Siapa kata makan nasi itu penyebab gemuk. Jangan tak tahu, banyak dah diet yang diperkenalkan masih mengutamakan nasi dalam hidangan harian mereka. Cuba rahsia awet muda melalui masak nasi dengan 3 cara ini.
Petua ini sebenarnya banyak khasiatnya kepada mak-mak yang nak jaga badan. Tapi nasi yang kita nak makan itu, jika dicampur dengan manjakani tak bolehlah dikongsi dengan suami ataupun anak-anak. Haa. ekskusif kan untuk mak-mak.
Perkongsian masak nasi letak daun pandan atau manjakani atau bawang putih ini dikongsikan oleh Perunding Jamu, Puan Norliza Mohd Salleh.
Akui beliau, setiap bahan-bahan itu mempunyai fungsi yang tersendiri. Betul cara masak nasi itu dan makan ikut sukatan memang boleh buat mak-mak nampak cantik berseri-seri. Kalau mak-mak nak tahu kebaikan setiap bahan itu baca keterangan di bawah ini.
Petua Awet Muda Melalui 3 Cara Masak Nasi
Ads
Daun Pandan
“Selalu saya letak dulu daun pandan tu. Untuk beri efek wangi pada nasi yang dimasak. Walau pun tidak menggunakan beras wangi.”
Bila masak guna daun pandan, harum semerbak je satu rumah. Makin tak sabar jadinya nak makan nasi.
Manjakani
Biasanya diisi dalam beras yang ingin dimasak oleh wanita yang gemarkan penjagaan dalaman. Manjakani bersifat bagus untuk memelihara rahim dan dalaman wanita.
Ads
Ada juga mak-mak yang benamkan saja manjakani dalam nasi yang sedang nak tanak tu. Terpulang sebenarnya ikut cara mak-mak.
Biasa kalau dalam pantang ramai yang buat begini.
Ads
Bawang Putih
Yang isi bawang putih masukkan ketika masak nadi. Khasiatnya pun boleh tahan juga. Bawang putih ini sifatnya buang angin, kurangkan kolesterol serta awet muda dan banyak lagi.
Menurut Norliza lagi, ketiga-tiga cara yang dikongsikan ini pernah dicuba dan menjadi amalannya. Bagus sebenarnya ketiga-tiga cara ini. Masing-masing ada khasiat tersendiri.
Haa… mak-mak pula ada yang pernah cuba? Cara mana agak-agaknya?
Beratnya dugaan buat adik ini. Hanya mampu terbaring dan tidak boleh berbuat apa-apa, segalanya diuruskan oleh ibunya.
Tiada siapa menduga dan semua ini telah ditakdirkan untuk dirinya. Hanya mampu terbaring kerana semua sistem badannya telah rosak akibat dihempap konkrit ketika belia berusia 9 tahun.
Hanya Mampu Terbaring, Dihempap Konkrit Ketika Memetik Buah Mangga
AKIBAT pernah dihempap konkrit hingga beberapa organ utama dan tulang rosak, 10 tahun lalu, Aziana Shaari, 18 tahun, kini hanya mampu terbaring sepanjang masa di rumahnya di Kampung Bakar Bata, Pinang Tunggal, Sungai Petani.
Kejadian itu berlaku ketika dia berusia 10 tahun dan akan kekal dalam ingatan dia dan keluarganya. Pada masa itu, jam 10 pagi, Aziana memberitahu kakaknya yang dia ingin mengutip buah mangga gugur di belakang rumah.
Namun, setengah jam menunggu, kelibat Aziana tidak kelihatan. Bimbang sesuatu terjadi, kakaknya segera mencari Aziana di belakang rumah.
Terperangkap Dalam Runtuhan Dinding
Apabila sampai di tempat kejadian, hanya rambut Aziana kelihatan di bawah timbunan runtuhan dinding. Rupanya Aziana ditimpa batu konkrit di sebuah rumah terbengkalai berhampiran rumah mereka.
Mereka berjaya menarik keluar Aziana dengna badan penuh dengan darah. Hasil pemeriksaan doktor mendapati paru-paru hancur akibat tertusuk tulang rusuk yang patah, usus terkoyak, buah pinggang rosak dan pundi kencing bocor.
Belakang berkudis kerana terbaring akibat air kencing yang sentiasa mengalir dan tidak boleh guna tiub akibat kerosakan sistem dalaman.
“Pihak hospital menggantikan tiga tulang belakang dengan plat besi titanum bagi menggabungkan semula struktur tulang yang hancur hingga menyebabkan Aziana lumpuh separuh badan dan hanya mampu duduk di kerusi roda khas.
Sementara itu, ibunya, Fatimah Hashim, 51 tahun, berkata, dia kini terpaksa mengharapkan bantuan bagi menampung kos perbelanjaan pampers dan sebagainya
“Aziana turut menghidap diabetes menyebabkan dia memerlukan penjagaan rapi termasuk tilam dan katil seperti digunakan di hospital jika tidak kulit pinggulnya melepuh dan bernanah sehingga pernah menampakkan tulang,” katanya.
.
Aziana juga menderita tanpa kasih seorang ayah di sisi.
.
Sumbangan di bulan Ramadhan yg mulia boleh disalurkan ke:
0143148891 Fatimah Binti Hashim (Ibu) Bank Simpanan Nasional 0 2 3 0 0 2 9 0 0 0 5 8 8 3 8 2
Lokasi : Kg Bakar Bata, Pinang Tunggal, Sg Petani
Mingguan Wanita : Moga adik Aziana dan keluarganya tabah hadapi dugaan ini.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bukan mudah memikul tanggungjawab menjaga anak yang mempunyai masalah kesihatan dari kecil. Apatah lagi mempunyai kekurangan deria penglihatan yang membuatkan dirinya ‘kelihatan’ berbeza berbanding kanak-kanak lain.
“Nanti Ayra kat syurga, nak minta dengan Allah… mata warna pink (merah jambu),”itu permintaan Nur Adriana Ayra Kamarudin atau mesra disapa Ayra yang dilahirkan dengan masalah penglihatan pada mata kirinya.
Ibunya, Norazah Launah, 45, berkata Ayra, 4, adalah anak bongsu daripada enam beradik dan satu-satu cahaya matanya yang mempunyai masalah penglihatan.
Masalah Diabetes Sewaktu Hamil
Menurutnya, dia diberitahu keadaan dialami Ayra itu mungkin berpunca daripada masalah diabetes dihadapinya ketika hamil.
Katanya, meskipun begitu, dia dan suami, Kamarudin Ahmad, 45, amat menyayangi Ayra yang dianggap amat istimewa kerana petah berkata-kata sehingga adakalanya dia terkedu dengan pertanyaan terutama berkaitan mata.
“Pernah sekali, Ayra pulang dari sekolah (tadika), dia terus pergi ke cermin melihat wajahnya lalu bertanya kepada saya mengapa dia tiada mata.
“Memang sedih dengar pertanyaannya itu, tetapi untuk tenangkannya, saya beritahu Ayra yang matanya istimewa dan Allah kurniakan begitu kerana sayangkannya.
“Saya beritahu lagi di dunia tiada (mata), tetapi di syurga boleh minta apa saja dengan Allah,” katanya
“Seorang guru menghubungi saya dan memberitahu ada doktor datang untuk memeriksa mata di tadika. Saya pun jumpa doktor berkenaan dan dimaklumkan mata Ayra boleh dirawat.
“Doktor bagaimanapun tidak beri ubat, tetapi saran untuk menyapukan balm dengan bawang putih kemudian berselawat dan urut di belakang telinga Ayra kerana di situ ada urat matanya.
“Ada satu masa, saya tak buat namun Ayra datang ke bilik dengan bawa balm dan minta urut hingga membuatkan saya rasa serba-salah jika beri harapan kepadanya kerana nampak dia benar-benar mahukan mata seperti orang lain,” katanya.
Katanya, keluarganya mahupun suami menerima Ayra seadanya.
“Keluarga faham, malah tidak pernah lagi orang keliling ejek Ayra ketika saya bawanya keluar berjalan. Bagaimanapun, Ayra pernah mengadu ada yang kata matanya buta di tadika.
“Seperti biasa, saya pujuknya dengan mengatakan dia tidak buta, tetapi Allah ‘ambil’ matanya sekejap dan akan bagi balik.
“Jujurnya, saya sudah reda. Alhamdulillah, dia tiada penyakit,” katanya.
Masuk seminggu Allahyarham Fatimah Binti Othman, 70 ibu kesayangan pelakon Datuk Ziela Jalil dijemput Ilahi. Kenangan bersama arwah ibu sewaktu hayatnya, jadi ingatan terindah buat Ziela. Teringat akan hasrat hatinya mahu menyiapkan sebuah bilik cantik untuk arwah ibu yang tak kesampaian.
Kongsi Ziela, bilik arwah ibu yang diimpikan itu sepatutnya dilaksanakan pada 2018. Namun, waktu itu rezekinya belum ada. Bila mana ibunya keluar dari hospital sekitar November lalu, Datuk Ziela pun berhajat nak tunaikan apa yang belum terlaksana untuk ibunya.
Kebetulan ada rezeki lebih. Sayangnya, belum pun sempat nak buat, ibunya sudah pergi untuk selamanya pada 11 Disember lalu jam 1.15 pm.
Nak Buat Bilik Mak, Tapi Tak Kesampaian
“@laureahomefurnishing 2018 sepatutnya nak buat bilik mak tapi rezeki belum ada, bila mak keluar dari hospital pada 26 November 2020 tu message saya pada Siti.
Saya hubungi Siti semula, nak buat bilik mak dengan duit yang dapat dari Filem Jebat. Tapi tak kesampaian. Saya cukup yakin mak berada di tempat paling cantik dalam taman-taman syurga Allah. Dalam limpahan Rahmat dan kasih sayang Allah sekarang ni, Aamiin Aamiin Aamiin Yaa Rabb Yaa Mujib.”
MashaAllah.. Begitu Tertib, Penuh Kasih Sayang Jenazah Ibu Diurus
Ziela begitu terharu dengan rakan-rakan yang menyantuni perjalanan akhir arwah ibunya dengan baik. Begitu juga dengan sokongan dari keluarga dan sahabat handai yang sedikit sebanyak memberi kekuatan untuknya menghadapi ujian hebat ini.
“Tq so much @jaydeesm @beritaharian and ziela nak mengambil kesempatan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada aunty nab @datozainab, Dato @rozzanarahmat, Dato Ustaz Nor Mohammad, orang terawal yang saya call untuk minta tolong sehingga teratur dan sempurna perjalanan Ibu saya.
“Kakak-kakak dari Masjid Al Taqwa TTDI yang sama-sama memandikan dan mengkafankan jenazah Ibu saya. MashaAllah, begitu tertib dan penuh kasih sayang dan adab kesopanan cara mereka menguruskan jenazah Ibu saya.
Begitu juga mereka yang menyiapkan kubur tempat persemadian jasad Ibu saya, terima kasih. Alhamdulillah Yaa Rabb, Allah kirim kan hamba nya yang baik-baik untuk menolong saya. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat saya, kaum keluarga saya, keluarga besan. Yang tak henti-henti memberi sokongan dan kekuatan buat saya dan keluarga during our difficult time.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung sepanjang pengurusan jenazah Ibu saya, hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikan kalian, Aamiin… mohon maaf dari saya dan keluarga jika tertinggal sesiapa yg saya patut sebut kan… Terima kasih juga kepada Datin Seri @latifahhaddad atas semua gambar dan video sepanjang pengkebumian Ibu saya.”
Doa Datuk Ziela Untuk Arwah Ibunya
Allahu Akbar!
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un “We surely belong to Allah and to Him we shall return.”
Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. “Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. “Gantikanlah rumahnya yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. “Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka. “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.”
Telah kembali ke Rahmatullah Ibu kesayangan Ku, Allahyarhama Fatimah Binti Othman.
Yaa Allah rezeki Mak dijemput Allah pada hari jumaat yang penuh Barakah, semoga berbahagia lah mak dalam Syurga Firdaus Allah hingga hari Akhirat, Aamiin Yaa Rabb Yaa Mujib… Selamat jalan mak, mak telah pergi dahulu, ziela pasti menyusul kemudian, berbahagia lah mak menemui penciptamu Allah Azawajalla, sedih nya hati ini, Allah saja yang tau, doa ziela akan sentiasa bersama mak Allahyarhama Fatimah Binti Othman #11December2020 #harijumaatpenuhbarakah
Ibu Ziela meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediaman penerbit ini. Allahyarham menghidap kencing manis, angin ahmar dan darah tinggi yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi. Sebulan sebelum pemergiannya, arwah pernah diserang angin ahmar.
Arwah ibunya ini tinggal bersama-sama keluarga Ziela dan disifatkan anak perempuannya, Dr Puteri Julia, keduanya bagaikan sukar dipisahkan. “Mama berbakti kepada arwah nenek yang persis Mama sifatnya.”
MW : Semoga roh Allahyarham Fatimah Binti Othman di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.