masuk free

11 Disember orang Selangor cuti lepas, jadi seronok lah bawa ke tempat masuk free sempena musim cuti sekolah yang masih berbaki. Sempatlah juga saya bawa anak-anak buah ke Expo Negaraku 2017 yang diadakan di Dataran Merdeka sejak November yang lalu.

Mak-mak diaorang kerja kat KL, jadi tak dapatlah nak join kami tengok ekspo yang Orang kata Talk of the town ni, ramai yang dah pergi dan kata seronok. So nak jugak tengok sendiri apa yang menarik ada kat situ.

Bawa Anak Ke Tempat Bersejarah

Nak elak jem saya naik LRT untuk ke sana. Lama sangat tak jenguk Dataran Merdeka, selalunya lalu je dengan kereta tak singgah. Kali ni sempatla bergambar sambil tunjukkan dekat anak-anak buah bangunan sejarah yang ada dekat situ. Pelancong pun ramai juga tak lepaskan peluang untuk merakam gambar di Dataran Merdeka.

Ok berbalik kepada Ekspo Negaraku 2017, tak dinafikan memang teruja dan seronok anak- anak buah saya melihat ruang pameran yang ada di sini. Apa yang menarik ruang pameran pada ekspo ini dibuat di dalam lima kubah yang menghubungkan pintu masuk utama dan seterusnya hingga ke pintu keluar. Ia berbentuk interaktif dan dibahagikan kepada sektor infrastruktur berlainan termasuk telekomunikasi, tenaga, pengangkutan, dan sebagainya.

Ada Tayangan Video

Bermula dengan kubah 1 yang menyediakan tayangan video sebagai permulaan penceritaan yang diikuti dengan kubah kedua yang bagi saya banyak aktiviti menyeronokkan boleh didapati di sini. Peluang merasai menjadi pemandu bas dan juga berada di menara kawalan lapangan terbang dan banyak lagi. Kat kubah kedua juga ada aktiviti untuk kanak-kanak yang interaktif dan menyeronokkan.

Kubah ketiga menyediakan pameran program dan inisiatif untuk kesejahteraan rakyat. Kat sini kita berpeluang melihat transformasi telefon daripada dahulu hinggalah yang digunakan pada waktu sekarang. Kubah keempat menyediakan ruang pameran yang tak kurang seronoknya juga, kira boleh melihat panorama Kuala Lumpur, landskap Pulau Langkawi dan banyak lagi pemandangan indah yang ada di Malaysia.

Kubah terakhir pula menyediakan ruang santai untuk paparan visual 360 darjah mengenai gambaran masa depan negara. Masuk percuma tak perlu bayar apa-apa, kalau lapar boleh jamu selera dekat medan food truck di situ lepas tu boleh bergambar di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad yang legend tu. Bagi yang ada di sekitar Lembah Klang kalau tak tahu nak bawa anak-anak ke mana mungkin boleh pertimbangkan untuk bawa ke sini. Ekspo ini bakal berakhir 15hb Disember ni dah. Percuma je masuk dan menyeronokkan.

Oh lupa satu lagi tempat yang anda boleh bawa anak-anak musim cuti sekolah ni adalah Pusat Sains Negara yang menawarkan kemasukan percuma sehingga 31 Disember ni. Bukan sahaja seronok, anak-anak pun dapat didedahkan dengan benda baru yang tentunya menyeronokkan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI