anak kecil

Hanya mak-mak yang ada pengalaman ini, ber ‘me time’ dengan anak kecil walau kadang tak cukup tangan nak buat semua benda.

Ini masuk musim cuti sekolah, lagilah mak-mak kalut ribut di rumah. Nak fikir menu anak, nak kemas rumah, lepas tu kejap-kejap jadi ‘tarzan’!

Allahu, moment inilah yang akan mak-mak rindu bila anak-anak dah masuk dunia remaja. Tambah pula kalau mereka dah masng-masing berumah tangga, maka bersyukurlah walau penat.

Seperti kisah ibu anak sembilan ini, Puan Juriah Halimatun Ahmad sangat menghargai detik bersama anak-anaknya yang masih kecil. Kalut ribut dalam sehari itu biasa, tapi sebab hadap telatah anak-anak sendiri nanti di penghujungnya pasti rasa manis.

Nah, jemput baca.

Tak Lama Pun, Masa Dengan Anak Kecil Ini Cuma Kejap

Tengahari tadi hantar anak-anak solat jumaat. Bila si ayah outstation, memang mama fatim la kena hantar. Si baby tidur. Lagi dua kecil menonton tv.

Ermm , baru terasa sedikit lega. Hilang sekejap riuh rendah macam pasar tadi .

IKLAN

Bila rumah dah senyap, tiba-tiba tak reti pula mama fatim nak buat apa.

Barangkali sebab dah terbiasa sibuk dengan kebisingan anak, sibuk dengan kalut sentiasa, dengan segala macam hal, jadinya sudah terbiasa pula mama fatim buat kerja dalam keadaan begitu .

Memang banyak kerja-kerja rumah, cuma selalunya suara anak-anak yang riuh rendah sebenarnya pada mama fatim ibarat muzik yang mendendangkan irama rancak yang memberi semangat untuk bekerja.

Begitu lah, bila anak -anak ‘terover’ bising, mama fatim jadi kelam kabut. Semangat terlebih semacam, yang ini nak buat, yang itu pun nak buat . Semuanya seperti nak buat sekaligus.

Bila jadi macam tu, terasa down pun ada, terasa nak ‘me time’ pun ada. Sebab tak semua perkara dapat diuruskan sekali harung.

IKLAN

Macam itu lah anak-anak . Menjadi penghibur no 1 keluarga. Cuma kadang-kadang perasaan kalut sendiri je yang terasa, sebab mulalah seperti tak cukup masa.

Waktu anak-anak kecil beginilah, perlu kita ber ‘me time’ dengan mereka. Waktu ini lah muka mereka comel, innocent, penuh ceria tiada duka dan nestapa. Masalah pun tiada, ‘happy hour’ sentiasa.

Dah besar nanti , mereka seperti kita. Cantik atau hensem sahaja yang ada. Tidak ada lagi muka kiut miut , telatah dan lawak jenaka.

Mungkin muka mereka berkerut sentiasa, memikirkan masalah mereka pula.

IKLAN

Allah… betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan. Kita saja yang kadang-kadang lupa, kan?

Anak Itu Amanah

Allah bagi kita anak-anak sebagai amanah, untuk dididik menjadi ‘orang’, bukan hanya menjadi ‘orang-orang’.

Bila tiba waktu hilangnya segala irama suara anak-anak di rumah, waktu itulah kita mula rindu dengan suasana yang pernah ada.

Itu lah anak-anak. Waktu riuh rendah mereka di rumah tu, rasa nak tenyeh pun ada. Bila tak ada , rindu pula. Yang pasti, Saat hilangnya mereka dari rumah nanti akan tiba juga.

Moga kita sebagai ibu-ibu dapat bersyukur sangat dengan kehadiran mereka .

Dan dapat bersabar sebanyak-banyaknya. Kawal emosi dengan sebaik-baiknya ye!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI