Dalam Negara

Mayat 6 Sekeluarga Hilang Ditemui Dalam Sungai Korok, Anak Sulung Bergelar Yatim Piatu

Share
Mayat 6 sekeluarga hilang ditemui dalam Sungai Korok, anak sulung bergelar yatim piatu. Misteri kehilangan enam beranak, Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka berusia enam bulan hingga sembilan tahun sudah terjawab apabila sebuah kereta ditemui dalam Sungai Korok.

Selaman dari  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia awalnya menemui plat Proton Saga dipandu pasangan ini iaitu KAR 9511 sebelum kenderaan ditarik ke atas.

Mayat 6 Sekeluarga Hilang Ditemui Dalam Sungai Korok

Enam sekeluarga yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemukan dalam kereta Proton Iswara yang tenggelam di Sungai Korok, pagi ini.

Setakat ini operasi mengangkat m*yat keenam-enam sekeluarga itu sedang dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.

Enam mangsa terbabit adalah pasangan suami isteri dan empat anak mereka yang berusia enam bulan hingga 9 tahun.

Ahli keluarga yang berada di lokasi dilihat menangis ketika jasad mangsa diangkat seorang demi seorang.

Kehilangan Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka berusia enam bulan hingga sembilan tahun itu disedari apabila tidak pulang ke rumah di Jerlun selepas bermalam di rumah ahli keluarga yang lain di Taman Aman di Jitra. Difahamkan anak sulung pasangan berusia 12 tahun tidak mengikut sama di dalam kenderaan ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan pasangan suami isteri bersama empat anak mereka. Kredit::- Harian Metro.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

Published by
Almaswa Haji Che Ros