Cantiknya sungguh kejadian Nasi Impit ni. Elok menjadi. Nasi impit ni sesuai dimakan dengan sambal kelapa, rendang, kuah kacang, kuah soto, lontong dan sebagainya. Jika selalu, mak-mak hanya beli saja nasi impit atau rebus ketupat segera, apa kata kali ni cuba buat sendiri pula.

Mudah dan senang sangat rupanya nak buat nasi impit ini guna pressure cooker je. Yang penting kena masak dalam periuk yang non stick baru lah senang nak terbalikkan nasi dan tak melekat.

Baca Di Sini:
Buat Nasi Impit Guna Rice Cooker, Lebih Padat Dan Lambat Basi!
Lontong Kali Kedua Sempena Syawal, Buat Makan Ramai-Ramai Memang Seronok!

Berikut perkongsian daripada Puan Wan Ros Ina Lina cara buat nasi impit guna pressure cooker sebagai panduan.

“Seronoknya lahai..saya dah berjaya buat nasi impit sendiri.Sebelum ni asyik beli ketupat segera jer kan.Sekarang tidak lagi, boleh buat sendiri je.”

“Saya buat nasi impit ni guna pressure cooker. So, saya mohon maaf kepada yang tak ada pressure cooker. Rasanya boleh cuba masak dalam rice cooker biasa je. Caranya senang saja.”

Nasi Impit / Nasi Kapit Sambal Nyior Kelantan

Bahan-Bahan:

Beras 1 cawan + air 3 cawan
(Beras biasa bukan basmathi)

Cara Membuat:

1. Basuh beras bersih-bersih dan masukkan air. Untuk family saya saya masak 3 cup beras + 9 cup air.

2. Masukkan ke dalam pressure cooker. Saya punya pressure cooker jenama primada. Tekan butang congee /soup.Dah..boleh tinggalkan dah, boleh buat
kerja lain.

IKLAN

3. Biar pressure cooker ni yang buat kerja dia. Hihi. Jangan lupa ye jangan guna periuk steel tu.Masak nasi dalam periuk yang non stick ye
senang nanti nak terbalikkan nasi impit ni nanti. Dia keluar cantik je tak melekat pun.

4. Bila dah masak tu, satu tips ya untuk keselamatan. Jangan release wap dia. Biarkan dia keluar sendiri wap tu tak payah release ya! Lepas beberapa minit nampak macam dah ok tu baru lah buka tudung pressure cooker itu.

5. Angkat periuk tu kemudian tekan-tekan nasi tu biar padat. Guna senduk kayu je, tekan-tekanlah biar padat dan nampak kemas. Lepas tu biarkan je nasi impit tu sejuk dalam tu. Tak perlu salin ke bekas lain dah. Tu cara saya la. Nanti dah betul-betul sejuk, baru terbalikkan, bolehlah dipotong. Kalau masih panas /suam jangan keluarkan lagi dan jangan potong biar dulu beberapa jam.

Masak Nasi Impit Dalam Periuk Non Stick Senang Terbalikkan, Cantik Tak Melekat!

IKLAN

Resepi Sambal Nyior :

Sebiji Kelapa digoreng tanpa minyak sehingga keperangan. Jangan hangit ye.
Ikan dipanggang tawar (ambil isinya sahaja).Nak sedap letak banyak ikan.
10 biji Bawang merah kecil (dihiris)
3 batang Serai (dihiris)
Garam, gula nise & gula pasir secukup rasa

Cara Membuat:

Tumbuk atau kisar kering semua bahan-bahan .
Siap!

 

Masak Nasi Impit Dalam Periuk Non Stick Senang Terbalikkan, Cantik Tak Melekat!

IKLAN

 

Masak Nasi Impit Dalam Periuk Non Stick Senang Terbalikkan, Cantik Tak Melekat!

 

Selamat mencuba!

Dari saya harap membantu,
Wan Roslina,

Info Ekstra!

  • Saya guna beras Saga Super Import. Beras tempatan boleh juga.
  • Tekan-tekan je bagi padat guna apa-apa yang sesuai. Saya tekan-tekan guna senduk kayu je. Lepastu biar je sampai betul-betul sejuk.

MW: Buat sendiri nasi himpit ni, lebih puas hati, menjimatkan dan terjamin kebersihannya.Lebih-lebih lagi jika nak buat rumah terbuka, nak masak dalam jumlah yang banyak, memang berbaloi!

Sumber: Wan Ros Ina Lina

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI