Mawar Rashid Umum Berhijrah, “Cantik Sangat Berhijab & Semoga Istiqamah” Puji Warganet

Share

Pelakon yang juga berstatus ibu muda, Mawar Rashid telah mengumumkan penghijrahannya malam tadi.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Mawar Rashid memohon agar semua mendoakannya untuk terus istiqamah dengan penghijrahannya.

Waktu Mengandung Inilah, Mawar Rashid ‘Dream Big’ Dalami Kelas Mengaji Al-Quran

Inilah Jodoh ‘Mr. Right’ Saya – Mawar Rashid

Doakan Mawar

Menerusi perkongsian tersebut, Isteri kepada Raf Yaakob ini juga memuat naik foto dirinya berhijab penuh. Luah Mawar di entri tersebut;

“Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula.

“Doakan Mawar sentiasa beristiqamah untuk sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Aamiin”

Malah perkongsian Mawar itu juga mendapat komen pujian dari rakan artis dan juga warganet.

“Allahu, Subhanallah semoga kak Mawar sentiasa beristiqomah ameen, kak mawar cantek sangattt berhijab” azirah_zubedy

Makin Cantik

“masyaAllah Alhamdulillah congrats dear makin cantik&berseri2 mawar” w4w4_zainal

“Alhamdulillah ” ramonazamzam

Malah meninjau Instagram ibu kepada Raden Muhammad Rafael ini juga sebenarnya sudah mula bertudung sejak beberapa bulan lalu.

Tahniah diucapkan buat Mawar MW ucapkan dan semoga Mawar terus istiqamah dengan penghijrahan ini.

Selain Raden Muhammad Rafael sebelum ini Raf pernah berkahwin dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan, 8 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4.

Sumber/Foto: Instagram Mawar Rashid
Untuk pautan yang lebih menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

IKLAN