Jika wanita nak tubuh badan kekal cantik dan seksi, amalkanlah Squats iaitu senaman mencangkung dengan postur yang betul setiap hari. Menariknya boleh dibuat di rumah atau mana-mana sahaja, tak perlukan alatan pun.Punyalah bagus senaman ini khusus untuk wanita antaranya dapat hilangkan selulit, kecilkan paha dan punggung, tegangkan kulit, bakar kalori dan lemak serta macam-macam lagi. Memang terbaik!
Jom buat senaman squats setiap hari.Untuk wanita, senaman ini boleh buat kalian jadi lebih cantik dan seksi!
Senaman squats ini banyak beri kesan positif pada tubuh badan.Saya sendiri amalkan sebagai warm up saya sebelum workout.Squats antara senaman yang tak perlukan alat dan sangat ekonomi.
Ini saya kongsikan manfaatnya untuk wanita;
1. Hilangkan Selulit
Squats menyebabkan regangan otot dan tegangan kulit pada bahagian perut, punggung dan peha.Bila lakukan secara konsisten, aliran darah menjadi lebih baik.
Akibatnya aliran oksigen dan nutrisi bertambah pada bahagian selulit.
Kesannya, ia dapat merangsang pertumbuhan otot sihat dan sel kulit yang lebih mulus dan flawless.
2. Tingkatkan Hormon Pertumbuhan Otot Dan Kulit Menegang
Hormon ini penting untuk wanita yang dah masuk umur 30-an.Kesan hormon ini membuat otot-otot kalian terlihat mantap.Kesannya kulit terlihat tegang.
IKLAN
Menjelang umur 40 tahun otot-otot mulai mengecut. Masuk umur 50-an kulit mulai mengendur akibat mengecutnya otot dan bertambahnya sel-sel lemak.
3. Postur Tubuh Terlihat Lebih Melentik
Bila lakukan dengan cara yang tepat.Ianya membuat postur kalian jadi melentik.
Tubuh sentiasa mencari posisi dan postur yang seimbang semasa bersenam.
Keseimbangan senaman squats dapat membentuk tubuh melentik secara semulajadi.
4. Mengecilkan Paha Dan Punggung
Senaman squats sangat tepat untuk kalian yang nak kecilkan peha dan punggung.
IKLAN
Bagi yang nak bentuk peha dan punggung yang mantap dan seksi, ini senaman yang tepat untuk amalkan setiap hari.Sama ada kalian bertubuh besar atau bertubuh kecil.
5. Bakar Kalori Dan Lemak
1 gerakan squats ini dapat bakar hampir 0.32 kalori.Kalau buat 100 squats, kalian berjaya bakar 32 kalori.Senaman squats ini nampak simple dan mudah.Tapi bila dah buat, dapat rasa kesannya pada otot peha dan punggung.
IKLAN
Cuba sekarang lakukan 15 kali.
Rehat 15 saat.
Lepas itu ulang lagi untuk 2 set.
Bagi yang pekerjaannya banyak duduk di kerusi.Senaman ini sangat bagus diamalkan setiap 1 jam.Cuba ajak sekali kawan sebelah buat sekali.Biar sama-sama cantik. Sama-sama kacak.Sama-sama kita semua sihat.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat wanita yang nak kekalkan kesihatan dan kecantikan bentuk tubuh badan boleh amalkan buat senaman squats ini. Banyak manfaatnya untuk wanita.
Mak ayah ada hoarding disorder, anak menantu sepakat bersihkan rumah ketika orang tua buat Makkah. Rasa sayang dan suka menyimpan barang-barang antara “penyakit” yang banyak melanda orang tua.
Merasakan barang tersebut ada nilai sentimental, boleh digunakan lagi antara penyebab mengapa terlalu banyak barang-barang lama khususnya tupperware dan “tippuware”, pinggan mangkuk, pakaian dan lain-lain disimpan oleh mak ayah hingga rumah tiada ruang kosong lagi. Paling utama ianya buat rumah nampak tidak kemas dan semak.
Mak Ayah Ada Hoarding Disorder
Satu perkongsian dari seorang anak @aainaa.nordin di Tik Toknya mendapat perhatian ramai anak-anak selepas wanita ni berkongsi video anak-anak dan menantu buat projek membersihkan rumah dan memberi nafas baru ke atas rumah pusaka saat orang tua mereka ke Makkah.
Bermula dari barang-barang menimbun khususnya, pinggan mangkuk, Tupperware mahu pun “tippuware” yang bersusun-susun, akhirnya rumah kelihatan bersih selepas banyak-barang disisih dan dibuang berbanding tabiat menyimpan oleh kebanyakan mak-mak kita atas alasan sayang mahu membuangnya dan ada lagi banyak kegunaan.
Tidak hanya menyisihkan Tupperware yang menjadi kesukaan mak-mak, kotak-kotak disusun rapi di bawah dapur masak, rumah keluarga juga turut dicat baru untuk keselesaan keluarga ketika mak ayah berada di Makkah.
Dapat dilihat, menimbun barangan yang dibuang yang mana sepatutnya khidmat roro digunakan tetapi kerana budget mereka adik beradik sudah “menipis”, ia hanya dilonggokkkan di hadapan rumah sebelum pekerja pembersihan memungutnya dua hari sebelum mak ayah mereka balik.
Saat ditanya oleh mereka yang melihat videonya apakah reaksi ibu ayahnya ketika melihat rumah sudah bersih, lapang dan cantik sebaik sampai dari Makkah, kata Aaainaa dia sudah maklumkan akan bersihkan rumah.
Anak Menantu Sepakat Bersihkan Rumah Ketika Orang Tua Buat Umrah
“Lagi pun sebelum mak ayahnya berangkat pergi, kami terlebih dahulu memaklumkan akan membersihkan rumah. Mungkin mereka sendiri tidak tahu apa yang kami buang dan sisih kerana video itu ada di part 3,” katanya yang sudah membuat dua video berkaitan hal sisih dan buang ini dan meraih perhatian 2.1 juta orang.
Perkongsiannya jelas menarik minat anak-anak yang lain bahkan ada yang memaklumkan pernah membersihkan rumah selepas ayah meninggal.
Tapi masalahnya, “saya buat camni kat rumah mak saya lepas ayah meninggal. order 4 tong roro ya. lepas tu mak call kampung cakap anak-anak nak halau dia.
Masa yang sama, seorang anak @sya azman berkongsi, “Hahaha sama lps ayah i meninggal baru kitorg kemas umah, arwah ayah i hoarder..kalau i buang something dia check kt tong smpah.
Isu mak ayah ada hoarding disorder ini menarik perhatian @Nadiahbliss apabila berkongsi “Ayah saya duduk sorang, tapi sudu dia ada 100000. Masa dia g kedai, saya buang sudu dia dalam sawah belakang rumah 🤣.
@erin memaklumkan, “saya pernah buat cmni. Pastu die cite kat sume sedara mara erin buang barang dia. Daging rebus die kata baru pun erin buang.. pdhal mase buang tu saya dah rasa.
Moga dipermudahkan urusan mereka bila mak ayah suka menyimpan barang-barang nie ya.
Cantik idea TV boleh pusing-pusing tapi pasanglah dengan betul. Anak hampir kena hempap TV sebab pemasangan modern. Syukur panjang umur anak. Cantik idea TV boleh dipusing-pusing ni,tapi kena pastikan ia dipasang dgn betul,tepat,teguh untuk elak kemalangan.
Penyakit autoimun ini salah satu penyakit yang kurang diketahui umum dan masyarakat. Disebabkan itu ia kurang mendapat perhatian ramai. Namun begitu, kebiasaannya wanita lebih mudah mendapat penyakit autoimun jika dibandingkan dengan lelaki.
Pakar Perunding Perubatan Hospital Columbia Asia Puchong, Dr. Muhammad Bin Shahruddin berkata secara umumnya penyakit autoimun ini adalah di mana badan manusia itu menghasilkan antibodi sendiri yang menyerang sel-sel badan atau organ manusia itu sendiri.
“Sepatutnya sistem keimunan dan antibodi kita ini adalah untuk menyerang penyakit seperti contohnya bakteria, fungus dan virus dari luar. Tetapi dalam kes penyakit autoimun ini, badan kita menghasilkan antibodi yang sama dan menyerang organ dalam diri sendiri. Ini kerana sistem imun badan tidak dapat membezakan sel atau tisu badan sendiri dan menganggapnya sebagai sel atau tisu asing”
Ada banyak jenis penyakit autoimun yang dikenalpasti setakat ini. Jumlah penyakit adalah lebih 80 jenis di dalam spektrum penyakit autoimun ini. Biasanya dalam sesuatu penyakit autoimun itu dari segi insidennya 80 hingga 90 peratus dihidapi oleh wanita.
Kenapa Wanita?
Dr. Muhammad Bin Shahruddin Pakar Perunding Perubatan Hospital Columbia Asia Puchong,
Jelas Dr. Muhammad, kebiasaannya penyakit autoimun ini akan menyerang umur wanita yang sedang dalam jangka waktu subur.
“Contohnya di antara usia 15 hingga 45 tahun. Namun, ada juga kes yang melibatkan wanita berusia 45 tahun dan ke atas, tetapi ia jarang berlaku.
“Ia masih dalam kajian yang dilakukan oleh para saintis. Salah satu teori yang saintis terangkan adalah wanita ini sistem keimunannya lebih kuat sedikit daripada lelaki. Oleh itu dari segi jangkitan penyakit berjangkit, lelaki lebih senang mendapat kuman berbanding wanita.
“Mungkin juga disebabkan keimunan wanita itu lebih kaut daripada lelaki itu telah menyebabkan risiko mendapat penyakit autoimun lebih tinggi. Tetapi kebanyakan saintis mengatakan bahawa penyebab autoimun ini adalah kombinasi dari faktor genetik dan persekitaran.
“Selain daripada itu, penyakit autoimun itu juga berkait rapat dengan genetik. Sebagai contohnya jika ada ahli keluarga seperti ibu dan nenek menghidap penyakit autoimun, seorang wanita itu boleh mendapat penyakit yang sama.
“Bagi mengesan secara genetik, tidak ada ujian khusus yang boleh dilakukan. Secara asasnya, bila doktor bertemu pesakit, dia akan bertanya sejarah penyakit yang menyerang keluarganya.”
Genetik itu bukannya semestinya mendapat penyakit yang sama. Ia boleh menghidap penyakit dalam spektrum penyakit autoimun itu.
“Dalam penyakit autoimun ini, contohnya jika ibu menghidap penyakit tiroid, tidak bermakna anaknya akan mendapat penyakit tiroid. Ada kemungkinan jika ibu mendapat penyakit SLE, anaknya mungkin akan mendapat penyakit yang lain berkaitan dengan autoimun contohnya penyakit tiroid, psoriasis atau rheumatoid arthritis.”
Jenis-Jenis Penyakit Autoimun Yang Menyerang Wanita
Apabila penyakit autoimun berlaku, antibodi ini akan menyerang organ tubuh badan yang tertentu.. Contoh – contoh adalah seperti berikut ;
1-Sendi-sendi.
Sendi-sendi akan sakit dan membengkak. Contoh penyakit sendi ini adalah rheumatoid arthritis.
2-Systemic Lupus Erythematosus atau SLE
SLE ia boleh memberi kesan pada lebih dari satu organ dalam seluruh badan dan di antara jenis yang paling kerap di diagnosa. Ia akan menyerang sendi tetapi tidak seteruk rheumatoid arthritis. Ia juga boleh menyerang kulit sehinggakan kulit naik ruam-ruam, ruam-ruam pada muka, rambut gugur.
Paling teruk apabila SLE ini menyerang buah pinggang. Apabila buah pinggang telah diserang dan kita tidak dapat mengesannya terlebih awal, ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang jika tidak dirawat.
SLE juga boleh menyebabkan serangan antibodi ke bahagian otak sekaligus menyebabkan radang otak.
3-Penyakit Tiroid
Penyakit tiroid lebih banyak menyerang wanita. Puncanya adalah antibodi menyerang organ tiroid. Dua jenis penyakit tiroid ini adalah Graves disease dan Hashimoto disease.
Graves disease berlaku apabila hormon tiroid berlebihan manakala Hashimoto disease berlaku apabila hormon tiroid terlalu rendah. Punca-punca berlaku adalah sama tetapi rawatan yang akan dilakukan adalah berbeza.
4-Penyakit Psoriasis
Penyakit psoriasis juga adalah penyakit autoimun. Ini berlaku apabila antibodi badan menyerang kulit sehinggakan kulit menggelupas. Cara untuk mengesahkan penyakit psoriasis ini adalah dengan mengambil sampel dan hantar ke makmal untuk diuji. Cara rawatan adalah untuk menurunkan sistem imun dengan rawatan tertentu oleh pakar kulit
5- Immune thrombocytopenic purpura (ITP)
ITP ini adalah masalah darah. Apabila berlaku, antibodi menyerang platelet dan menyebabkan bacaan bilangan platelet menjadi rendah. Ia membuatkan seseorang itu mudah lebam. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan hidung, dan pendarahan gusi.
Bahaya ITP ini pada ibu mengandung adalah jika bacaan platelet itu rendah, ia boleh menyebabkan pendarahan. Penyakit ITP ini biasanya dirawat oleh pakar hematologi (darah)
6-Selain dari penyakit yang disebut di atas, banyak lagi penyakit autoimun lain yang wujud. Contohnya Celiac disease, Addison’s disease, scleroderma, Myasthenia gravis, dan Type 1 Diabetes mellitus.
Bagaimana Penyakit Autoimun Dikesan?
Permulaannya, simptom-simptom tidak spesifik dan tidak jelas. Antaranya adalah seperti berikut:
1-Biasanya simptom-simptom itu akan bermula dengan rasa letih, lemah dan badan atau otot-otot rasa sakit.
2-Selepas itu kebiasaannya seseorang itu akan mula demam yang tidak tinggi (suhu badan 37.5 dan 37.8 Celsius). Tetapi demam ini agak lama dan berterusan lebih kurang seminggu hingga dua minggu.
3-Sendi-sendi juga akan rasa sakit dan bengkak. Sukar untuk bergerak sebaik bangun tidur pada waktu pagi.
4- Keguguran rambut yang berlebihan
Lakukan Pemeriksaan
Nasihat Dr Muhammad agar mereka yang menghidap simptom-simptom ini agar tidak menganggap simptom-simptom ini normal. Segeralah bertemu doktor bagi memeriksa apa sebenarnya yang berlaku pada tubuh anda.
Jelasnya lagi, sebaik bertemu doktor perubatan atau doktor pakar, pemeriksaan akan dilakukan. Antaranya:
-Doktor akan melihat simptom-simptom yang pesakit alami. -Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal yang lengkap -Doktor membuat ujian darah yang asas.
Jika kemungkinan pesakit menghidap penyakit autoimun, doktor perubatan akan merujuk kepada doktor pakar yang berkaitan. Rawatan penyakit autoimun akan bergantung kepada gejala dan jenis penyakit tertentu.
Selalu orang ingat, bila nak diet dan nak kuruskan badan tak perlu pun makan nasi. Ambil saja makanan lain asalkan bukan nasi. Sampaikan ada yang ambil lauk pauk penuh pinggan pun tak kisah.
Selain itu, nak kuruskan badan bolehlah gantikan nasi dengan roti pun dah cukup. Tapi, ada sesetengah kita yang memang tak boleh tak ambil nasi. Dalam sehari mesti ada nasi. Jadi, macam mana nak diet atau nak kurus.
Kalau nak kuruskan badan, jangan ingat tak ambil nasi. Sebenarnya, boleh sja nak ambil nasi pun asalkan terkawal. Gantikan juga nasi dengan beras perang pun boleh. Ada jalan penyelesaiannya.
Begitu juga apa yang disarankan oleh pakar fitness, Arif Sukri tentang pengambilan makanan untuk nak kurus. Tak perlu keliru pun nak ambil makanan apa semasa diet. Asalkan terkawan. Inilah cara betul dalam berdiet.
“Masa diet janganlah makan nasi. Makan saja roti perang label warna ungu tu. Cepatlah sikit kau kurus.”
“Aku tak lalulah nak makan roti. Tak kena dengan selera.”
“Diet ni kalau tak berkorban, jangan harap kau nak berjaya.”
Kawan-kawan. Pernah dengar dialog di atas. Atau kalian sendiri pernah ada pengalaman di atas? Ini antara situasi sebahagian orang yang keliru menu apa perlu dia makan semasa diet.
Sebelum sembang lebih panjang. Ini yang kalian perlu tahu,
1. Nasi dan roti adalah dalam keluarga karbo yang sama.
2. Jumlah kalori juga tak lari jauh berbeza. Satu mangkuk nasi bersamaan 2 keping roti.
3. Kalau suka nasi, makan saja nasi. Janji dalam kawalan.
4. Jika dah memang ok dengan roti, makan saja roti tapi masih dalam kawalan.
5. Roti perang agak membantu untuk rasa kenyang yang lebih lama.
6. Namun makan nasi juga bantu untuk kenyangkan. Jika cukup semua keperluan makronutrient yang diperlukan.
7. Yang jadikan kalian kurus itu bukan tentang roti atau pun nasi.
8. Tapi adalah pada kawalan dari nasi dan roti yang diambil.
9. Roti perang kalau ambil lebih pun boleh tambah berat badan.
10. Nasi jika berlebihan pun berat boleh bertambah.
Jadi begitulah. Tidak ada makanan ajaib yang boleh terus kuruskan badan. Semuanya tentang kawalan dan pengurusan pemakanan.
Siapa suka makan roti, makanlah roti. Yang nak pilih nasi makan saja nasi. Buat diet ni untuk
tahan lama. Bukan untuk sehari dua. Pastikan menu yang kita pilih kena dengan tekak selera.
Barulah diet tak terasa seksa.
Moga membantu kalian dalam buat pemilihan.
Mingguan Wanita : Betul sangat, kita cubalah macam-macam makanan untuk kurus pun tapi kalau tak kawal memang tak akan menjadi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Wanita hari ini sangat hebat dan peka dalam bab menguruskan kewangan keluarga. Malah golongan hawa ini juga kebiasaannya sangat bijak dan memastikan tidak berbelanja...