Makmur ‘Melting’ Kuih Dulu-Dulu, Resipi Kesayangan Tokok Tambah Sampai Kena Selera! Kuih makmur antara kuih ‘lejen’ orang dulu-dulu. Rasanya yang berlemak manis dengan inti kacang, memang cukup sedap. Lebih-lebih lagi kuih ni jenis mudah rapuh dan cair di mulut.

Namun bukan mudah sebenarnya, nak dapatkan resipi kuih makmur yang ‘betul’ dan kena dengan selera. Namun resipi ini telah ditokok tambah dan diolah berkali-kali bagi benar-benar menepati cita rasa sendiri.

Makmur ‘Melting’ Kuih Dulu-Dulu, Resipi Kesayangan Tokok Tambah Sampai Kena Selera!

Mak-mak nak cuba untuk buat makan sendiri atau untuk jual dan dijadikan sebagai sumber pendapatan boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norita Farish Indah ini sebagai panduan;

Ramai yang tertunggu-tunggu resepi makmur melting ni. Ini memang resepi kesayangan. Saya memang pengemar kuih dulu-dulu nak-nak yang kena dengan selera saya.

Kalau saya makan tak kena dengan tekak, saya akan ubah sampai saya makan sambil tersenyum. Macam tu juga la dengan resepi ni saya tokok tambah sampai mak kata ok dah ni.Jangan ubah lagi resepi. haha

Ok kat sini kalau betul-betul nak dapatkan rasa yang sama jangan skip resepi ye. Ikut semacam resepi kat bawah. Insya Allah makan sambil buat sampai tak sedar berape biji dah masuk perut. Jom dengan izin Allah moga menjadi dengan jayanya. Saya panjangkan resepinya moga jadi punca pendapatan untuk raya yang bakal tiba ni ye. Insya Allah.

Makmur Melting

Bahan-Bahan:

1800gm tepung gandum The baker choice (masuk oven bakar sekejap tak pon kalo rajin sangai dalam kuali sampai tepung panas jangan hangit…kalau matahari terik jemur pon boleh lagi senang)
200gm tepung jagung
200gm gula aising(ayak)
200gm susu tepung full cream fernleaf (saya memang suka susu brand ni)
2 St garam halus
800gm minyak sapi gheeblend (saya memang guna brand ni je ye)
8 sb metrik butter @buttercup (ni tujuan untuk tak cepat pecah@rapuh time golek-golek dalam gula nanti).

IKLAN

*Step ni rasanya semua tau kan. Uli sampai boleh dikepal-kepal.

Untuk Inti dalam doh

Bahan-Bahan:

750gm kacang tanah (sangai buang kulit dan dikisar kasar-kasar sikit nanti time makan dia ada texture krup krap kacang tu buat feel dia lagi layan makan. Hat ni sesuai selera la ye, kalau suka halus blend ja halus…tak ada masalah)
300gm gula yang di blend halus
270gm mentega kacang (nak bagi lemak-lemak dan senang dikepal time nak boh inti)
60gm butter@buttercup

*Semua ni di gaullah sampai semua rata, sampai boleh dikepal-kepal.

Bahan Salut:

800gm susu tepung full cream frenleaf
880gm gula aising mesti ayak bersama bagi rata

IKLAN

Bagi yang tak suka sangat rasa susu yang kuat boleh guna salutan resepi kedua ni.

600gm susu tepung full cream
1200gm gula aising
Ayak bersama.

Makmur ‘Melting’ Kuih Dulu-Dulu, Resipi Kesayangan Tokok Tambah Sampai Kena Selera!

Info Ekstra!

  • Macam biasa saya sukat 1/2 sudu besar metrik doh tepung letak inti dalam 3/4 St metrik dan bakar masak oven saya 30 minit 140′. Kalau nak buat kecik-kecil boleh guna sudu 1st ja dan inti 1/2 St metrik.
  • Suam-suam boleh golek-golek dalam bahan salut. Kalau nak senang letak bahan salut dalam bekas tupperware kedap udara boh biskut yang dah siap masak goncang-goncang ja dalam tu. Cepat sikit keje.
  • Boleh juga di ubah suai letak pandan paste dan pewarna hijau untuk makmur pandan dan ditekan dalam acuan jelly untuk dapatkan reka bentuk yang berbagai-bagai.

Makmur ‘Melting’ Kuih Dulu-Dulu, Resipi Kesayangan Tokok Tambah Sampai Kena Selera!

IKLAN

Selamat mencuba ye. Moga Allah perluaskan rezeki kita semua dan mendapat keredhaanNya selamat di dunia berjaya di akhirat.

Makmur ‘Melting’ Kuih Dulu-Dulu, Resipi Kesayangan Tokok Tambah Sampai Kena Selera!

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:Resepi Turun Temurun SNOWBALL Gebus Gebas 5 Bahan, Cair Di Mulut!
Baca Lagi Di Sini:Almond Crunchy Chocolate 2 Bahan, Tiada Oven Boleh Sangai Atas Dapur
Artikel Menarik:Tip PENTING Buat Biskut Elok Menjadi, Lebih Rangup & Tahan Lama!

Mingguan Wanita: Terima kasih ikhlas berkongsi resipi kuih makmur yang cair di mulut ni. Boleh buat untuk makan sendiri atau dijadikan sumber pendapatan waktu raya nanti.

Sumber:Norita Farish Indah

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI