Mampu duduk berbincang! Selesaikan masalah rumah tangga bersama pasangan, barulah seseorang lelaki mampu digelar suami gentleman.
Ternyata tak ramai lelaki yang mampu merendahkan ego dan mahu berbincang dengan isteri setiap kali berdepan dengan kemelut rumah tangga.
Namun jika ayah-ayah adalah dikalangan yang boleh duduk berbincang dengan isteri, anda memang awesome! Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik:
Mampu Duduk Berbincang
“Lelaki yang jadi suami ini kebanyakannya tak boleh dibawa berbincang…”
Betul? Setuju?
Kenapa? Sebab tiada sifat keterbukaan untuk duduk depan isteri, mengadap muka isteri, bincang dengan isteri tentang masalah rumah tangga atau pun apa-apa masalah berbangkit yang timbul dalam rumah tangga…
Bila isteri bunyi sikit saja, terus larikan diri daripada isteri, sudah buat hal sendiri…
Tak bagi peluang isteri cakap, tak nak dengar apa yang isteri hendak suarakan…Takut apa?
Selesaikan Masalah Rumah Tangga Bersama Pasangan
Takut semua yang keluar daripada mulut isteri itu adalah salah diri sendiri? Malah, takut isteri kacau apa yang kita suka buat? Takut isteri halang pergaulan kita?
Atau takut tiba-tiba isteri suruh bayar bil utiliti, isi minyak kereta? Takutkan isteri tuntut semua duit yang dia sudah belanjakan untuk keluarga?
Ads
Takutkah dengan isteri? Awak lelaki kan? Seriously?
Isteri itu bersedia bila-bila masa saja untuk bersua muka ke muka. Face to face kalau itu dapat menjernihkan suasana, dapat menghilangkan apa yang keruh, dapat memberi jawapan kepada setiap persoalan yang bermain di fikiran dia, maka dia terbuka untuk berbincang…
Untuk kebaikan hubungan dan untuk kebaikan rumah tangga. Tapi berapa banyak suami yang mampu menatap mata isteri, bincang hati ke hati, selesaikan masalah dengan isteri tanpa melibatkan emosi?
Tak ramai, tapi yang ramai adalah jenis yang egois. Bab apa yang dia hendak buat, tak boleh kacau… Begitu juga bab keluarga dan adik beradik dia, tak boleh sentuh…
Bab pengurusan kewangannya, tak boleh usik… Dan juga bab solat, ibadat dia, hal dia dengan Allah, tak boleh ditegur…
Awal-awal lagi sudah bina dinding dengan isteri, buat isteri itu macam tidak ada fungsi sebab segalanya dia akan tetap ikut cara sendiri walaupun sudah jadi suami…
Hanya lelaki yang betul-betul gentleman yang mampu duduk berbincang untuk raikan perbezaan serta cari persamaan untuk menyelesaikan apa-apa konflik yang berlaku dalam rumah tangganya…
Lelaki macam ini barulah layak dipanggil suami…
Mingguan Wanita : Sebaiknya setiap kali berdepan dengan masalah, duduklah berbincang. Dengarkan luahan pasangan dan sama-sama mencari penyelesaian agar keputusan terbaik dalam diambil demi kepentingan bersama.
Nekad sungguh, dek kerana tidak suka pink, suami ini nekad roboh dapur warna kegemaran isteri. Tindakan terburu-buru mengikut perasaan ini diambil kerana dirinya tidak suka merah jambu.
Video yang tular ini dikatakan berlaku di Jakarta, Indonesia. Marah sekalipun, apa salahnya suami ini cat sahaja dapur dengan warna lain. Ini tidak, habis musnah dapur.
Suami Nekad Roboh Dapur
Seorang isteri terpaksa berputih mata apabila dapur rumahnya yang dicat serba merah jambu dirobohkan suaminya sendiri yang tidak menyukai warna tersebut, lapor laman berita Suara.com.
Tidak Suka Pink
Menerusi video yang dimuat naik pemilik akaun TikTok @olinn21 itu, suami wanita berkenaan dilihat merobohkan dapur rumah mereka kerana tidak menyukai warna kegemaran isterinya itu.
“Dia tidak suka kerana saya sukakan warna merah jambu,” demikian kenyataan ditulis si isteri pada video tersebut.
Dapur Warna Kegemaran Isteri
Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.
“Nampaknya suaminya rajin ke dapur dan tidak mahu melihat warna merah jambu supaya dia ada ‘mood’ untuk memasak,” komen seorang netizen.
“Suami saya pula tidak kisah dapur berwarna apa pun kerana saya merupakan ratu di rumah,” komen netizen lain.
Video tersebut sudah ditonton lebih 570,000 kali dengan lebih 21,000 tanda suka. – AGENSI
Mingguan Wanita : Nampak kecil saja isu ini, namun ada cerita lain di sebalik video yang tidak semua ketahui. Bayangkan dapur yang sedia cantik dirobohkan begitu saja oleh sang suami. Semoga dapur pasangan ini kembaIi berasap.
Jodoh di tangan Tuhan, tidak semua bernasib baik. Setengah orang dikurniakan pasangan di usia yang begitu muda, namun di pertengahan jalan rumah tangga yang dibina kacau-bilau.
Jika ada di kalangan yang bertuah dan bernasib baik dikurniakan pasangan, bersyukurlah dan hargailah pasangan kurniaan daripada Allah SWT.
Ikuti perkongsian Cikgu Nurul Haslidaini dan hadam baik-baik :
Dalam dunia ini tidak semua orang berpeluang mempunyai pasangan hidup. Kita patut bersyukur kerana dalam ramai-ramai tu kita antara insan yang dipilih untuk mempunyai pasangan hidup.
Walaupun pasangan kita tidak sehebat pasangan orang lain, tidak secantik atau sekacak pasangan orang lain namun bersyukurlah kerana hidup kita tidak keseorangan. Allah hadirkan seseorang untuk menemani hidup kita.
Bersyukurlah juga jika kita mendapat pasangan yang sanggup sama-sama susah dan senang dengan kita. Malah tidak kisah pun macamana keadaan kita, tidak memilih dan cerewet. Jangan lepaskan, kelak kita sukar nak temui lagi insan seperti itu.
Kerana ada juga yang dapat pasangan yang bila mana kita senang dia bersama kita tetapi bila kita susah dia tinggalkan kita.
Tak Semua Bernasib Baik
Setiap orang rezeki dia berbeza dan pengalaman juga tak sama. Bagi yang mendapat pasangan yang baik, itu adalah satu anugerah yang tidak ternilai.
Cuba kita perhatikan tingkah laku dan gerak geri pasangan kita, mesti kita akan sayu kerana kita tak tahu entah berapa lama Allah pinjamkan dia untuk kita. Dan lagi satu bila kita lihat pasangan kita ketika dia sedang tidur, renunglah mata dia.
Lihatlah keseluruhan anggota badannya betapa dia berusaha keras untuk menjadi yang terbaik buat kita dan keluarga. Walaupun tak sama dengan orang lain namun ia cukup bermakna dalam hidup kita.
Pada sang suami pula, janganlah mudah memaki-hamun isteri anda sesuka hati. Kerana hati dan jiwa wanita ini sangat lembut dan sensitif. Jika ada perkara yang anda tidak suka, tegurlah secara berhemah dan lemah lembut.
Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata yang kesat dan tidak elok kepada mereka, kelak mereka akan hilang rasa hormat kepada anda. Dan kehidupan rumah tangga kita pun akan suram dan tak seronok. Betul tak?
Walaupun Nasib Berbeza, Jaga Pasangan Sebaiknya
Satu lagi, ini selalu berlaku dalam kehidupan kita. Jika kita diuji dengan menjaga pasangan kita yang sakit. Lebih-lebih lagi sakit yang kronik dan sukar diubati. Maka tenang dan sabarlah.
Jagalah mereka dengan seikhlas hati anda. Kerana Allah dah pilih kita untuk menjaga mereka. Ada sebab Allah pilih kita. Jangan sesekali kita mengeluh dan memarahi mereka dengan mengatakan mereka menyusahkan hidup kita kerana ayat tersebut boleh membuatkan hati mereka terluka.
Ingatlah satu perkara mungkin masa dia bersama dengan kita sudah tidak lama, jadi manfaatkan masa bersama dengan meninggalkan suatu kenangan yang indah. Bukan untuk dia sahaja bahkan untuk diri kita juga.
Bernasib Baik, Itu Suratan Ilahi
Sesungguhnya apa yang berlaku dalam hidup kita adalah satu suratan yang telah Allah tetapkan. Ikhlaskanlah hati untuk menerima takdir hidup kita ini. Semua yang diberi dan berlaku ada hikmahnya yang kita tidak tahu dan jangkakan.
Makanya bersangka baiklah. Semoga Kita semua terpilih menjadi salah seorang penghuni syurga yang tertinggi dan kuat serta sabar dalam melalui liku-liku kehidupan kita.
MW: Jika mak,ayah dikurniakan pasangan yang baik, hargailah sebaiknya. Jika tidak, berdoalah selagi mampu. Jika sudah tidak mampu bertahan, pilih langkah terbaik agar kedua-duanya merasa bahagia.
Menjadi kebiasaan didalam setiap rumah, gambar kahwin, gambar keluarga, gambar anak-anak dan sebagainya digantung pada dinding rumah mahupun dibingkaikan untuk dijadikan sebagai perhiasan dan kenangan terindah.Namun seeloknya, jika ada menggantung gambar-gambar ini sebaiknya, turunkanlah. Tanggalkan ia simpanlah ditempat tertutup dan jangan pamerkan ia untuk tatapan didalam rumah.
Ini kerana dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud:
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam Peperangan Badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata,
“Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dimaksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)
Malaikat Rahmat terhalang untuk masuk ke dalam rumah jika mempunyai gambar-gambar mahkluk bernyawa ini.Akibatnya hilanglah kasih sayang sesama ahli keluarga didalam rumah yang didiami. Bukan itu sahaja, perselisihan faham, rumahtangga selalu ‘panas’, tidak bahagia, rezeki sempit serta ada sahaja masalah yang sering berlaku kerana tiada lagi rahmat dan keberkatan yang diberikan didalam rumah.
Sedangkan malaikat rahmat jika ada di sisi kita ia membawa 1000 rahmat dengan izin Allah iaitu hati menjadi lebih tenang, jiwa rasa cinta pada Allah SWT, rezeki juga sentiasa dipermudahkan Allah. Malah malaikat rahmat juga bertugas menjaga keselamatan diri kita jika kita banyak membaca al-Quran, zikir dan berdoa.
Panduan Simpan Gambar Sebagai Kenangan:
1.Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah Malaikat Rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah bagi gambar makhluk bernyawa iaitu manusia dan haiwan.
2.Dilarang menggantung mahupun mempamerkan gambar makhluk bernyawa ini pada dinding atau dibingkaikan untuk hiasan didalam kabinet seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
3.Seeloknya gambar-gambar yang ingin dijadikan kenangan disimpan didalam album, handphone atau didalam komputer dan tidak dipamerkan didalam rumah sama sekali.
4.Gambar seperti keindahan alam semulajadi, tulisan kaligrafi,gambar permandangan,bunga-bungaan, kereta bangunan dan sebagainya yang BUKAN berunsur makhluk bernyawa adalah dibenarkan untuk dijadikan perhiasan didalam rumah.
5.Untuk patung permainan anak seperti barbie, teddy bear boleh digunakan untuk permainan tetapi selepas main perlulah diletakkan di dalam kotak mainan dan janganlah diletakkan di almari perhiasan mahupun dijadikan koleksi.
Semoga bermanfaat, kongsikan buat yang lain.Bersama-sama kita mengubah kebiasaan ini, untuk menjemput malaikat rahmat hadir ke rumah sekaligus memperolehi keberkatan dan kasih sayang dalam keluarga.
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...