaron.
Terkesan Dengan Pandemik Covid-19
Seperti yang dinyatakan juga, Aaron akui seperti mana insan lain dia juba turut terkesan dengan penularan pandemik Covid-19.
“Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kebanyakan kita tidak boleh bekerja dan sebagainya. Saya sendiri melalui perkara yang sama.
“Mujur pada waktu itu The Oud by Aaron Aziz sudah berada dalam pasaran dan kami menggunakan peluang membuat jualan secara atas talian.
“Pertama, The Oud by Aaron Aziz bukan wangian biasa. Selalunya wangian ini kita boleh dapat di Tanah Suci Makkah dan sebagai antara mereka yang terpilih untuk ke sana beberapa kali, saya memang jatuh cinta dengan wangian ini ketika pertama kali mencubanya.
“Namun, yang menjadi masalah adalah sukar untuk mendapatkan wangian ini dalam pasaran tempatan, sebab itu saya bangunkan The Oud by Aaron Aziz.
“Bukan sahaja untuk saya tetapi mereka yang mungkin menyukai bauan ini tetapi pada masa yang sama sukar untuk mendapatkannya.
“Paling penting, walaupun harga produk ini jauh lebih murah tetapi saya tidak pernah memandang enteng soal kualiti,” luahnya.
Rita Rudaini “sekolahkan” lelaki mulut jahat kaitkan kejayaan anak dengan soal DNA. Baru-baru ini, anak sulung Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, yang kini belajar di Maktab Rendah Sains Mara Sungai Besar (MRSM SUBES) berjaya memecahkan rekod berusia 20 tahun dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024.
Rita Rudaini “Sekolahkan” Lelaki
Kejayaan dicipta Airit Rayyan ini dilihat amat membanggakan. Apa tah lagi anak sulung kepada pelakon ini turut cemerlang dalam pelajaran apabila memperoleh pointer 3.99 dalam peperiksaannya.
Ramai wanita di luar sana yang bangga dengan diri Rita Rudaini yang dilihat berjaya membesarkan anak-anak dengan sempurna tanpa seorang lelaki di sisi. Dari anak-anaknya kecil, dirinya sering berkongsi momen istimewa bersama anak-anak. Tidak hanya Airit Rayyan tetapi seorang lagi anaknya, Airit Qaqa Arjuna, 13 juga dilihat sama-sama aktif dalam sukan.
Kaitkan Kejayaan Anak Dengan Soal DNA
Baru ini dilihat Rita agak emosi kerana sebuah portal dilihat sengaja mengaitkan DNA bekas suaminya yang juga seorang pemain bola sepak dengan kejayaan anak-anak dalam bidang sukan sedangkan dirinya yang bertungkus lumus membesarkan dua anaknya seorang diri.
Tidak habis dengan isu portal ini, masih ada lagi lelaki yang bermulut jahat turut mengaitkan kejayaan anak-anaknya adalah kerana DNA. Tidak berdiam diri, Rita berkongsi komen tersebut di insta stories miliknya dan menyekolahkan lelaki tersebut.
@anasmart76 “bersyukurlah ada DNA bapak dia. Kalau tak dak DNA bapak dia, tak menjadi budak tu.
Melihat hal ini, Rita bangkit dan menyekolahkan lelaki tersebut kerana dirinya lebih tahu dan sudah melalui jerih membesarkan anak-anak seorang dirinya. Selepas anak-anak meningkat remaja dan cemerlang dalam pelajaran dan sukan, ramai yang over claim.
Tulis Rita, ” Ooo macam tu ek. Kalau DNA bapak ko bapok, kau jadi bapok jugak la kan? Mak kau pun tak boleh buat apa sebab DNA bapak kau bapok. Correct meif im wrong.
Di insta storiesnya juga Rita turut menulis ” Tu lah..bila aku bersuara, kata aku mulut jahat.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Filem Mat Kilau ini sedang trending di mana-mana. Perkongsian pelakon Nur Fazura yang memuji kegigihan suaminya, Fattah Amin menjiwai watak ‘Awang’ begitu menjentik rasa.
Ini kerana, ketika penggambaran filem epik sejarah ini, pasangan pelakon popular ini baru saja disatukan menjadi suami isteri. Bila mana, sudah ada permata hati, Nur Fatima Aisya barulah filem ini ditayangkan di panggung.
Maklum Fazura lagi, walaupun suaminya itu terpaksa berendam dalam sungai sehingga jam 3 ke 4 pagi. Demi menghidupkan lakonannya, Fattah Amin tetap gembira.
Lagi sweet bila mana, akui Fazura suaminya itu tetap tenang walaupun sedang kepenatan yang teramat.
Pukul 3 Ke 4 Pagi You Masih Dalam Sungai
Kongsinya Fazura di instagramnya :
Hi sayang,
Ingat tak masa you shoot cerita ni, kita baruuuu je kahwin. Ingat juga tak masa tu I punya risau kat you sebab banyak betul scenes yang buat I fikir macam-macam kat rumah, especially masa pukul 3-4 pagi you masih dalam sungai.. ada buaya ke? I asked.. you boleh ketawa je. But you being you.. always calm walaupun I tahu you penat gila, tak cukup tidur semua pun ada.
You were so passionate when given this role from the beginning, even more than any roles you ever played. So, memang I tunggu nak tengok filem ni. Best ke tak ni?
Well, let me just say that I’m in awe of it all. Your persembahan as “Awang” dalam filem ni dah letak you on another level as an actor. You have proven time and time again that you are incredibly talented!
Your talent, perseverance, humility and hardwork are truly admirable to me, so to say that I’m proud is an understatement. I’m so happy you get to also use your silent “Silat” skills for a good cause — something that you dreamed of doing for a long time.
Syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala-galanya. Congratulations my love. I look forward to seeing more of your achievements in the days to come.. here by your side always.. mudah-mudahan.. Amin!
Saya cinta kamu. @fattahaminz
Love, your super sweet wife.
Malah, ketika tayangan perdana filem Mat Kilau Fazura turut hadir sebagai tanda sokongan kepada kerjaya suaminya itu.
Menariknya tentang filem ini, baru 4 hari ditayangkan kutipan tiketnya sudah pun mencecah RM12 juta.
Mingguan Wanita :Tersuka tengok pasangan suami isteri ini, tenang dan relaks saja. Tahniah! Fattah Amin yang bukan biasa biasa seni lakonnya.
Lavender bakery akui tiada sijil halal tapi guna bahan halal & patuh standart HACCP. Baru-baru ini, Lavender Bakery tampil memberikan penjelasan rasmi susulan dakwaan...