bermadu

Dalam meniti penghujung bulan suci ini, tarikh keramat 25 Ramadan ternyata mempunyai makna yang tersendiri buat Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid,39. Tarikh inilah penyatuan jiwa beliau dan suaminya, ahli perniagaan Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff,48, sekaligus menoktahkan kehidupan bermadu dalam kamus kehidupannya.

Ketika ini, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ini bersama suami dan madunya Datin Bahazanariah Baharudin,47 atau Datin Nana, menikmati menunaikan umrah sekaligus merasai kemanisan beribadah ditanah suci di 10 malam terakhir. Lebih istimewa, ia bagai mengimbas memori manis saat disatukan, pernikahan yang telah hampir setahun didirikan, juga dilakukan di tanah suci mekah pada Jun tahun lepas.

Manis Kehidupan Bermadu, Disebalik Tarikh Keramat 25 Ramadan Buat Dato’ Nurulhidayah

Dato’Nurulhidayah mungkin antara wanita bertuah dalam kehidupan bermadu.keikhlasan dan keakraban bersama madunya yang dianggap ‘kakak’ seringkali dipamerkan di laman sosial. Baru-baru ini, wanita ini ada berkongsi luahan perasaan terhadap kebahagiaan kehidupan bermadu yang dilalui sempena tarikh keramat 25 Ramadan, bergelar isteri sekaligus menjadi ‘adik’ kepada madunya.

IKLAN

Berikut antara perkongsian tersebut;

This date. 25th Ramadan. A date to remember. Tarikh yang menjadikan saya seorang isteri sekali lagi setelah kematian suami. Tarikh keramat yang menjadikan saya sebagai isteri ke-2 seorang suami dan ‘adik’ kepada seorang wanita dan isteri.Apa yang saya tidak tahu, hikmah disebalik kematian, Allah menggantikan saya dan anak-anak dua insan mulia yang sudi mengambil saya sebagai sebahagian dari hidup mereka. Begitu jugak anak-anak suami dan isterinya yang menerima adik-adik tiri sebagai adik mereka dan sebahagian dari hidup mereka.

Allah Maha Besar! Sesungguhnya saya tidak menyangka akan menjalani kehidupan sebagai wanita yang bermadu! Dia Maha Mengetahui disebalik jodoh ini. Perkahwinan ini menjadikan saya wanita yang lebih bertanggungjawab dan ingin mempelajari agama Islam secara lebih mendalam dan istiqomah dalam setiap kejadian.

Bukan semua wanita bermadu bernasib baik seperti saya dan Kakak. Saya menjadikan kakak sebagai rujukan terbaik untuk lebih mengenali suami. Saya kira, setelah setahun Kakak telah mengenali saya luar dan dalam.

Manis Kehidupan Bermadu, Disebalik Tarikh Keramat 25 Ramadan Buat Dato’ Nurulhidayah

IKLAN

Alhamdulillah kehidupan bermadu tidak seburuk yang disangka andainya kita meletakkan agama, AlQuran n Sunnah sebagai panduan. Suami berpesan, bukan harta dunia yang kita kejarkan, Al Quran perlu didekati kerana ia menjadi peneman dan sahabat kita dikubur nanti sementara menunggu dibangkitkan semula.

Alhamdulillah dan saya amat bersyukur dengan perkahwinan ini. Semoga kisah kami sama-sama dijadikan pengajaran untuk kita melalui pengalaman perkawinan yang manis tidak kira samada perkahwinan berpoligami ataupun tidak, setiap perkahwinan perlu seorang nakhoda yang baik sebagai pemimpin keluarga serta pendamping mereka, isteri yang menjadi penenang jiwa. Inshaa Allah. One year and counting.. I love US, Lillahitaala ❤️

IKLAN

This date. 25th Ramadan. A date to remember. Tarikh yang menjadikan saya seorang isteri sekali lagi setelah kematian suami. Tarikh keramat yang menjadikan saya sebagai isteri ke-2 seorang suami dan ‘adik’ kepada seorang wanita dan isteri. Apa yang saya tidak tahu, hikmah disebalik kematian, Allah menggantikan saya dan anak2 dua insan mulia yang sudi mengambil saya sebagai sebahagian dari hidup mereka. Begitu jugak anak2 suami dan isterinya yang menerima adik2 tiri sebagai adik mereka dan sebahagian dari hidup mereka. Allah Maha Besar! Sesungguhnya saya tidak menyangka akan menjalani kehidupan sebagai wanita yang bermadu! Dia Maha Mengetahui disebalik jodoh ini. Perkahwinan ini menjadikan saya wanita yang lebih bertanggungjawab dan ingin mempelajari agama Islam secara lebih mendalam dan istiqomah dalam setiap kejadian. Bukan semua wanita bermadu bernasib baik seperti saya dan Kakak. Saya menjadikan kakak sebagai rujukan terbaik untuk lebih mengenali suami. Saya kira, setelah setahun Kakak telah mengenali saya luar dan dalam. Alhamdulillah kehidupan bermadu tidak seburuk yang disangka andainya kita meletakkan agama, AlQuran n Sunnah sebagai panduan. Suami berpesan, bukan harta dunia yang kita kejarkan, Al Quran perlu didekati kerana ia menjadi peneman dan sahabat kita dikubur nanti sementara menunggu dibangkitkan semula. Alhamdulillah dan saya amat bersyukur dengan perkahwinan ini. Semoga kisah kami sama2 dijadikan pengajaran untuk kita melalui pengalaman perkawinan yang manis tidak kira samada perkahwinan berpoligami ataupun tidak, setiap perkahwinan perlu seorang nakhoda yang baik sebagai pemimpin keluarga serta pendamping mereka, isteri yang menjadi penenang jiwa. Inshaa Allah. One year and counting.. I love US, Lillahitaala ❤️

A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurulzahid) on

Mingguan Wanita mengharapkan semoga keluarga ini menjadi contoh buat pasangan lain yang sedang melalui poligami dalam perkahwinan.Kehidupan bermadu tidak semestinya pahit. Betul acuan dan ‘imam’ adil dalam memimpin, menjadikan kehidupan bermadu ini lebih manis.

Sumber:Nurulzahid

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI