Cikgu Mahu Pun Mak Ayah, Anak Cucuk Mata Kawan Dengan Pensel Itu Bukan, “Biasalah Budak Budak..”

Bergurau di kalangan anak-anak sekolah itu normal untuk budak-budak. Tapi jika gurauan sampai peringkat mencederakan dan mendatangkan bahaya, perbuatan sebegitu perlu dipantau dengan sebaiknya oleh para pendidik.

Benar, kadangkala anak-anak tidak sengaja. Sebab itu, mak ayah pun kena bertenang bila berhadapan situasi panik semacam ini. Ambil nafas dalam-dalam, selesaikan dengan perbincangan. Untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Demi memperkukuhkan sifat kemanusiaan dalam diri setiap orang.

Ibu anak 2, Zaila Mohamed Ali (Paola Kira) berkongsi apa yang dilalui apabila anak sulungnya, Paola Ajwa Ewusi, 7 dicucuk objek tajam di sekolah. Dan sampai ke sudah ibu ini tak dapat jawapan yang tepat tentang kejadian yang menimpa anaknya itu.

Ujarnya, “Bergelandangan di emergency department hampir enam jam a.k.a 2 pagi sebab depa misplaced number Ajwa.”

Tak jadi nak mengamuk sebab aku ayu masih berkebaya hijau dari tempat kerja, tambahan pula melata mereka tampal peringatan: ‘Kami amat menghargaan penggunaan bahasa dan tingkah laku yang sopan’ walaupun amarah aku dah sampai kepala wth.

Kisahnya mata Paola dicucuk objek tajam di sekolah, dipercayai pensel (depan ke belakang tak pasti). Tapi anak bertuah ni asyik cakap dia jatuh. Pastu statement tak konsisten. Kejap kang jatuh. Kejap cakap tiba-tiba mata dia jadi merah.

I had no idea sampai la beberapa ibu prihatin PM di whatsapp. Mereka tunjuk gambar mata Paola dan anak-anak mereka cakap: Mama…. mata Paola ni kena cucuk! Pastu cikgu kelas pun PM aku mengonfirmkan semua kekeliruan.” Kata penulis buku Winter Di Afrika ini lagi.

IKLAN

 

Cikgu Mahu Pun Mak Ayah, Anak Cucuk Mata Kawan Dengan Pensel Itu Bukan, “Biasalah Budak Budak..”
Zaila dan dua orang anaknya. Dari kiri; Paola Ajwa Ewusi, 7 dan Kira Afyha Ewusi, 5 tahun.

Siapa Yang Cucuk? Jeng.. Jeng..

And there I am. Aku tak marah. Dan aku tak mengaruk. Malah aku tak geram. Tak dendam.

But I verify.

IKLAN

So dengan keputusan bakal keluar dari unit Oftalmologi (aku google dulu makna dia apa takut silap level) ni, maka tindakan susulan akan dibuat.

Dear teachers.

Kalau ada budak nakal dalam kelas. Itu biasa. Kalau hyper aktif, itu pun biasa. Yang tak biasa apabila dia nakal dan mencederakan rakan lain, kemudian cikgu diamkan.

IKLAN

Yang tak biasa juga apabila cikgu mengadu kepada parents anak-anak tersebut, mereka pula dengan angkuh berkata: ‘Jadi cikgu nak saya buat apa kat anak saya?’

Ini bukan jenis cikgu yang kita mahu. Dan bukan juga jenis parents yang sepatutnya kita jadi.

Jika attitude macam ni masih berlingkaran dalam jiwa-jiwa mereka, sistem pendidikan tak silap cuma sifat kemanusiaan itu makin hilang.

Cucuk Mata Kawan Dengan Pensel..

Cucuk mata kawan dengan pensel, itu bukan: biasalah budak-budak macam tu! Membenarkan ia menjadi ‘biasalah’ adalah seperti menjerumus anak-anak ini ke lembah hina.

Ia patut dihalang, didenda dengan tegas tanpa kompromi sampai kepala budak notty tadi akan ingat satu perkara sampai mati: what he did wasn’t right dan kalau dia continue, pembalasan buruk pasti mengekori.

Yang mendoakan Paola, terima kasih banyak. Dia cuma mampu tersenyum dengan sebelah mata sepet tertutup.

Sumber/Foto : Paola Kira

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI