
Seorang bapa maut langgar belakang lori yang dikatakan berhenti di tepi jalan, tangisan kuat anak saat arwah dikebumikan undang sayu.
Walau sudah beberapa arwah pergi ke negeri abadi, namun masih ramai kenalan yang turut berdukacita dengan berita sedih dan memuji kebaikan bapa muda ini.
Bapa Maut Langgar Belakang Lori

Menurut sumber, Ahmad Nabil Adly yang berumur 36 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di Jalan Sri Petaling.
Kejadian malang yang menimpa anak pertama daripada enam orang adik-beradik ini berlaku sekitar pukul 1.00 petang, 4 Mac 2026. Ketika kejadian, arwah dikatakan dalam perjalanan pulang ke pejabatnya di Shah Alam selepas melakukan kerja site visit di Cyberjaya.
Almarhum dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian tubuh.
Jenazah kemudiannya telah dihantar oleh pihak polis ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.
Tangisan Kuat Anak Saat Arwah Dikebumikan Undang Sayu

Sebelum kejadian, ciuman sayang daripada arwah kepada isterinya menjadi detik yang akan dikenang sepanjang hayat.
Pengurusan keatas jenazah telah dilaksanakan oleh Mr Wan Chai Official selepas waktu berbuka puasa dan solat Maghrib. Isteri serta ahli keluarga turut diberikan peluang dan diajar cara untuk memandikan serta mengkafankan jenazah.
Sebelum jenazah disolatkan, isteri dan anak-anak diberi masa yang secukupnya untuk mencium wajah insan kesayangan buat kali terakhir.

Tangisan kuat daripada anak-anak arwah yang masih kecil membuatkan semua yang ada di situ turut bersedih.
Pada 12.00 tengah malam, setibanya di rumah, ahli keluarga tidak melepaskan peluang untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.
Alhamdulillah, jenazah almarhum selamat dikebumikan sekitar jam 1.00 pagi dengan bantuan pihak kariah dan pengurusan Tanah Perkuburan Islam Temoh.
Meninggalkan Empat Cahaya Mata

Almarhum meninggalkan empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama isteri tercinta iaitu 3 perempuan dan 1 lelaki bongsu. Anak sulung berusia 9 tahun, kedua 4 tahun, yang ketiga 1 tahun, dan yang bongsu berusia 6 bulan.
Pemergian Almarhum bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupan isteri, malah kepada anak-anak yang memerlukan kasih seorang ayah.
Hilang suami ibarat hilangnya sebahagian kekuatan seorang isteri.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh almarhum dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Sumber gambar: Laila Abidin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




