“Masih belum hamil, belum ada rezeki lagi nampaknya” itulah antara kata-kata dari isteri kepada Shuib, Watie Hanafiah yang mengakui dirinya masih belum ada rezeki untuk mengandung.
Pemilik nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35 itu juga menyatakan apa yang dilihat dari gambar merupakan perutnya yang buncit namun belum hamil lagi.
“Masih Belum Hamil” Watie
“Sehingga hari ini, saya masih belum berbadan dua. Mana ada saya sorok ‘baby bump’.
“Apa yang saya sorok adalah perut saya, tetapi, orang nampak juga. Jadi, sorok ‘baby’ itu tidak, sorok perut itu iya tetapi gagal.
“Jadi, saya masih belum hamil, belum ada rezeki lagi nampaknya… Doa-doakanlah,” ungkapnya seperti mana dipetik menerusi BH Online.
Sebelum ini ada yang mendakwa Watie melindungi ‘baby bump’. Tambah Watie lagi sememangnya anak-anak tirinya mahukan adik namun belum ada rezeki lagi.
“Kalau boleh anak-anak mahu kembar iaitu pasangan lelaki dan seorang perempuan. Namun, belum ada rezeki lagi,” katanya.
Untuk rekod Shuib telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011. Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.
Ads
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Ramai Doa Watie dan Shuib Dikurniakan Zuriat
Watie turut menerangkan jika dia hamil, dirinya tidak akan sorok dan akan berkongsi dengan orang ramai.
“Terima kasih kerana doakan saya dapat cahaya mata dan kebahagiaan kami.
“Cuma fokus sekarang adalah pada anak-anak.
“Kami tidak akan sorok jika saya hamil. Bagi saya, apabila kongsi, kita akan dapat lebih banyak doa orang ramai,” sambungnya.
Ayu Raudhah jual baju raya, sedar pelajaran tak tinggi. Setiap kerajinan dan kesungguhan apabila seseorang berusaha pasti akan membuahkan kejayaan.
Pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan yang sebelum ini pernah rancak di pentas lakonan dan kini memperlahankan aktiviti seninya selepas mendirikan rumahtangga dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha punya misi dan visi dalam bidang perniagaan pula.
Selepas 11 tahun usia perkahwinan mereka dan dikuarniakan lima cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2 dan Muhamad Aisy Al Jibreel (10 bulan), Ayu kini mahu lebih serius dalam bidang perniagaan dan bergelar usahawan.
Sejak lebih sebulan lalu, Ayu dan suami telah membuka kafe makanan di Seremban. Bukan itu saja malah Ayu sejak hujung tahun lalu juga disunting sebagai duta pakaian wanita mampu milik, byLR.
Ayu Raudhah Jual Baju Raya, Sedar Pelajaran Tak Tinggi
Ayu yang gemar memberi tumpuan pada keluarga terutama anak-anak, bukan saja bertindak sebagai duta pakaian wanita malah dirinya juga merupakan individu memasarkan jenama byLR.
Adik kepada Rozita Che Wan ini juga sentiasa merendah diri dan berharap dirinya mampu menjadi usahwan walaupun hanya lulusan SPM.
“Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga.
“Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri.
“Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu.
“Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan. Ketika ini perhatian tertumpu kepada koleksi sedondon raya si ibu dan anak perempuan dan sebanyak 10000 helai pakaian diterbitkan sempena kehadiran Ramadan dan Syawal,” ungkap Ayu seperti mana yang ditemubual baru-baru ini.
Mahu Wanita Bergaya Cantik Tanpa Bajet Yang Mahal
Tidak mahu bebankan golongan wanita yang mahu bergaya di Aidilfitri nanti, Ayu turut menyatakan wanita boleh cantik tanpa mengeluarkan bajet yang mahal.
“Niat kami mahu semua golongan wanita boleh bergaya cantik tanpa mengeluarkan bajet yang mahal.
“10000 helai pakaian itu disasar boleh habis terjual dalam tempoh kurang sebulan. Kami mensasarkan RM1 Juta jualan dalam sebulan. Tahun ini secara keseluruhan kami sasar RM12 juta boleh disasar. InsyaAllah.
Tak Kisah Pandangan Orang
Ayu juga ditebak, apakah jenama diwakilinya itu seiring dengan statusnya, Ayu tidak kisah dengan pandangan orang.
“Saya boleh akui seorang yang tidaklah terlalu ringkas dalam bergaya. Kalau sudut artis, pakaian digayakan bergantung kepada majlis dan situasi.
“Namun atas kapasiti usahawan, saya tak boleh ikut kehendak sendiri. Pakaian cantik dan mahal belum tentu orang ramai pakai.
“Tapi pakaian cantik, selesa, ringkas, harga munasabah dan dianggap ‘kampung’ itu tentu-tentu ramai nak,” kongai Ayu yang mengumumkan akan mengedar 10,000 tudung percuma dan baucar RM10 kepada peminatnya.
