Selamat tahun baharu 2019! Tahun baharu adalah  masa yang sesuai untuk memperbaik diri dan menambah semangat dalam memastikan diri sentiasa sihat dan cergas dalam melayari kehidupan setiap hari.

Jika mahu sihat dan cergas, anda perlu hilangkan setiap perkara yang membuatkan anda rasa letih dan berfikiran negatif. Banyak cara yang boleh anda lakukan bagi memastikan anda dapat menambah tenaga dan memberi tumpuan.

Mulakan Selepas Bangun Tidur!

Tahukah anda cara paling mudah untuk memperbaharui tahap tenaga setiap hari adalah sebaik anda bangun dari tidur setiap pagi. Namun begitu ramai yang tidak sedar kepentingan atau keperluan untuk memiliki rutin pagi sendiri.

Kebanyakan waktu pagi, ada antara kita yang rasa letih atau sukar untuk bangun pagi. Malah ada yang tidak menghiraukan jika jam loceng atau jam di telefon bimbit berbunyi.

Mulakan pagi dengan mempersiapkan tubuh anda. Mempersiapkan tubuh boleh dibaratkan seperti proses ‘warm up’ atau memanaskan badan sebelum mula bersenam. Ramai yang percaya jika anda dapat tidur secukupnya secara automatik anda rasa segar sebaik bangun pagi. Tetapi ramai sedar ini bukan sebab utamanya.

IKLAN

Bagaimana untuk memperkenalkan rutin pagi dalam hidup anda pada tahun baharu ini.

Bangun Tepat Pada Waktunya

Perkara pertama anda perlu buat adalah bangun tepat pada waktunya. Cara ini akan membantu anda mengatur kitaran tidur tubuh dengan jam dalaman tubuh.

Buka Tingkap Atau Langsir

Seterusnya anda perlu membuka tingkap atau langsir bilik anda sebaik bangun tidur. Pendedahan terhadap cahaya semula jadi dikatakan mampu membantu anda memanaskan jam dalaman tubuh.

Kemas Tempat Tidur

Jangan malas dan biarkan tempat anda begitu sahaja sebaik bangun tidur. Pastikan anda mengemas katil dengan baik. Mengemas tempat tidur bukan sahaja memastikan anda bangun dan meninggalkan tempat tidur tetapi ia mengajar anda untuk jadi lebih berdisiplin dan mengikut peraturan.

IKLAN
Hidrasikan Tubuh

Langkah seterusnya yang amat penting untuk diberi perhatian tetapi anda kerap lupa untuk melakukannya adalah untuk hidrasikan tubuh anda sebaik bangun tidur. Anda dicadangkan agar minum sekurang-kurangnya dua gelas air kosong setiap kali bangun tidur. Bagi memudahkan anda buat cara ini adalah dengan meletakkan air kosong itu terlebih dahulu di dalam bilik anda pada setiap malam sebelum tidur. Kekal hidrat bukan sahaja boleh memanaskan metabolisme tetapi amat diperlukan selepas 6 hingga 8 jam tidur tanpa mengambil sebarang cecair dalam tubuh.

Buat Regangan Ringan

Sebaik anda sudah pastikan tubuh mendapat air secukupnya, perkara seterusnya yang perlu anda boleh buat adalah regangan ringan atau senaman selama 10 minit. Regangan atau senaman ringan pada waktu pagi mampu membantu anda menghilangkan rasa mamai dan menghilangkan rasa ketegangan otot. Sedikit aktiviti fizikal mampu memperbaik kesihatan mental, dan mengurangkan tekanan atau lenguh pada tubuh yang anda rasa pada hari sebelumnya.

IKLAN
Mandi

Sebaik anda selesai melakukan regangan atau senaman ringan, sudah tiba masa untuk anda mandi. Mandi akan membersihkan dan menyegarkan tubuh. Satu permulaan pagi yang baik jika anda berasa segar dan berbau wangi.

Bersarapan

Sebelum anda memulakan langkah seterusnya dalam sebarang aktiviti yang telah dirancang adalah untuk isi perut dengan bersarapan. Makanlah sarapan yang berkhasiat kerana ia mampu memberikan rangsangan tambahan untuk tahap tenaga anda.

Bawa Snek Sihat Untuk Dibawa Ke Tempat Kerja

Pesanan ini khas buat wanita berkerjaya sahaja. Jika anda bawa snek ringan yang menyihatkan ke tempat kerja, ia akan membantu anda mengisi perut apabila lapar sebelum dan selepas waktu makan tengah hari. Apabila perut anda tidak kosong sudah pasti tenaga anda sentiasa cukup untuk melakukan sebarang urusan di tempat kerja.

Keluar Awal

Keluar awal adalah penting bagi mengelakkan anda terjebak dalam kesesakan jalan raya atau sebarang masalah berkaitan dengan pengangkutan anda ke tempat kerja. Keluar awal juga boleh memastikan anda tidak terkejar-kejar ke tempat kerja. Apabila anda terkejar-kejar kadangkala akan membuatkan anda terlambat masuk pejabat. Sudah pasti mood akan hilang apabila anda lambat masuk kerja.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI