Ramadhan bulan istimewa, bulan yang Allah sediakan untuk hambaNya mengumpul sebanyak-banyak pahala. Bulan untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam. Bulan untuk mencipta kesabaran diri yang tinggi melangit.
Bak kata Ustaz Ebit Lew, “Malam ini saat pintu langit dibuka. Doa dimakbulkan oleh Allah. Pintu syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Syaitan diikat. Kita semua ingin diampunkan oleh Allah. Rezeki orang beriman bertambah. Terima kasih Allah, sejuk Ramadhan.”
Doa Kita Makbul.. Doa Itu Ajaib.
2 waktu jangan terlepas berdoa.
Kejut isteri dan anak-anak bersahur. Kerana sahur itu berkat.
Selepas itu ajak semuanya solat tahajud 2 rakaat. Doa panjang-panjang. Doa dari hati dengan rendah diri dan faham apa yang didoakan.
Baca Al-Quran sama-sama.
Ads
Setiap ayat kita baca mak ayah kita akan naik tingkat demi tingkat dalam syurga. Tempat terakhir mak ayah kita ialah tempat terakhir bacaan Al-Quran kita.
Hadiahkanlah syurga paling tinggi buat mak ayah. Dalam syurga, Mak ayah kita diberi mahkota yang bercahaya dan pakaian yang lebih mahal dari dunia. Bila ditanya kenapa kami diberi pakaian ini. Diberitahu ini kerana bacaan Al-Quran anak kamu.
Bawalah isteri dan anak-anak sama-sama baca Al-Quran. 1 hari 1 juz. Baca Al-Quran sebelum Subuh.
Jikalau orang tahu nilai baca al-Quran sebelum Subuh. Rasanya.. Kesannya.. Allahukbar.
Ads
Jangan Lupa Banyak Berdoa
Keduanya jangan lupa banyak berdoa terutama sebelum berbuka. Sebelum masuk waktu Maghrib. Doalah panjang-panjang. Mintalah apapun. Allah pasti kabulkan.
Teringat semasa di sebuah masjid berbuka puasa.
Ribuan orang berbuka puasa. Kami beberapa dulang orang Malaysia. Biasanya sebelum berbuka lebih kurang 15 minit kami berdoa bersama-sama sehingga berbuka puasa. Doa ketika siang dan malam buka puasa makbul. Alhamdulillah masih amalkan sehingga hari ini.
Saya berdoa tapi sambil senyum-senyum sebab nampak makanan banyak. Budak-budak lagi.
Tiba-tiba saya nampak jemaah dan pelajar Indonesia mereka cuma ada sedikit makanan dan kurma cuma 2 dulang. Mereka semuanya menangis semasa berdoa. sambil tersedu-sedu.
Malamnya saya tanya pada mereka kenapa menangis. Jawab mereka syukur dengan nikmat Allah dan teringatkan Nabi saw dan keluarga Nabi saw lapar demi kerana Allah dan sehingga jadi sebab kita semua dapat Islam. Kami menangis bersama-sama.
Ramadan inilah peluang terbuka luas untuk kita mensucikan diri dari dosa, mengembalikan kepada fitrah, di samping kaut peluang-peluang lain yang terbuka luas untuk kita, terutama kaum isteri yang boleh mengaut pahala sebanyak-banyaknya.
Bayangkan berapa orang ahli keluarga di rumah anda dan sebanyak itu pulalah pahala puasa yang isteri dapat jika gigih menyediakan makanan berbuka untuk mereka.
Nabi s.a.w. telah bersabda (maksudnya): “Sesisapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu)” Al-Baihaqi dan Ibn Khuzaimah.
Apa lagi kalau mampu solat tarawih walau payah dengan anak-anak kecil. Tetapi kalau tak pergi ke masjid pun, mak-mak masih dapat rebut peluang buat tarawih. Nak dengan tak nak buat je. Dan andai nak mudah, suami isteri boleh ikut cara macam saudara Bijen Mohd ni…
Sebenarnya ada cara untuk orang perempuan yang ada kekangan pergi solat tarawih berjemaah di masjid turut sama mendapat fadhilat solat berjemaah walaupun hanya sekadar berada di rumah.
Malah dengan cara ini, orang perempuan bukan saja dapat solat berjemaah tapi dapat juga selesaikan urusan dapurnya, dapat jaga anak-anaknya, dan dapat menambah benih kasih sayang sesama ahli keluarganya.
Ianya ibarat membunuh lima ekor burung menggunakan satu biji batu. Heh!
Caranya adalah apabila masuk waktu Isyak, biarkan suami solat Isyak dan tarawih berjemaah di masjid dahulu sehingga selesai rakaat ke-lapan.
Dalam masa yang sama anda selesaikan urusan dapur (persediaan sahur, kemas dapur dan sebagainya) di rumah. Kemudian, selesaikan pula urusan menyusu, tukar lampin dan segala apa yang patut lalu ajak anak tidur awal.
Bila suami selesai rakaat ke-lapan dan pulang ke rumah, sambut beliau dengan kopi Kapal Api dengan manisan madu untuk segarkannya. Nak pakai kopi tongkat ali dan ginseng pun boleh.
Sambil-sambil tu anda pun bersiaplah membersihkan diri dan lengkap berpakaian solat. Bila suami dah sedia, minta dia sambung lagi 12 rakaat tarawih berserta 3 rakaat witir mengimami anda.
Dua rakaat pertama, anda mengikutnya dengan niat solat Isyak. Lepas dia beri salam, anda bangun tambah lagi dua rakaat. Dia pula sambung lagi dua rakaat tarawih untuk menggenapkan rakaat yang kedua belas.
Bila masing-masing dah selesai, solatlah tarawih bersama-sama lagi lapan rakaat. Suami dapat 20 rakaat manakala anda dapat 8 rakaat. Sudahkan ibadat tarawih dengan solat witir 3 rakaat.
Lepas habis solat, doalah sama-sama untuk kebahagiaan rumah tangga. Ceewah! Macam ni barulah betul dia imam tulang rusukku!
Ikut cara macam ni semua isu selesai. Suami dapat solat Isyak dan tarawih berjemaah 20 rakaat. Dapat juga jadi imam untuk keluarganya. Si isteri dapat selesaikan urusan rumah tangganya. Dapat juga solat berjemaah dengan suami tercinta. Simple!
Tinggal nak atau tak je. Tapi jujurnya, memang berat sikit permintaan ni untuk para suami. Cuma kalau suami sanggup buat, maka beruntunglah anda dapat suami macam ni.
Anda yang patut belanja suami baju raya tahun ni. Haha!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dari malam tadi rakyat Malaysia menanti penuh debar. Menanti kehadiran Perdana Menteri Malaysia ke-7 ini dengan penuh sabar. Kemenangan besar Pakatan Harapan (PH) yang dibentuk dari gabungan empat parti politik pembangkang mengubah sejarah negara.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 93 tahun, sekali lagi kembali ke arena politik. Terima kasih Tun Dr. Siti Hasmah kerana membenarkan kesayangan rakyat ini berkhidmat kembali untuk negara.
Rakyat telah bersuara, “Welcome Back Tun M.”
Ucapan keramat ini kita boleh lihat ada di mana-mana. Walaupun simple, ia memberi makna yang cukup besar buat rakyat Malaysia. Harapan yang menggunung mahu melihat beliau kembali mengotakan janji-janjinya.
Namun, rakyat juga sedar akan usia beliau yang sudah melepasi setengah abad. Tak mustahil untuk Tun M menerajui Malaysia dan membawa kegemilangan Wawasan 2020 sebagaimana yang telah dibayangkan sejak beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-4.
Ramai sebenarnya yang sayangkan Tun M malah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah yang sentiasa ada di sisi suami saat susah dan senang. Yang tidak pernah melebih-lebih dalam urusan politik suaminya. Yang sentiasa menjadi ‘first lady’ dalam hati rakyat Malaysia.
“Alhamdulullah, Ya Allah berikan kesihatan yang baik dan lindungi beliau. Panjangkan umurnya hingga perjuangannya selesai. Thank you so much Tun & welcome back my hero. Hidup Tun M!” – Betty Rahmad
“MMD&G. Welcome back Tun M. Sama-sama kita doakan agar kesihatan dan umurnya panjang untuk mengetuai kita semula. Syukur Alhamdulillah. Amin, hidup TUN M.” Lana Nodin Mc Kienzie
Assalamualaikum dan salam Sejahtera 🙂 Alhamdulillah.. Tahniah kepada Tun Mahathir! We are Happy! Welcome back Prime Minister! Bayangkanlah bagaimana beliau menghadapi bermacam-macam tekanan sebelum ini namun beliau tetap tabah melaluinya dengan penuh kesabaran dan akhirnya telah berjaya! Hidup Tun! @chedetofficial ( From now on, i hope that everybody in Malaysia can stop cursing or say bad things towards each other on Social Media. I’ve also forgive those who have said obscene/unpleasant words to me last time. Let’s become a better Malaysian! ) – Fatiya Latiff
Akhirnya kini pasti! Im so glad that we met you before this election, thanks for your hospitality and your spirit which was really impressed us. Furthermore, I felt my hubby got more affected to die for you with his write on social media and chats which I can’t stop him from that. Reminded him many times, Bruce Dargus you are not Malaysian so don’t get involved, the admiration of you makes him crazy. Your charisma make us fall in love with u. You are the real Hero who has no understanding of fear and surrender.
Selamat kembali berkhidmat buat negara tercinta. Gemilangkan semula negara ini Tun.. Allah barikfiikum. – Betty Banafe
Tun ingin memulihkan. Tun mahu kita bersama Tun.. sekarang telah terbukti kami telah tunaikan permintaan Tun supaya kami bersama Tun.. Alhamdulillah apa yg Tun hajatkan dan apa yg kami maukan telah pun di makbulkan Allah ..moga Allah permudahkan segal urusan Tun.. moga Tun dapat selamatkan anak cucu kami…. jadikan lah kami rakyat yg senang seperti satu ketika dulu. – Siti Sarah Raisuddin
Welcomeback Atok!!! Kami inginkan atok mentadbir negara buat kali 2.tahniah atok dilantik menjd PM malaysia buat kali ini. Syukur alhamdulillah kemenangan berpihak pd atok. Zara syg atok!!! – Tengku Zara Eryna
Shila Amzah dan suami Haris Idraki Elias terpilih menjadi penghias cover Mingguan Wanita Isu Mei, Volume 2 yang kini telah berada dipasaran. Banyak cerita-cerita menarik yang dikongsikan seperti keunikan pada majlis perkahwinan penyanyi berbakat besar ini serta perasaan dan perancangan selepas bergelar isteri. Berikut antara temubual eksklusif bersama wartawan Shahrina Azlin Abdullah.
Lima bulan mengikat tali pertunangan akhirnya pada tanggal 19 April 2018 menyaksikan penyatuan dua hati, antara pelantun lagu Patah Seribu, Nur Shahila Amir Amzah, 28, atau lebih dikenali dengan nama Shila Amzah dengan jejaka pilihan hati Haris Idraki Elias, 28.
Dengan sekali lafaz, Shila selamat diijabkabulkan oleh ayahnya ND Lala dan disaksikan oleh Ustaz Helmi Saadon dari Jabatan Agama Islam Selangor. Shila menerima mas kahwin berjumlah RM888 daripada pihak lelaki dengan jumlah hantaran yang dipersetujui keluarga tidak didedahkan. Pasangan ini telah disatukan dalam satu majlis pernikahan serba ringkas yang diadakan di kediaman Shila Amzah itu dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat handai.
Bercerita tentang persiapan perkahwinan mereka berdua, menurut Shila, segala perancangan dibuat dalam masa dua bulan kerana jadual kerjanya yang padat. Namun Shila beruntung kerana mempunyai keluarga yang sangat memahami selain pembantu peribadi yang banyak menyumbangkan tenaga dalam menjayakan majlis pernikahan dia dan Haris.
“Jadual kerja saya memang padat, jadi perancangan untuk majlis-majlis kami berdua di buat dalam masa dua bulan. Dari awal memang saya dah impikan bagaimana majlis perkahwinan saya nanti dan dibantu sepenuhnya oleh kawan baik merangkap pembantu peribadi saya, Aini. Untuk melancarkan majlis ini saya telah melantik perancang majlis iaitu ANH Events. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun sejujurnya tidak seperti yang saya harapkan sepenuhnya, tapi secara keseluruhan saya gembira kerana ia berjalan dengan lancar. Bagi saya itu semua dugaan biasa nak mendirikan rumah tangga itu pasti ada,” ulas Shila lagi.
Dalam lima majlis yang berlangsung, Shila telah menggunakan perkhidmatan Azura Couture untuk majlis Khatam Al-Quran, Majlis bertandang, Majlis berinai dan juga Majlis resepsi, manakala untuk Majlis pernikahannya pula, rekaan Nurita Harith menjadi pilihan raja sehari ini. Shila turut menggayakan rekaan Melinda Looi untuk persalinan selepas upacara pernikahan pada 19 April yang lalu.
“Bermula dengan majlis khatam Al-Quran, Azura sendiri yang pilih warna merah jambu lembut tapi dalam masa yang sama saya ada juga bagi idea untuk persalinan majlis saya itu. Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan baju-baju yang telah direka untuk saya oleh Azura Couture,” tambah Shila puas hati.
“Saya memang inginkan persalinan nikah rekaan Nurita Harith kerana saya rasa sentuhannya dapat menepati cita rasa saya. Lebih moden dan anggun. Syukur apa yang saya inginkan direalisasikan oleh Nurita Harith. Saya suka dan selesa dengan persalinan pernikahan saya itu.
“Saya memang suka berfesyen jadi saya mahu majlis perkahwinan saya direalisasikan dengan busana-busana idea saya dan juga pereka itu sendiri. kebanyakan rekaan baju saya pada kesemua majlis adalah hasil idea saya sendiri tapi dibantu dan diolah oleh pereka, begitu juga untuk dekorasi.”
Menjawab persoalan kenapa memilih warna hitam sebagai busana untuk majlis resepsi yang diadakan di Marriot, Putrajaya, jelas Shila
“Saya rasa warna hitam sangat ‘rare’ dan unik. Saya telah pun memakai pakaian berwarna putih sewaktu majlis akad nikah. Sebab saya memilih untuk memakai baju sanding berwarna hitam ialah kerana saya mahu kelihatan elegan dan saya seorang yang suka lari daripada kebiasaan. Kalau nak diikutkan mak saya pun tak suka dengan warna busana yang saya pilih untuk resepsi tersebut, lagi pula saya bukanlah penggemar warna-warna pastel, saya pun dah pakai 3 warna pastel dalam majlis sebelum ini, jadi untuk majlis resepsi yang terakhir saya pilih untuk memenuhi impian saya untuk memakai warna hitam. Saya nak nampak anggun, misteri, dan different untuk majlis saya itu,” terang Shila.
Shila menerima kejutan istimewa pada malam tersebut apabila kumpulan Ruffedge membuat kemunculan istimewa menyanyikan lagu Bila Rindu. Wajah Shila jelas kelihatan terkejut dan terharu melihat persembahan daripada Ruffedge yang didendangkan khas untuk majlisnya.Lebih istimewa lagi pada malam itu Shila Amzah turut menghadiahkan sebuah lagu baru dalam bahasa Mandarin yang dicipta khas untuk suaminya.
Saat diajukan perancangan berbulan madu kedua pasangan ini, menurut Shila dan Haris kedua mereka masih belum mempunyai perancangan kerana kekangan waktu dan masing-masing sibuk dengan urusan kerja.
“ Sebenarnya saya dan Haris masih belum berbincang tentang bulan madu kerana kedua kami masing-masing sibuk. Tapi Insya-Allah selepas kami selesai pindah rumah perkara itu akan difikirkan bersama ke mana destinasi bulan madu kami,” ujarnya.
Tambah Shila lagi, selepas selesai semua urusan di Malaysia, dia akan mengikut Haris pulang dan tinggal bersama di London.
“Kami berdua tak mahu tinggal berjauhan lagi, sejak bertunang memang kami jarang sangat jumpa. Jadi saya ambil keputusan untuk tinggal bersama suami di London. Memang tak dinafikan kerjaya Shila memerlukan Shila sering berulang ke China, tapi Alhamdulillah suami Shila sangat menyokong. Dia tak kisah jika Shila perlu ke tempat lain untuk bekerja asalkan Shila kembali ke pangkuannya selepas selesai tugas Shila,” tambahnya tersenyum manis.
Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang gadis, bila mana sudah bergelar seorang isteri kepada jejaka yang berjaya mencuri hati. Begitu juga dengan Shila Amzah, dirinya kini terasa sudah sempurna dengan kehadiran suami di sisi.
“Saya rasa sangat happy dan bahagia. Saya rasa hidup saya dah sempurna. Pencarian saya sudah tamat dalam mencari cinta sejati yang akhirnya saya bertemu. Tak ada perkataan yang boleh saya gambarkan cuma apa yang boleh saya katakan saya bahagia dengan kehidupan baru saya ini,” ulas Shila.
Sebelum mengakhiri perbualan, Shila sempat memberi komen tentang perancangan keluarga atau lebih tepat lagi kesediaannya untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat,
“Sejujurnya saya dan suami tak pernah bincang secara mendalam sangat, tapi saya dan Haris bersetuju untuk rileks dahulu dan menjalani kehidupan suami isteri terlebih dahulu. we just want to spend a lil bit more time antara satu lain terlebih dahulu. Dengan perjalanan karier masing-masing yang sibuk tapi kalau ada rezeki kami mahu sepasang anak,” akhiri Shila.
Tahniah diucapkan buat Shila dan Haris, semoga ikatan perkahwinan yang terbina kekal hingga hujung nyawa.Selamat menjalani kehidupan baru. Jadi jangan lupa dapatkan majalah ini dipasaran. Banyak lagi cerita-cerita menarik lain yang dikongsikan.
Niat awalnya nak ke sekolah, tetapi tiba-tiba motor yang dibonceng bertembung kereta guru di Kilometer 51.4 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Machang hari ini