Rupanya dengan masukkan sedikit serbuk ‘Bicarbonate Of Soda’, kacang kuda yang dah direndam semalam akan cepat masak, empuk dan cantik kejadiannya. Bukan apa jika salah teknik rebus kacang kuda ni, ia lambat masak, keras dan tak empuk.Malah jika terlebih rebus, ia boleh ‘benyek’ dan hancur pula.
Boleh cuba petua dan cara rebus kacang kuda seperti yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.
Ini kali ke 2 rebus kacang kuda. Cepat dimasak, empuk dan cantik kejadiannya dari masak kali pertama bulan Ogos haritu.Dapat petua dari group ini juga cara-cara untuk merebus Kacang kuda. Terima kasih sahabat-sahabat.
Cara-Caranya:
1. Rendam setengah kilo kacang kuda semalaman.
2. Kemudian paginya cuci bersih, toskan, lalu masukkan ke dalam rice cooker.
3. Tambahkan air tapis hingga melepasi aras kacang.
4. On kan suis, masukkan setengah sudu teh serbuk ‘Bicarbonate Of Soda’ (untuk mempercepatkan kacang empuk).
5. Bila telah mendidih masukkan garam, gula dan serbuk kunyit, masak hingga kacang empuk.
6. Bila kacang telah empuk, Offkan suis periuk, angkat periuk dan tuang kacang ke dalam tapisan.
Mingguan Wanita: Bila nak rebus kacang kuda, boleh ikut tip yang dikongsikan ini.Masukkan serbuk bikarbonat of soda sikit, barulah ia cepat masak, empuk dan cantik kejadiannya!
Semua rumah tentunya mempunyai aircond. Maklum sahaja dengan cuaca yang tidak menentu dan lebih-lebih lagi rumah batu. Habanya waktu malam, hangat betul. Jangan hanya pandai guna dan pasang saja tanpa membersihnya.
Biasanya untuk bersihkan aircond perlu dalam tempoh 6 bulan. Jadi, kalau ada rasa aircond tak sejuk dan suhu bilik, hanya keluar angin sahaja. Itu maknanya, aircond anda perlu dibersihkan atau gas sudah habiis. Nak tak nak kenalah panggil tukang aircond.
Sebenarnya, kalau nak jimat tak perlu panggil orang untuk bersihkan sebab, kita sendiri boleh bersihkan. Kalau minta orang bersihkan dah tentu-tentu dalam tangan perlu sediakan duit dalam RM150 untuk upahnya.
Jadi, apa kata bersihkan sendiri seperti yang dikongsikan oleh Susun Atur Sioca. Mungkin boleh membantu anda.
Kulit telur mempunyai banyak khasiat yang tersendiri dalam menyuburkan tanaman. Daripada dibuang begitu sahaja,sebenarnya kita boleh hasilkan ‘Tepung Calcium’ daripada kulit telur ini. Ia dapat menguatkan akar, dahan, menyuburkan daun-daun dan mencantikkan lagi pokok-pokok di rumah. Namun ada caranya untuk menghasilkan’Tepung Calcium’ daripada kulit telur kisar ini.
Boleh cuba cara terbaik yang dikongsikan oleh Cikwan Redzuan Jelaniini sebagai panduan.
Cerita sini habis sini ye sedare!! Rahsia ní
Ni la sumber penting untuk tanaman, penguat akar, batang, dahan dan ranting. Bila akar kuat, dahan kuat baru lah pokok cantik, daun subur! Sebab pokok cukup makan.Sisa dapur je sedara. Lockdown, Pkp ni yang mana anak-anak ramai, seminggu sepapañ telur dah tentu habis.
Geng-geng organic sanggup beli/ mintak kulit telur ni kat kedai-kedai makan.Sekilo RM5 cengkerang yang belum diproses! Manakala yang dah siap proses kalau dapat harga bawah RM50 sekilo jangan mintak kurang. Beli je terus, sebab nak tunggu dia proses tu makan masa.
Sama macam benih durian belanda, kenapa mahal? Kena tunggu paling cepat 4 bulan baru dia tumbuh lepas disemai. 6 bulan baru dapat tinggi sekaki. Kebanyakkan orang yang tak sanggup tunggu, dia ingat benih durian belanda dia rosak, tak tumbuh-tumbuh katanya.
Tepung Calcium
12-14 papan kulit telur boleh menghasilkan sekilo tepung calcium. Bergantung pada gred/ ketebalan cengkerang tapi tak kisahlah sebab itu anggaran kasar je.
Ada yang pecahkan cengkerang tadi terus letak dalam pasu. Untuk pokok orkid, boleh je tak jadi masalah pun. Cuma penguraian semulajadi cengkerang tadi amik masa yang agak lama.
Saya pernah buat eksperiment cara macam tu. Tanam pokok lidah jin. Pecah-pecahkan cengkerang, letak dalam pasu, lapiskan dengan tanah, buat beberapa lapisan.
Selepas setahun pokok tumbuh dan penuh dalam pasu. Sewaktu keluarkan dari pasu, saya tengok majoriti akar membelit cengkerang tersebut. Seolah tak nak lepaskan cengkerang. “Ni aku punya” tak boleh share” gitulah keadaan akarnya.
Yang terbaik caranya;
1. Jemur cengkerang telur tadi sampai bebetul kering. Iaitu sehingga kulit telur berubah warna dari coklat keputihan.
2. Bila dah kering, kulit akan lebih rapuh dan senang untuk dipecahkan. Ramas-ramas je.krap krup krap.
3. Kalau kuantiti sikit, boleh tumbuk je dengan lesung batu. Kalau kuantiti banyak kena guna pengisar kering. Kalau ada yang heavy duty lagi baik.
4. Kisarlah sampai jadi tepung, halus mulus. Masukkan dalam bekas tulis nama dia “calcium pokok” simpan dalam stor kebun. Takut letak kat dapur orang ingat tu tepung gandum.Nayaaa.
Cara guna ada 2 kaedah:
1. Tabur terus ke tanah/ campurkan dengan tanah semaian.
2. Campur dengan air hujan/EM yang diperbuat dari buah buahan/sayuran dan peram sekurangnya 2 minggu dalam bekas yang bertutup. Sebelum guna, kacau sebatian dan tapis, ambil air baja ni tadi 10 ml dicampur dengan 1 liter air. Siram kat pokok.
Info Ekstra!
2 tahun diperlukan untuk cengkerang ni terhurai sepenuhnya.Tu kalau tak top up. Kalau selalu topup, tak kan habis la stok baja calcium ni sampai bila-bila selagi bertani.Dengan kenaikan kos input pertanian hampir 200% sekarang ni, kena ada alternatif lain untuk jimatkan kos!
Mingguan Wanita:Begini rupanya cara terbaik nak buat ‘Tepung Calcium’ dari kulit telur. Daripada dibuang begitu sahaja, boleh digunakan untuk kuatkan akar, dahan dan suburkan pokok-pokok yang kita tanam.Boleh cuba nanti.
Bila kepala paip dapur patah, rumit juga jadinya. Air meleleh dalam sinki. Sebelum nak panggil tukang paip, cuba tukar sendiri kepala paip ni. Tak lah susah mana, jika ikut langkah demi langkah yang dikongsikan ini. Malah lebih puas hati bila baiki sendiri dan jimat bajet.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Ridwan Safarini sebagai rujukan.
Minggu ni saya tukar paip sinki dapur dimana kepala flexible tak boleh naik lagi sebab dah patah.
Cara-Caranya:
1.Patah Kepala tak boleh naik lagi.
2. Tutup Stopcock
3. Longgarkan Screw Collar.
4. Guna Tools jika Perlu.
5. Macam ni.
6. Cabut Begini.
7. JIka ketat gunakan Tools utk buka Paip Air.
8. Dah terbuka.
9. bersih menggukan berus.
10. Sediakan Pipe Baru.
11. Longgarkan Screw collar ni . dan cabut dahulu leher pipe.
12.Balut pita Teflon ikut arah jam.
13. haa balut macam ni , dalam 20 – 30 pusingan.
14. Balut.
15. Masukkan dan pusing gunakan tangan.
16. Lapik kain atau Tisu tebal dan ikat secukup rasa, jangan memaksa. ngam ngam jer.
17. Bersih dan keringkan kawasan ini.
18. Lepas buka stopcock di paip utama, biarkan 5-10 minit dan periksa jika ada sebarang leaking.
19. Pasang semula leher kepala pipe, ikat srew semula.
20. Dah siap. Kepala paip boleh digunakan tanpa was was. Terima kasih.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan. Jadi jika kepala paip singki di dapur tu patah, cuba DIY sendiri dulu tak perlu panggil tukang paip. Puas hati dan lebih jimat.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...