Menyentuh tentang Zaquan adakah dia bersetuju kelak jika dirinya sibuk uruskan perniagaan, segala keputusan yang dibuat dipersetujui suami.
“Selain perniagaan pakaian, Ayu dan suami juga sebenarnya sejak lebih sebulan lalu, telah membuka kafe makanan di Seremban. Masa Ramadan ni memang kami juga akan sibuk di kafe.
“Macam idea buka kafe pun bertitik tolak sebab suami nak makan air tangan saya.
“Ada kalanya apabila tumpuan berniaga lebih cenderung, suami mula merungut manja sebab masa dengannya tak banyak.
“Tapi lama-kelamaan suami faham. Apa kami lakukan dengan mencari rezeki ini untuk kebaikan bersama termasuk masa depan anak,” ungkap Ayu jujur.
Mingguan Wanita : Seronoknya tengok pasangan bahagia ini. Ayu begitu gigih menjaga anak-anak. Masing-masing gigih tambah pendapatan untuk masa depan anak-anak.
Sumber Foto : Ihsan byLR
Ramadan ni mesti ramai tengah sibuk beli belah untuk hari raya. Jom tinjau tip beli baju raya sesuai dengan bentuk badan anda.
Amalkan diet yang betul sepanjang Ramadan.
Aina Abdul memang hebat, masuk bulan puasa ni dia teruja nak ke pasar Ramadan dan tak sabar nak tunaikan solat terawih di Masjid.
Dapur berkonsep ‘modern heritage’ ini diilhamkan pemiliknya, Nashzelima Ngadminyang punya pengalaman pengajian di Fakulti Senibina, Perancang & Ukur, UiTM. Tenang sungguh mata bila tengok ruang dapur yang kemas tapi masih mengekalkan unsur-unsur ‘tropical resort’ ini.
Sebab itulah, mata kita rasa macam cuti hari-hari. Inilah kata pemiliknya yang berkongsi pengalaman mereka bentuk ruang dapur idamannya dalam grup Kelab Kaki Deko.
“Berkonsepkan ‘Modern Heritage’. Saya banyak menggunakan kayu veneer yang dicer hiram dan warna semula jadi. Moden dari segi detail yang simple dan elemen heritage boleh dilihat dari sudut dekorasi lain.
“Misalnya pada pinggan-pinggan lama, rotan, barang antik dan lain-lain. Bekerja lebih masa dan stress membuatkan saya memilih rekabentuk yang tenang serta mempunyai sedikit unsur-unsur ‘tropical resort’ seolah-olah sedang bercuti setiap hari.”
Sabar je pekerja saya pasang mosaic ni.. Mula-mula grouting putih lepas tu mosaic yang bahagian atas potong rata. Lepas tu saya suruh dia tukar grouting color dark grey dan biarkan mosaic tu nampak bentuk di bahagian atas.
Inilah hasilnya. Harap-harap kekal bersih macam dalam gambar. Makan kat luar je laaa..
Batu lesung yang jarang-jarang berbunyi
Kuali yang setiasa tergantung.
Nampaknya dalam ni dah bertambah sekarang. Kena tambah almari lagi.. hehehe
Berkonsepkan Gerobok lama yang telah dimodenkan.
Pinggan lama beli dekat Amcorp Mall
Bakul rotan tempat simpan bawang.
Pintu sliding yang memisahkan ruang tamu dan dapur untuk mengelakkan anak-anak bulus sibuk nak memasak sekali.
Chef Selebriti yang juga peserta program Masterchef Malaysia musim pertama iaitu Brian Chen memang rajin berkongsi resipi buat para pengikutnya dilaman instagramnya. Posting terbaru yang kongsikan oleh brian adalah Resipi Ikan Berlado, serta tip untuk menjadikan sambal rasa lebih sedap!
Ujar pengasas Brian Masterchef Young Chefs Academy Malaysia dan penyampai Suria FM ini, antara tipnya jangan campurkan air atau minyak bila nak kisarkan bahan-bahan seperti cili dan bawang. Sebaliknya giling bahan-bahan tersebut atau gunakan chopper.Namun jika masih mahu gunakan blender/ pengisar biasa, pastikan tumis lama sedikit sampai garing dan pecah minyak cilinya.
Berikut perkongsian resipi Ikan Berlado Abang Brian yang mak-mak boleh cuba sendiri dirumah.
Ikan pilihan, diperap bersama garam dan kunyit
Bahan kisar/giling:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi boleh tambah
5 biji cili hijau
1 cili merah
1 sudu besar Ikan bilis
Asam keping
Minyak untuk tumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
1. Gorengkan ikan dalam minyak panas secukupnya sehingga masak sepenuhnya. Toskan minyak berlebihan. (Nak lagi sihat guna air fryer jer)
2. Tumiskan bahan kisaran/giling dengan minyak secukupnya sehingga pecah minyak. Masukkan asam keping seketika. (Abg brian suka keluarkan supaya tidak terlalu masam).
3.Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sambalnya menjadi hijau gelap.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.