masker

Siapa sangka dengan campuran bahan semulajadi seperti buah pisang, yogurt dan madu asli mampu menjadi masker yang paling mudah untuk atasi masalah pori terbuka pada wajah! Bila pori wajah semakin mengecil, barulah kulit tampak halus mulus, licin dan berseri-seri.

Berikut merupakan perkongsian tips cantik yang dikongsikan oleh Mem Myrah sebagai rujukan;

“Pori terbuka susah nak nampak kulit flawless dan glowing. Kadang-kadang nampak macam kulit muka berlubang. Selalunya terjadi dekat area pipi, dagu dan hidung. Banyak faktor pori terbuka ni salah satunya disebabkan malas cuci kulit muka. Ini punca utama kotoran akan melekat dan tersumbat seterusnya liang roma menjadi lebih besar. Tapi jangan risau, jangan stress, jom ikut #tipscantikmyra ni. Guna bahan didapur je!”

Bahan-Bahan :

Pisang, Yogurt dan Madu Asli

IKLAN

Cara Membuat:

1. Haluskan semua bahan dan kacau rata sehingga campur rata.


2. Sapu masker pada wajah. Fokuskan pada kawasan pori terbuka.


3. Tunggu sehingga kering dalam 20 hingga 30 minit dan bilas dengan air bersih.
4. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan berkesan.

Ketiga-tiga bahan ni sangat banyak manfaat untuk kulit muka. Lepas buat masker ni, jangan lupa apply Argan oil dan honey bee macam biasa sebelum tidur. Lepas ni bolehlah keluar rumah tanpa makeup tebal untuk tutup pori itu.

Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat dan kongsikan pada wanita yang mempunyai masalah ini.

Sumber:Mem Myrah